KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, May 9, 2011

Kalau Ianya Bukan Milik Aku....

(T_T),, Mood -> Sedih giler babun...

Kenapakah, mengapakah, bagaimanakah???? Sakit kepala aku memikirkannya,, tekanan perasaan pun ada, sampai tak de selera nak makan, biasanya sebut jea KFC, aku la paling awal angkat tangan, dah la ada orang nak belanja....

8 MEI 2011 -> Tarikh keramat yang aku akan ingat sampai bila2.... Bukan tarikh aku Clash, atau gaduh dan sewaktu dengan nya.. tapi,, tarikh hilangnya sesuatu yang berharga dalam hidupku... dah la hadiah pemberian abah...huhuhu...sedihnya (T_T)

Semalam, seharian aku lepak kat Shah Alam, sampai la pagi...dalam tengah hari tu, sempat lagi melilau cari panggung area shah Alam, jumpala TGV di Jusco Bukit Raja... Sawoku ni nak tengok cerita FAST FURIOUS 5ni la first time aku layan cerita ni..best giler wei...semalam jugak aku rasa nak tengok Fast Furious 1-4..adeh! Punyala dongak kepala tengok,, sakit leher aku.. Sit depan sekali wei.. tu jea sit yang ada...yang lain penuh! padahal datang awal lagi kat Jusco tu,,cuma tak jumpa TGV... mata asyik fokus cari GSC,, tak terlintas plak TGV.. 10* untuk cerita ni!! yiihhaaaa~

Ok..kembali kepada cerita sedih... (T_T)
Habis jea layan wayang, kami pun plan la untuk balik.. tetiba jea gatal tangan aku ni keluarkan kamera dari beg, suh sawo aku snap pic kejap... sempat la 4 kali snap, terus masuk keta..dalam keta plak,,snap lagi..adeh! last snap yang aku ingat...time aku snap pic kami, dengan ketinggian kamera sehingga mencecah cermin depan kereta..punyala seronok bila dapat pic yang cantik, walaupun aku ni tak cantik..hahaha...

Melilau la pulak kat seksyen 7, terjah Al-Ikhsan, lepas tu terjah Butik Pearl Haya, cari shawls.. Selesai sesi menterjah, lepak la dalam kereta kejap, tetiba aku nak tengok pic yang kami snap tadi, carik punya carik, tak de dalam beg aku..adeh! pastu aku lupa macam tu jea nak cari..

Ternak Lunok kat seksyen 11, singgah solat kat surau seksyen 11 dan masa tu la baru aku teringat semula nak cari kamera aku...apa lagi, satu kereta kami cari,, bawah keta, atas keta, dalam keta..semua hampeh! aku nak nangis dah..huhuhu..mana kamera aku.. Aku pun tak ingat apa yang berlaku lepas tu..yang aku ingat, last posing kami lam keta..tu jea..pastu serius aku tak ingat...huhuhuhu...

Aku ajak sawo aku pergi semula kat seksyen 7, mana tahu tercicir kat situ kea..tapi semua hampeh!! waaaaaaaa...kamera aku.. tu jea yang aku ada..hhuhuhu...tetiba mood hilang.... tak de semangat nak teman sawo aku layan MU VS Chelsea.. kesian dia layan kat mamak sorang2,, aku plak duk termenung sampai tertidur lam keta..wawawa...sadis...

Napa la aku ni lalai sangat....benda macam tu pun tak boleh nak jaga...terkilannya laa.. (T_T)
Sabar jea laaaa....Kalau kamera tu milik aku,, dapat juga tu nanti.. tapi, kalau ianya bukan milik aku...terima dengan hati yang terbuka... (T_________T)



No comments: