KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, December 25, 2013

Tadi beli Air Kelapa Muda, Tanjat Mak Jemah!!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Dasyat sungguh kalau Adijuma ni buat Sale. Sesak2 Central Market (CM). Aku rasa aku dah awal kot sampai sana, rupa2nya ada yang lagi awal dari aku. Dah rupa Warehouse Pureen Sale dah aku nengoknya. Dekat kaki lima bersepah orang duk lambak tudung adijuma. Dalam butik penuh, luar pun penuh.


Tak adil betul lah diaorang nie, satu peluk tudung diambiknya, pastu bawak keluar butik, duk tabur atas kaki lima. pilih.pilih mana yang berkenan dihati. aish! Tapi, tulah cara nak jimat masa kan.. dari duk berpeluh ketiak memilih dalam butik yang penuh dengan manusia tu. Agagaa~ 

Aku tak masuk pun dalam tu, tak kuasa aku nak layan bawal2 nie, ececece. berlagak. Hahaha. Aku teman adik aku jea pun tadi. Sayang adik punya pasai, bawaklah dia kat sini haa..

Lunch kami tadi. Dah lama teringin nak makan putu bamboooo. RM2.80 satu bekas (5 ketul)

Aku sebenarnya nak cerita pasal aku beli air kelapa dekat luar CM tadi.... 

Hurm..Balik kampung hari tu, kelapa muda nenek aku yang jadi mangsa aku, berbiji2 paksa abang pergi kait,. hehe. Kelapa muda tu arwah abah aku yang tanam. sedap sangat. manis tak payah letak gula., tapi dah macam minum air gula. hehe 

Sebelum cuti sekolah, hari2 aku singgah dekat kedai buah area rumah aku., semata2 nak beli air kelapa muda. Balik kerja mesti singgah. Tak de lah singgah hari2, cuma masa beli tu aku pastikan beli air kelapa untuk dua biji. Satu untuk hari ni, satu lagi untuk esok. So lusa tu baru aku singgah balik beli. konon nak minum secara konsisten laa kan. Sebiji RM2.50 jea pun. Dua bijik RM5. tak delah mahal sangat. fresshh lagi! 

So, nak dijadikan cerita kenapa mak jemah tanjat ssangat tadi.. Sebelum balik dari CM tadi, aku ada laaa nampak booth kecik2 yang jual buah, air, baju segala bagai mak nenek kat luar CM tu.. 

Bila dah nampak kelapa muda berlonggok2 dekat salah satu kedai kecik tu.. terus aku teringin nak minum air kelapa. Aku order la dua bijik kelapa muda fresh, bungkus ikat penuh takmo ikat tepi, hikhik. 

Pastu masa nak bayar, aku tanya la akak tu berapa. Ko tahu dia cakap berapa? teka. teka. Hahah. 

Sekali dia cakap RM12 kooo. 12 hengget dua bijik kelapa. gittew. tanjaatttt aku taww. haha. 

Aku bukannya kedekut berkira kea apa, Tapi sebab aku dah biasa dengan dua biji kelapa RM5, so bila dah kena dua bijik kelapa RM12 nii, maw tak tanjat akuu.. hahaha. nasib tak keluar biji mata mak jemah taw! 

Tu laa.. lain kali, tanya dulu, sebiji kelapa ni berapa hengget kann. tak de la terkejut sangat bila nak bayornyaaa. Hahahaha. 

Tue je lah cerita beli air kelapa aku hari ni. Haha. nampak sangat tak de kerja nak post entri gak kann. kikiki


Air kelapa Muda versi CM

*ok, fine. sewa tapak mahal, so kelapa pun kena mahal laaaa mak cik nina oiiiiii

TQ for reading! k bai~     




33 comments:

Yumida Huda said...

mak ai mahal giler..yumida pun tanjat gak..hahaha
nampak sedap je air kelapa tu

Eza Boom Boom said...

mahal giloss air kelapa tuu.. Uhukkk. Kempis duit..

Farhain Azmi said...

mahalnya... bg yong sebiji kelapa rm2.50 tu br kira murah

Chic Na said...

mak aiii.. air kelapa je pon.. kalah ice blended mocha.. hahaha..

