KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Friday, December 27, 2013

Beli rumah, Buat rumah, Sewa rumah

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Tadi kawan aku ada cakap kat aku, ada rumah yang nak dijual, sederet jea dengan rumah aku, tapi belah2 hujung sikit, tak de lah corner lot, tapi rumah sebelum corner lot. Tuan rumah tu letak harga dalam 220K. GULP! aku mampu telan air liur jea. 

Lepas tu aku tanya la dia balik, Memang harga macam tu eh? Mahalnya aku cakap... 

Dia cakap memang rate rumah sekarang harga cam tu. jangan harap laaa nak jumpa yang bawah 200K area KL ni. memang rezekiiii sangat la kalau jumpa. kalau nak yang bawah 200K, sila jangan perasan nak duduk rumah jenis teres/bawah. HAIH! cenggitu kea weh? 

Aku kann, kadang2 pernah gak terpikir. kot laaa tetiba tuan rumah SMS : 

1)PUAN NINA, SAYA NAK JUAL RUMAH YANG AWAK DUDUK SEKARANG NI, DENGAN HARGA 400K, KALAU PUAN TIDAK MAMPU, ADA ORANG LAIN YANG MENUNGGU. 

2) PUAN NINA, RUMAH YANG AWAK DUDUK SEKARANG SUDAH ADA ORANG BELI, SO, BOLEH LA KELUAR DARI RUMAH SAYA NI MULAI BULAN DEPAN 

Seyes! pengsan aku kalau tetiba tuan rumah buat bala sms aku macam ni. Mana aku nak cekau kalau dia letak harga rumah 400k. Hahah. 

Lagi satu, kalau dia suruh aku keluar bulan depan, mana aku nak cari rumah senang2 weh. Ingat senang kea nak pindah rumah. dah la barang belambak2, lepastu kemain susah kott nak jumpa rumah teres yang mampu untuk aku bayar sewa area KL ni. Kalau nak cari rumah teres yang rate sewa 1K keatas tu belambak. 

Hurm.. namun itu semua ilusi. hakikatnya.. aku selalu pikir macam tu taw!!!

 *tapikan, aku pernah termimpi tuan rumah nak jual rumah dia kat aku dengan harga 90K! perghh!! giler ahh rumah teres 90K area KL. hahah. kan bagus kalau bukan mimpi

Hari tu aku ada jumpa rumah yang baru siap taw, area Hulu Langat. Bagi aku, rumah tu not bad laahh, cantik. Adalahh aku suruh abang call tanya berapa dia letak harga, memandangkan tu area HULU (hulu langat kann), so aku bajet mesti dalam range 200K-300K jea kottt. JEA?



Sekali ko tahu berapa? 600K wehhh!! tanjat akuuu. haih! rumah dalam hulu pun mahai jugak kaa?? Terus punah impian aku. hahaha 

Balik kampung hari tu pulak, mak aku dah bukak mulut pasal buat rumah. Aku dengan abang jeling-jeling sesama sendiri jea. Mama aku siap cakap lagi, muda-muda ni elok laaahh buat rumah tu haaa. Biarlah tak maw duduk punn, buat jea duluu,, nanti-nanti ada laaa rezeki boleh duduk rumah tuu... 

Nak jaga hati mak punya pasal, habis hutan tebal dekat tanah tu abang tebas, siap pakej bakar + tanam pokok pisang lagi. Kononnya biarlah nampak, niat nak buat rumah tu ada. huhuhu.



Sapa yang tak nak balik duduk kat kampung wei.... Sapa yang tak nak buat rumah depan rumah mak wei. cer cakap sapa. meh sini aku tarik telinga dia. huhuu. Tapi hakikatnya, aku disini, rumahku disana. haha. cenggitu lah lebih kurang.  

Aku ada jugak cakap kat mak aku, aku nak beli rumah kat KL, nak cari rumah yang lagi selesa dari sekarang. lagi besarlah kononya *padahal sengkek orangnya. berangan*. Lepas tu ko tahu apa yang mak aku cakap? 

Buat apa nak duduk rumah besar2, bukannya nak duduk situ sampai ke tua pun..  *nampak sangat nak suruh aku buat jugak rumah kat kampung* rumah yang long duduk sekarang ni dah bagus dah. Besar tak penting yang penting suasana rumah tu. Jiran yang baik. 100% melayu, Masjid depan rumah. setiap kali azan, mesti dengar. Tu yang kita nak. 

Erkk. Insaf kejap aku. huhuhu... 

Kawan aku ada cakap tadi, dia suruh aku tanya tuan rumah cepat2, sebelum dia jual dekat orang lain. sebab dengar2 rumah yang aku duduk ni dah ada orang mintak beli dengan tuan rumah setahun yang lepas. tu cerita SETAHUN yang lalu. orang tu letak harga 200K. Hurm. nampak sangat tak de cann aku nak dapat murah lagi dari tu kann. 

Entahlah. aku dalam dilema. buat rumah.. beli rumah.. sewa rumah.. 

