KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, December 14, 2013

Samsung SIII jadik Sony Experia C

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Dah namanya tak de rezeki, nak buat macam mana kannn.. redho jea lah. uhuks! 

Tapi yang aku perasan la kan, semua barang yang husby aku beli mesti rosak. Dulu ingat, masa kami sama2 beli handphone, handphone dia yang jahanam dulu. aku punya elok lagi. Pastu dia beli motor, baru jea pakai panas2, dahhhh kena baiki. minyak bocor kea apa ntah.. pastu beli handphone lain pulak, pun rosak. Kamera langsung tak bleh pakai tapi still under warranty. Tak pegi baiki pun, malas katanya. Pakai kamera depan jealah. bajet selca diri sendiri, Ahaks!

Last2 aku yang menjahanamkan handphone dia yang sedia rosak kamera tu, rosak teruk skrin aku buat. haha. Asalnya aku nak tarik charger handphone, aku tak perasan yang dia cas handphone kat situ, dengan power yang ada aku tarik la charger tu sekuat hati. sekali gedebukkkk!!! jatuh handphone. tanjat gegirl. 

Memula aku gelak jea, bagi senyuman yang paling menawan kat husby. dengan lemah gemalai aku ambik handphone dia yang jatuh tu, *bajet menggoda ahhh* sekali aku tengok skrin jadi hitam, dan2 menggigil kepala lutut aku. OMG!!!!!!!! Makin lama, makin hitam.. aigoooo...

Time ni 20% hitam.. lama2 100% gelap gelita

Aku dah perasan dah dia macam tak puas hati jea, tak puas hati jeaa. yea laa, kaki game kan. handphone tak de macam berjauhan dengan bini la oiiii...mungkin lagi teruk dari tu. uhuks! macam mana nak ngadap game kalau skrin handphone hitam. Nak baca whatsapp pun tak boleh, apatah lagi nak sms. Nasib baik orang call boleh dengar. hahaha. 

Dengan rasa beribu kesalan didada, aku dengan baik hatinya mengoffer diri untuk pergi repair handphone abang.. 

So, aku ajak la dia pergi Billion dekat KB tu, sebab kat situ banyak jugak tempat repair + jual handphone. Ingat nak pergi KBMall, rasa macam mahal jea kat sana, tak pun lebih kurang jea harga, better aku pergi billion, dekat sikit + orang pun tak berduyun. Memula tanya betul2 dekat kedai repair handphone. tanya pasal harga dulu berapa. aku bajet dalam 200-300 hengget jea. Sekali apek lencai tu cakap dalam RM650++, SENTAP maks nyah! mahal giler kottt bagi akuuu. hahahahahaha... skrin jea punnnn. Abang dah blur dah aku tengok. haha. kesian abang. 

Pastu kami pergi lagi kedai kedua, jugak sama hargannya, kedai ketiga.. punn sama... Last2 frust. give up sikit. Aku rasa, better beli handphone baru dari repair handphone yang rosak nih. kot2lah bila dah repair, next2 time ada benda lain pulak yang rosak. kang naya? Lagipun, harga repair 600++, tambah berapa sen jea lagi boleh beli yang baru. iye idok?? nampak tak permainan dia disitu? semua geng2 handphone dah berpakat kottt, bagi mahal repair sebab nak suruh beli yang baru. kan? kan?. ish! tak baik fitnah taw. uhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.!!!! 

Memula survey handphone yang sama. S3 jugak. Harga S3 skg dah tak sampai seribu pun, kejap jea handphone jadik murah dari harga asal. biasalah. permainan teknologi kann. Aku berkenan dengan s3 pink, warna yang baru punya. haha. sesuai ssangat lelaki pakai pink kan? *mata keatas*. 

Lepas tu, bincang punya bincang, abang nak try brand lain pulak. tak mo dah pakai Samsung, nak cuba Sony katanya. So, kami survey la range harga sony. Lagi murah dari samsung S3. Skrin pun lagi besar dari S3. Sound korang memang dah sedia taw kan sony lagi better dari samsung. Lama gak laa abang godek sony tuuu, biasalah. Lelaki kann. kalau suruh belek handphone kea, laptop kea bagi kat diaorang lah. cer suruh belek ikan bawang? confirm fail kan? 

Last2, inilah pilihan hatinyaaa... lega sikit aku bila tengok suami tersenyum rianggg.. hehe..



Dari repair skrin Rm650++, tambah dalam 200 jeaa lagi dah dapat handphone baru uolls! Warranty 1 tahun lagi. kalau korang, mana yang korang pilih? repair kea beli baru? rasa2 bijak tak pilihan aku nih? uhuks!! 

Siou abang! tak sengaja rosakkan handphone kesayangan abang, nanti2 lah kita baiki yea. Simpan dulu biar jadi pekasam. Kot2 la depan2 hari harga repair murah dari sekarang. Ahaks! 

Pesanan aku untuk korang, jaga handphone baik2 eh. jangan bagi jatuh wooo. nangis nak baiki kang. hehehe. 

TQ for reading. K bai!          





4 comments:

Sally Samsaiman said...

kalau skrin nak repair mmg mahal la kak..huhu...sally pun beli baru...yeay hubby akak bole jd geng Sony dgn sally :P

Chic Na said...

cikna suka sony sbb sound & camera dia besttt..

Fatin Hazwani said...

kalau aten beli baru je :p harga repair lebih kurang mcm beli hp baru hihihi...

Deqla Manjew said...

beli jer baru.. repair pun dah sma harga ngan henpon baru kan..hihi..