KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, December 17, 2013

Cepatnya masa berlalu pergi... ceeewah!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Esok dah nak balik KL, macam tak bersedia lagi mental dan fizikal untuk kembali sibuk di kota yang sesak, padat, dan bla.bla.bla. Ni lah kekdahnya kalau dah lama sangat bercuti. Minda masih lagi nak bercuti dari kecelaruan kerja yang melanda,. hahaha!!! 

Sapa cakap duduk kampung tak best, memang sah laa. memang sah tak lama dah tu. Ahaks!! 

Walaupun duduk kat kampung reti habiskan beras mak jea, tapi duk kat kampung itu still best! rileks, hari2 gaduh dengan adik beradik pun rasa best tahu. Lebih kurang 3 minggu aku duk kampung, baru sekali aku tanak nasi, baru sekali aku masak nasi goreng, punyalahh best kan! hari2 makan masakan mak, hari2 ternak badan dengan macam2 jenis makanan. Tengoklah adik-adik aku macam mana kebesarannya, kat kampung memang syurga makanan. Agagagaga~ 

Hari ni hari last aku buat part time. part time kekononnya. Awal bulan 12 hari tu, adik aku dapat tender kafe, main jual2 kat kafe, jual2 untuk budak2, jual2 untuk staf2. Alhamdulillah, rezeki adik aku dengan laki dia. Bila dah dapat tender ni, suami adik aku yang kerja kat KL, dengan excitednya berenti kerja. Dari duk berjauhan dengan bini, dari makan gaji dengan orang, baik balik kampung kerja sendiri kan? sama2 susah payah dengan bini tercinta. ecece. 

InsyaAllah, bulan 1 ni dia balik Kelantan. So, diaorang dah tak PJJ lagi. kerja sekali laki bini, best kan?? NO BOSS! Diri sendiri jadi Boss! everyday masyuk. tak payah tunggu cukup bulan makan gaji. good! pilihan yang bijak adik iparku. huhu. jeles mak jemah. hehe. tak jeles pun sebenarnya, tumpang gembira. haih. dengan adik sendiri pun nak jeles kea? tolonglah!! 

Sinilah tempat kerja part time aku.





Suka hati aku nak pergi pukul berapa, paling lambat jam 9 pagi aku masuk kerja. lepastu aku banyak kerja sekerat hari jea. haha. dalam jam 1 petang aku blah ah. Seronok kan kerja macam ni. Kat sini orang tak ramai pun, time pukul 10pagi jea ramai orang masuk, sebab time tu time rehat. lepas jam 10.30pagi sikit2 jea yang datang. bukan sekali harung orang datang, so tak penatlah. 

Tugas aku, bungkus nasi. hahaha. Apa, ingat aku tak pandai bungkus nasik kea? bukan main terer lagi aku taw! haha. kalah kak Som gerai nasi berlauk kat cabang sekolah tu taw, lagi kemas aku yang bungkus tahu. kihkihkih. 

Pernah sekali tu, ada sorang budak request nak lauk tu, lauk ni, kuah lebih. sekali, bila aku nak ikat getah, habis keluar kuah bilis, kah3. kesian budak tu,, nampak sangat aku terer bungkus kan. Aku kalau nak bungkus nasi lauk ikan memang fail, sebab tak reti nak sembunyikan kepala/ekor ikan, confirm nampak punya. hikhik 

Rasa syokkkk jea kerja macam ni. Macam malas pula nak balik KL. hohohho. boleh? 

Barang-barang tak kemas lagi oiii. Bilalah mood rajin nak masuk dalam badan aku nih. Malam ni mak bidan nak datang lagi, aku request nak beki perut lagi. syok pulak berurut hari tu. Lepas ni, dua bulan lagilah baru aku balik kampung. sob.sob. lambatnyaaaaa.... 

Oklah uolls, doakan aku rajin dan rajin dan rajin.. rajin packing barang balik KL. hakhaks  

Tq for reading. k bai!   



14 comments:

Normi Nieza said...

wah..ada kerja part time..best2..:)

Qaseh Wee said...

memang seronok balik kg . tapi saya dah tak balik kg since my bonda ada kat sebelah saya ni lah ...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

akak dah lama tak balik kampung, lagi pun mak akak dah duduk dengan akak sekarang ni.. bagusnya nina tolong adik di kafe dia.. semoga perniagaan terus maju.. jangan malas kemas barang tu..

Deqla Manjew said...

deqla blk kg hari tu pun seronok kemain.. kalo dah cuti lama2 mmg mls dah nak masok keje smula.. huhuhu...

Cik Yaya said...

salam..
wahhh syiok nyer cuti lelama gitu...ade wat kje ptime plak... ^o^
best la..=D

Xpe..xya balik..;p

Khai♥Rin : anies said...

nk apply keje part time ni bleh x? hehehehe

Chic Na said...

gitulah kalau dah cuti lama memang liat sgt nk balik.. huhuhu..

Fatin Hazwani said...

balik kampung mmg best :p lagi2 bila ramai sedara mara mmg taknak balik lah rasanya hihi :D

Noe said...

duduk kg la plg bess dlm dunia...hehehe...syurga makanan...makan tidur je la kerja nya...yg x bes cuma line internet mcm hampes sikit...

bes kalau dapt berniaga...sekali sekala keja part time apa salahnya...cari pengalaman...x ada la bosan sgt kan...

Cik Puan Mimi said...

mula2 kerja part time.. nanti lama2 boleh bukak bisnes kedai makan sendiri. hehehe

eima said...

cuti sekolah cekgu jd tukang bungkus nasi .. jgn berdiri lama2 ... kang bengkak plak kaki tu

Nory Zoulkefle said...

nory kalau balik kampung suami, asyikk makannn je, jahanam diet..hehehe

mama tisya said...

nina..rege kt buti dynas nursing tu tk sure la cz tk msk pn belek2 dlm butik

QasehnyaRania said...

alhamdulillah murah rezeki pengantin baru.
semoga bosnes meteka terus sukses.Aamiin