Dalam hati.. aku nak buat rumah + beli rumah. hahaha. giler. Kalau aku kayaaaaaaaa~~ kalau aku kayaaa.. uwwwooooo!~ 

*Ada tak sesapa yang nak jual rumah murah2, PM me yea. kihkih* 

TQ for reading! k bai~      

   




22 comments:

Khai♥Rin : anies said...

tu la realiti yg harus kita hadapi nina..sy pn ada jg survey2 umah kt area Wangsa maju...mmg pengsan la skjap... x pn meh la kita pindah ke marikh... murah kot umah kt sn ;-)

NinaAz said...

kahkahkah. jom anies!!! kita berjiran yeaaa

Nieda ramly said...

Buat rumah di kampung sure dapat besar ...tanah dah free (free ke?).
Jimat belanja.

zulaikha megat said...

Tiba tiba jer terfikir masa depan anak anak kzu nnti..dpt x derang beli rumah nnti klu tuntutan kerja mereka harus tinggal di KL..

PUANSTOBERI said...

Rumah teres..dgn rega 220k tu da kira murah nina..grab je nina..umah akk skrg pun time akk bli hrga tu lah.. tp lagi tkde tanah ha..now after 2 yrs hrga jual da naik hmpir 100%.. kalau da fikir memsk..rs bole..grab je ;)

Nur Inani said...

makin hari naik harga rumah..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

rumah dah semakin mahal sekarang ni nina.. tak dapat bantu nina cari yang murah..

Chic Na said...

mak aiii mahainya rumah sekarang.. kena pikir elok2 tu.. hehe..

PUAN PIA said...

Tgh muda baik beli. Insurans pn dpt murah ckt. Apa kata nina beli rmh, cik abg buat rmh. Atau sblknya. Pia pn ngah mencri. Kt Ipoh,harga murah lg. Tp,ikt kwsn la.

❤Kamsiah❤ said...

suami akka sempat beli rumah masa harga 25k dulu..ala rumah ters biasa ja..tu th terakhir berharga 25k..lps tu naik mendadak..skrg kalau nak jual..ada lah dalam 70/80k..
dah lama habis bayar..dok bg org sewa sedangkan akka masih dok rumah sewa hehe..pelik dan ajaib..sbb rumah yg disewa ni..kedainya depan rumah,hospital hanya beberapa meter,kedai makan berderet..sekolah anak2 cuma jalan kaki ja..

Eza Boom Boom said...

kat kuching pun sama, harga rumah melambong tinggi. Moga ada rezeki cari rumah murah ye... :)

ros_reeza said...

semakin hari, memang harga rumah semakin naik.. nak-nak di bandar besar.. memang tak adalah harga 150k ke bawah, kalau teres.. Ros pun ada survey kat Jitra, kedah.. rumah teres biasa pun dah 200k.. mak ai.. huhu

IMaH said...

Kalau rumah teres 220 k area KL mmg murah sgtla nina..huhu. imah yg duduk shah alam ni apartment pun dah 200-300k++. teres dah cecah 600k++. klu ada teres yg bawah 400k kira murah dah. setengah tu mahal gila tapi rumah buruk dah..dilema betul pasal beli rumah area KL-selangor ni. mahal ya amat

Vee Lea said...

Mahal gila rumah skrg ni.. Huhuhu. Utk masa depan, confirm gaji kena at least 10k. Hmmm.

Elya Roza said...

sis...skang mmg tak dpaat nk cari umah bwh 200K area Kl ni...kat cheras ni pun umah appartment dah lebih dr 200K... gila knn ,,kejpa jee masa berlalu..semua benda nak naikkk... ape2 pn, kene cepat2 cari back up....so nak beli umah nnt senang..uuhuh..

Amanina Mads said...

mai ai mahalnya rumah tu nina.. betul cakap mak tu kemungkinan bila dh bersara jd cikgu nina balik stay kt kg. hehe

S. Faezah said...

rumah mmg mahal..tp nak tak nak kena beli gak..lmbat beli jadi lg mahal..huhu..beli umah kat kl pon xrugi..klu dah tak duduk boleh buat sewa nanti :D

Cik Yaya said...

hehe...kalo kaya kan....
xpe..apa yg ada n mampu je la..
lau ade rezki lebih boleh jugak buat kan..^_^

Pha Is said...

masalah dengan harga rumah sekarang.. naik melambung...

JunAina said...

Nina kat mana rumah Rm220k tu? Macam best jerk...ahahhaaaa...

Tak dpt beli dpt survey2 rumah pon jadiklah mana tahu boleh beli rumah lagi kalau kena dengan bajet.

Nory Zoulkefle said...

rumah memang mahal sekarang ni...
nory tak layak nak beli lagi...
gaji ciputt je...
menyewa je lah setakat ni yg termampu...teringin nak rumah teress...tapiii mahaii kemain...tak mampuu..

surijunior said...

Alhamdulillah

Jadual waktu sekolah untuk diberi PERCUMA ! Klik http://bit.ly/1cmdp7Z