KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 30, 2011

Apam Polka Dot NinaAz

Pergh! kemain panjang namanye.. Nak jugak selit NinaAz tu.. Bajet glamour le tew.. kuikuikui..
Second day at Home!!! suker2 dapat balik rumah setelah 2 bulan berada diperantauan..
Bilik aku tak dikemas lagi.. Bengang giler tengok bilik aku bersepah2!! Bodoh punya pencuri.. Ingat aku simpan harta karun ker dalam bilik tu??? haaiiikkkk tui!!! sila kemas semula bilik aku setelah kau sepahkan! tak kuasa aku nak mengemas..huahuahua.. Nasib adik aku no. 5 masuk Matrik, so, aku lepak ah bilik dia cuti ni.. =)

Dah lama aku simpan niat nak buat Apam ni.. Hari ni baru berkesempatan untuk aku menyepahkan dapur mama buat apam polka dot ninaAz nie..hehehehe.. First time buat,, rasa sangat sedap, but rupa jea la tak boleh blah..huahua..biasalah, baru nak belajar buat dot-dot.. hehehe...

Apam Polka Dot NinaAz.. =) | Apam ni gebu, lembut, sodap,, mabe sebab adunan nya ditaruk Susu Segar dan juga ovellate.. | Rupa tak boleh tahan, tapi rasa boleh tahan.. =P
Dalam satu adunan apam ni, dapat la lebih kurang 30 biji.. mabe aku punya mangkuk kertas saiz XXL kot.. kalau saiz M mabe banyak lagi dapat..

Resepi Apam ni, tak de la susah sangat, tak payah pergi kedai bahan2 kuih muih tuk beli bahan2 ni, supermarket pun ade.. Korang tak nak cuba try test ke apam ni?? meh sini aku nak kongsi share sikit resepi apam ni.. Ni pun aku dapat dari blogger yang lain..

Bahan-Bahan:1) 3 biji telur dari peti sejuk
2) 275gm tepung gandum + 3 sudu serbuk penaik
3) 1 sudu kecil Ovellate
4) 220gm gula halus
5) 150ml Susu Segar
6) Filling -strawberry ker, blueberry ke, durian ke..suka hati (aku guna jem biasa, serius tak sedap sebab ianya berat dah akan jatuh di dasar apam, filling kat kedai pastry lagi bagus, dia akan duduk diam kat tengah-tengah)
7) 1 sudu esen vanilla
8) pewarna pilihan sendiri

Cara-caranya:
1) Pukul telur putih sampai kembang
2) Masukkan ovellate,kuning telur dan esen vanilla.. kemudian pukul lagi
3) Masukkan gula kemudian pukul sampai sebati
4) Masukkan tepung gandum+serbuk penaik di selangselikan dengan susu segar - Kacau dengan senduk sahaja
5) bahagikan adunan tadi dengan warna pilihan anda, Ambik mangkuk kertas, masukkan sedikit adunan tadi ke dalam mangkuk kertas tu6) masukkan inti di tengah2 adunan ni7) masukkan semula adunan warna pink tadi-kalau rasa nak kembang sampai kembong, masukkan la sampai penuh.. =)8) last sekali, dot-dotkan dengan piping bag dengan warna yang berbeza.. suka hati la korang nak dot yang macam mana9) Kukus selama lebih kurang 10-15minit
10) Tadaaaa!!! Siap~Merah,biru,purple..tak cukup adunan nak letak warna hijau..Ok tak??

Credit to : Hanafzuan! Thanx for the recipe~

~SELAMAT MENCUBA~



2 comments:

Phoebe Debbie Ang said...

NYUM! ni wajib try nnti ni.. thanks nina.. :) terbaekk!!

deDetz said...

wahhh punya kiut tu cake..hihihi :D