KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, December 10, 2013

Restoran Pulut Ikan Bakar - MEGGIE KETAM

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Semalam, aku part time sekerat hari jea, dalam jam 12 tengah hari terus keluar pergi Kota Bharu dengan abang. Motifnya nak pergi baiki lampu kereta. Aku pun tak paham kenapa bila drive malam2, orang selalu bagi lampu tinggi dekat aku, atau bahasa yang aku selalu guna 'ding' 'ding' lampu, kononnya lampu kereta aku ni tinggi sangat sampai silau diaorang nak drive. hukhuk. 

2 bulan jugak la duk main lagu tu, semalam baru sempat pegi servis, turunkan sikit kerendahan lampu, rupanya terlebih tinggi dan terlebih besar lampu keretaku. hahaha. mabe dah berbakul2 orang sumpah seranah kat aku kan. maapleee yea. haha. 

Balik rumah petang tu, ma cakap malam ni nak masak megi jea, kita makan megi jea lah katanya. Tetiba abang cakap: Jom kita pergi makan megi ketam nak? 

Hah sudah! apalagi, menggelupur la aku dan adik2 aku kalau bab2 makan megi kat luar nih, selalu kami makan megi belut jea kat luar, megi ketam belum lagi hangout sama2. Lepas magrib terus kami konvoi kereta cari kedai megi ketam. :)



Restoran Pulut Ikan Bakar. Kalau korang dari TOK BALI, jalan straight jea, sambil2 tu tengok kiri, kedai ni betul2 dekat selekoh dan betul2 tepi jalan dan betul2 dekat simpang 3. senang jea nak cari, tak susah. Aku rasa kedai ni macam dekat sempadan kot, sipi2 keluar Kelantan, sipi2 nak masuk Besut Terengganu. Ha, cenggitu la lebih kurang. 

Adik pompuan aku dah biasa ngn restoran ni. Nama jea restoran, tapi kedai biasa2 jea, so korang jangan expect lebih la kalau first time datang sini, kot2la tanjat boboi. Aku dah biasa dah, maklumlah aku ni orang kampung jer *jeling2*, restoran bandar dengan restoran kampung aku boleh laa bezakan. hahakhak 

Dah namanya restoran pulut ikan bakar, menu utama haruslah diorder PULUT IKAN BAKAR.



Pulut ni pulut putih biasa jea, lepastu dia letak kelapa sikit, makan dengan ikan bakar perah asam limau cicah dengan air asam macam kicap2 gitu. fuh. Agak sedap disitu. Harus korang cuba kalau terjumpa kedai ni. 

Menu kedua utama, wajiblah Megi Ketam versi 3 beranak. haha




Memula aku ingat macam megi belut yang selalu kami duk makan tu, means berkuah tomyam siam kaw baikkk punya, tapi yang datang kuah sup biasa jea, ada megi dan ada ketam 3 ekoq. hurm. rasa boleh tahan laa, sedap jugak. kuahnya manis2 ketam gitew. hikhik 

Menu sampingan, abang yang rekemenkan. kitaorang cari udang besar 3 ekoq dengan ketam besar dua ekoq kasi bakar berempah baik punyer, lepastu sotong celup tepung tiga ekoq. fuh, puas hati makan. sampai tapau bawak balik rumah sebab dah kenyang sangat, tak muat perut. haha. tu la. Tamak. 

Makanan laut boleh pilih dan cari sendiri



Ketam bakar berempah. yang ni serius sedap. rempah dia menjadik!



Total yang kami makan semalam lebih kurang RM160++ untuk 7 orang makan (7 mangkuk megi ketam + satu set pulut ikan bakar + sotong celup tepung + ketam bakar + udang bakar + air) 

OK la kan? kalau tak silap aku, satu mangkuk megi ketam tu harga dia RM10. heeeee 

Lepas makan, tersadai aku kat kerusi, ore kelate panggil sekok sebok. haha. Anak dalam perut melompat girang, siap ballet lagi kot, adik aku yang bongsu tu pun boleh rasa baby dalam perut bergerak2 tanda gembira. excited kot kan? maklumlah, first time dia makan ketam tahun ni. Hakhak! 

Nanti aku share dengan korang pasal megi belut pulak yea. tapi tak tahu la bila. sebab baru minggu lepas makan, lupa nak up story. nak up story haruslah ada gambar kan? hikhik 

Tq for reading. K bai!    





9 comments:

Zura Lee said...

zura dah la belum bekfes nih.. mencik la !! terliur plk tgk ketam... mlm kang nk g pasar mlm cari ketam

Pokok Manggis Depan Rumah said...

Sedap makan ketam jika kena degan gaya masaknya. Murah lagi harga tersebut nak dibandingkan tempat-tempat lainkan.

Nurzakiah Hanum said...

wow bestnya

Sylarius Yusof said...

Unik menu makan kat kedai ni. Kat KL memang saya belum jumpa lagi. Signboard kedai tu pun macam menarik juga. Ikan tu macam ikan dalam kartun Spongebob Squarepants je. Hehe

Normi Nieza said...

cik nor pun slalu g makan kat sini..best..:)

❤Kamsiah❤ said...

akak pergi masa hari raya posa tu,kedai ni tak bukak..frust sesangat sbb ramai yg kata ia mebeles..tutup sbb raya kut..

adrianna syaz said...

Wah..meggi ketam..sllu dgr nama..tapi x pnh rasa..megi kari adala hehe

wawa syaida said...

dengar ketam tu pun dah rasa sedap giler ni...sbb family peminat ketam....first time tau nama ketam tiga beranak ni hihi

QasehnyaRania said...

wooo.. first time dgr megi belut. ciksu x mkn belut. cepat update nina.. hihihi