KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, May 23, 2011

Antan Batura Seksyen 14 Shah Alam

Lepas jogging, memiara lunok.. Ok la kan?? but tak de la dasyat sangat. biasa2 jea. Port kali ni ialah di Antan Batura seksyen 14 Shah Alam.. Tempat ni di kawasan Taman Tasik Shah Alam, berhadapan dengan PKNS dan juga di pusat rekreasi.. kalau korang nak tengok cara-cara orang yang reti berkayak dan tak reti berkayak, korang boleh intai la di restoran ni..hehehe (bajet aku reti kayak la ni).

Aku juz order air teo o suam, dan sawoku membedal mihun sup dan juga milo kosong panas. Best jugak la mihun sup dia. macam2 ada kat tempat ni..kalau korang mengidam nak makan bakso, boleh la cuba bakso kat sini. nampak macam best jugak ni.Telur Penyet pun ado wei!!pemandangan kat kedai ni menarik sebab berlatar belakangkan tasik, orang2 yang berkayak dan juga kapal ke sampan ke apa ntah nama dia, aku pun tak tahu - benda alah tu korang boleh naik untuk mengelilingi tasik yang agak luas ni..

Muka bajet Cun yang sedang menanti tea o suamMuka kebulur yang masih mampu lagi tersenyumYeay air dah sampai, mihun sup dah sampaiApa lagi, jum kita NGAP! jangan lupa baca bismillah OK!
Ok, kalau korang pergi Shah Alam, jangan lupa singgah kat sini taw! Rasai sendiri keunikan dan kehebatannya! =) papai~


No comments: