KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, December 19, 2013

Sejak bila aku suka pokok nih... pelik!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Semalam sampai KL, sedih sangat bila tengok pokok bunga yang aku belai selama ini terkulai layu. Asalnya ingat memang nak bawak balik kampung sekali, tapi suami cakap tak nak sebab takut kereta kotor. Sob.sob. Dah la ni pokok bunga pertama yang aku pelihara, sebelum ni, hurm. hampeh. i hate pokok bagai. :P

APokok betik pulak yang tumbuh subur kat bawah tuu.. haish! bila masa aku tanam entah. haha

Sebelum balik kampung hari tu, memang aku dah kasi jirus air banyak2, kononnya cukup la untuk tiga minggu. Hahaha. apalah aku ni, memang jenis yang tak reti pelihara pokok sungguh. Setakat hari ni, dua pasu pokok cili aku bela, dua2 tak hidup, pokok bunga yang ni pun hidup sebab aku selalu siram air jea kot, buat benda lain memang aku tak reti... 

Walaupun hati tengah bersedih dek pokok bungaku yang mati kering ni, hati sedikit terubat bila abang bersusah payah isi tanah, baja dan siap tanam pokok dari kampung bawak datang KL. Cilok pokok bunga mama jea, next time nak cilok pokok orkid pulak. 

6 pasu coklat ni abang yang tanam semua, siap bubuh tanah dengan baja sekali. baja organik, juga cilok dari pasu mama. haha. Pasu plastik tu kami beli dekat kedai dua hengget, satu pasu dua hengget jea, mampu ssangat nak beli. Dua pokok yang berpasu hitam tu, beli dekat pasar wakaf che yeh, Rm15 satu pokok. kira ok la kan...


Entahlah, aku pun tak tahu sejak bila aku suka tengok depan laman rumah aku ni ada pokok bunga bagai. Mungkin sebab faktor usia yang semakin merudum ni kot. tak pun faktor keturunan dari mama aku yang sememangnya jenis yang sukaaaa sangat menanam dah menurun sikit demi sedikit dekat aku. Kan? haha 

Korang suka pokok apa weh? tahu tak pokok bunga apa yang senang nak bela? tak payah letak baja, cuma siram air jea. tahu tak? nanti share2 eh!!! 

Tq for reading! k bai.   



7 comments:

Chic Na said...

rajinnya tanam pokok.. setahu cikna pokok orkid kot paling senang nak bela.. tak tau la betul ke tak.. heheh..

Qaseh Wee said...

saya suka pokok bunga ros ... pokok yg byk simpan air dlm daun n btg mcm setawar n kaktus , lidah jin , senang jaga . siram seminggu sekali pun dah ok .

Nurzakiah Hanum said...

comel

ZazaMyMoon said...

orang kata kalau tanaman kita asek tak menjadi ni 'tangan panas' hehehe.. aleh2 pokok lain plak yang tumbur subur hehehe..

NinaAz said...

Qasehwee; Ahaaa.. setawar!!! good idea!

Zazamymoon: hehehe. yea kot. mesti jenis tgn panas ni.. huhu

Annyss Aleeya said...

anys pon suka menanam pokok nie. dh jadi habit dh. suka dgn landskap2 nie. menambahkan seri rumah. :)

QasehnyaRania said...

alhamdulillah ada suami yg sudi membantu