Nur Inani said...

kalau kita memang ta pegi dah kalu mahal2 gini ..hihi.melainkan ngidam sangat.kahkahkah. =)

Qaseh Wee said...

nasib baik ada cash kan . perlu tanya dulu sebelum beli .

JunAina said...

Terkejut berok jugak...ahhahaaa...

Kat pasar borong pon Rm2.5 kalau siap potong, masuk pastik boh ais tu...:(

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

mahal tu nina.. sedapnya dapat minum air kelapa..

Khai♥Rin : anies said...

RM12 tu dia kira org yg panjat pokok kelapa ke nina? ekekekeke

Cho Zila said...

oooo nak anak comel lote keluarnyer nanti lertu.. sedap kan.. tapi sejak baca yang air kelapani kalori tinggi terus tak kerap sangat minumnyer

Cik Sal said...

amboi! mahai nya air kelapak .. cenggini kita tanam je lah pokok kelapak ..hahaa..adijuma bawal je..tapi tudungnya leh tahan mahal gak...huhuu..

::NureeN:: said...

cekik darah namanya tue.. smpi 12hinggit benor....
ingat pelancong ker hape.. pada2 la nak juai mahai pon huhuuu

IDAZS said...

aidijuma dan putu bamboo.. dua dua saya suka..

salam kenal :)

cik hani said...

air kelapa memang sedap. fresssh gitu

Deqla Manjew said...

ehh kiter pun tanjat la.. mahai sungguh aih...

Miss Volvo said...

waaaah putu bambuuuu!! sodappp tu!!

NenetPenne (NP) said...

tu dah mcm minum kat restoran atau hotel... kat dalam air asia lagi best, RM10 untuk sebiji kelapa..hahahaha

Cik Jue said...

putu bambuuuuu....sedapnya..

lumut said...

pergghh putu bambu menggiurkan...tros rase lapa!! hehehe.... em aah phytoscience tu skang tgh femes...

kalau nak join jom..hehe...

kite usaha je ade rezeki insyaAllah..kite pon x sangka dpt income mcm tu..=(

wawa syaida said...

mahalnya....bagus kan air kelapa ni utk preggy....tudung adijuma tu dah jadi trend kan skang ni....my sis suka lah gi sana time sale...memang kena berebut-rebut

Cik Yaya said...

salam..

wahh lama yaya xminum air kelapa ni..eh putu bmbu tu wrne ijau? xpernh nmpk pun..sme ke rase dier...huuuu

Amanina Mads said...

biar betul air kelapa mahal mcm tu.. huhu. skrg trend adijuma jd mcm fareeda pulakkan. hehe

PUANSTOBERI said...

herghh.... mmg mahal.. tp dah nama area pelancong kan.. gitu lah adanya...

Bitt (double IS) said...

suka putu bambu :)

izan mama mia said...

awat ke mahai bebenor ayor kelapa tuu..hahaha

Umi Qi said...

Mak jemah Umi Qi pun tanjattt tau hahahhahahha...RM12 mahalll sgt...umi Qi suka tanya dulu harga...haishhh

:: Cik Viva :: said...

Sakan org nyoping tudung aidijuma tu ye.Emm mcam mhal je..macam tak patot je harga kelapa tu..haishh

::EIDA:: said...

ida nampak putu bamboo tu je.. sedap! ida sukaaaaaaaaaa

Zura Lee said...

gerai putu bambu kt bndr hussien onn ada..dpn petronas tuh

Pha Is said...

selalu tengok putu buluh tu kaler putih je.. ni pestime tengok yg kaler hijau..

jom join simple segmen anjuran pha is..
http://pening-pala.blogspot.com/2013/12/segmen-azam-blog-2014.html

S. Faezah said...

melampau sgt tu mahalnye..ish3

Nory Zoulkefle said...

nory pon dah start boleh minum air kelapa byk2 dah...sebab nak masuk 7 bulan peknen...heheh

QasehnyaRania said...

dapat juga kan rasa putu bamboo tu. yg tu la ciksu beli dulu..