KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, June 11, 2019

5 Syawal 1440H : Open house mengejut

Assalamualaikum... 


3 syawal haritu, aku ada beraya rumah kawan suami di Seremban. Punyalahhh sedap dia punya Satay. Sampai teringat2. Dia punya teringat tu tak leh bawak bincang. Rasa nak makan satay nak satay nak satay nak satay. Hah gituu. 

Dan2. Hari ahad tu aku cakap la jugak kat suami rasa nak makan jugak satay. Paksa dia pegi cara kedai satay mana yang bukak. Tak kesah janji satay. Tak dapat yang sesedap seremban pun tak apa. 

Kebetulan, adik ipar aku yang duk Shah Alam wassap cakap nak datang beraya dirumah. Rezeki depa la kan dapat makan satay. Hehehe. 

Adik aku dua orang yang pompuan ni pulak bagitau diaorang nak buat bihun sup. Alang2 kak ipar ngan abang nak mai kan. Inikan raya! Hekhek.. 

Sekali... laki aku pulakkkk buat ayat... 

"Abang rasa nak ajak kawan abang datang la malam ni. Alang2 nak pegi beli satay, alang2 nak buat mihun sup. Boleh la ajak kawan datang beraya". 

Wow!! Masa tu dah la petang. On the spot tetiba kan. 

Memula dia cakap dalam 10 orang aje kawan dia. Tup tup. Dalam kul 6 petang gitu kot. Dalam 30 orang pulakkk. Hahahaha. Laki iolss ni memang suka buat kejutan. Dia dah nak siap angkut kerusi dari surau lagi untuk tetamu duduk kat luar. Iyo lee. Rumah sekangkang kera, idokle muatnya reramai. Sebab malam, waktunya pendek. So mesti tetamu datang sekali harung, Hehehe. 

Nasib baik laaa adik2 aku ni rajin plus pandai masak. Kalo aku, sumpah ketar nak masak nak bagi orang makan. Ampunnnn. Ku tak berdaya. Hahaha.  


Menu mengejut: Bihun sup + Satay + mee goreng + nasi impit + kek lapis + biskut raya

Satay Hj Samuri. Bagi aku biasa-biasa je. huhuhu. Nape femes naw satay dia ni ha. hahahaa


mihun sup by mokteh + makdo bergabung meletop


Mee goreng by makdo. Haruslah sedap hoiiii

Santai luar pagar pun boleh. Apa ada hal. 

Bila geng bapak + geng mak bergabung. ahaks!!

Geng-geng mak dalam rumah aje. Menyembang, berkenalan. kihkih. Husband aku memang rapat dengan geng taman. Semua kawan dia yang datang tu pun kawan-kawan taman rumah dan geng surau aje. hehe

Kanak-kanak, geng bapak-bapak semua lepak kat luar

Badak Sumbu terlepas. sedang bersantai kat tangga. hahahaha.


Alhamdulillahh. Seronok ada tetamu mai rumah ni sebenarnya. hehe. Dapat tengok tetamu menjamu selera pun dah happy. Tengok anak-anak gembira dapat ramai kawan pun bertambah-tambah happy. Semua riuh duk main kat luar. 

Gitulah cerita open haus mengejut pada 5 syawal. hahaha. 

Tq for reading! K bai~





1 comment: