KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, June 9, 2013

Katering Kelantan : Az Amnie Katering

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Hari ni aku nak promote pasal katering kelantan. Memandangkan aku tengok ramai yang duk google pasal katering kelantan, so.. aku pun nak mengexposekan diriku. mihmihmih.. 

Dulu NUR AIM KATERING. Sekarang dah tukar nama AZ AMNIE KATERING. Aku ada pernah buat entry pasal Nur Aim katering. korang boleh jejak kat sini eh! NUR AIM KATERING KELANTAN.



Arwah abah aku yang usahakan bisness ni. Walaupun katering ni tak termasyur seperti ketering2 orang lain, tapi tempahan still tak menang tangan. Kalau dah sedap dan lazat, orang mesti cari kan. gittew. Alhamdulillah. rezeki. 

Sekarang ni adik aku yang ambik alih bisness ni. Umor baru 24 tahun. muda bergetah lagi. Tapi memasak mengalahkan orang tua oit. Kalau setakat ayam masak merah untuk 100 orang, dia buat sorang2 jea weh. Kalau aku, maw pengsan dulu. Setakat blend bawang untuk makan 500 orang, aku boleh lahhh. lalalalaa~

Pengusaha Az Amnie Katering
Ros Aini Azahar
24 Tahun
Kelulusan Diploma Diagnostic in Radiograpghy KIST


Sekarang ni adik aku tengah ambik tender kantin untuk staf-staf Hotel Grand Riverview Kelantan. Start bulan 12 hari tu, sampai la hari ni Hari2 masak weh. mampu? hohohoho. aku memang tak ah. 

Sekarang ni pun, staf-staf Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pun suka tempah makanan dengan Az Amnie. Dari arwah abah aku ada lagi, diaorang dah suka dengan masakan kami. Alhamdulillah. Berkat masakan mama aku yang sedap, rezeki pun melimpah ruah. ilmu masakan tu turun pada adik aku. Aku? hehehe. hehehe...  

Ada sapa2 nak bagi tender kantin sekolah tak? adik aku tengah usha-usha ni sekarang. kalau ada gtaw eh! :). 

Kat bawah ni, aku ada listkan beberapa perkhidmatan yang boleh Az Amnie berikan   

Az Aminie Enterprise ada menyediakan khidmat katering untuk: 

Majlis Perkahwinan  ( FULL PACKAGE : Khemah, Pinggan gelas, menu makanan (kira ikut kepala), pekerja, *nak pakej pelamin pun boleh*) 

Majlis luaran ( BBQ dan sebagainya) 

Majlis Karporat (Menu untuk mesyuarat, minum pagi, minum petang, makan tengah hari - Biasanya untuk program-program yang dijalankan.) 

Majlis Akikah, cukur jambul, Tahlil dan sewaktu dengannya 

Selain khidmat katering, kami juga menyediakan khidmat sewa barang buffet, pinggan, gelas dan segala benda yang boleh di sewa. :) 

UNTUK TEMPAHAN dan PERTANYAAN LANJUT boleh la menghubungi:





TQ for reading. K bai!  



23 comments:

Normi Nieza said...

wah..hebat tu masak..:)

Giorgio Izas said...

Wah menarik ni... Giorgio punye wedding blehla usyar2 C'ni... (^_^)
Adik Nina student KIST ek? Kt Bachok 2 ke?

wawa syaida said...

wow buss family ni...harap terus success + maju

NinaAz said...

Hihihi. Boleh2222. Aah. Kist kat bachok. Kenal eh????

NinaAz said...

Tq222. Hihi

zulaikha megat said...

alhamdulillah..seronok dengar bisnes makin maju nih.

hana hadi said...

respect kat dia.. muda lagi tapi boleh handle bisnes ni

hana umur 24 gak. tapi masak xpandai.. hehe apatah lagi nak handle2 mcm ni

Mizz Aiza said...

hebatnya adik nina.. umur baru 24 tahun dah ada perniagaan sendiri.. semoga terus maju.. :D

Giorgio Izas said...

Akak Giorgio Instructor Nursing kt KIST 2... (^_^)

Deqla Manjew said...

wahh.. skng adik pulak yg urus? alhamdulillah bisnes arwah diwarisinya dgn baik sekali.. ;)

cha said...

wah bagusnya muda muda dah take over business ni u. salute la kat adik u. kalau dia usaha betul2 mesti one day boleh lebih berjaya. good luck :)

Siti(zoey) said...

hebatnya..masak2 ni letih dan bkn sng kan.

NinaAz said...

betul tu zoey. hehe. kembang lubang hidung retis singgah sini :)

Zura Lee said...

muda2 lg dh jdk usahawan berjaya, menyambung perniagaan arwah abah...tahniah utk adik nina...

With Julia said...

Seronok ada bisness sendiri cm nih....best yer

Kesuma Angsana said...

moga terus maju jaya yer

nik ros said...

hebat tu.kalau gini. nanti adik sis kwen boleh sis tempah k. agak2 dapat diskaun tak..haha

QasehnyaRania said...

wah .kagum.muda belia. in shaa ALLAH muda2 dah jadi bisneswoman. satu hari mesti jadi macam lin da onn .aamiin

Anonymous said...

Harga tk majlis aqu

Anonymous said...

Brape hg tuk akikah dan pakej yg ditawarkan

Anonymous said...

Untuk majlis jamuan hari raya terima x

Gmiey Asmara said...

Kami Menyediakan Perkhidmatan P.A Sistem Dengan Kadar Yang Sangat Berpatutan. Kemeriahan Majlis Anda Menjadi Keutamaan Kami. Seperti Majlis Berikut: 

1. Pertunangan 
2. Pernikahan 
3. Persandingan 
4. Majlis Makan Malam 
5. Sukaneka 
6. Hari Keluarga 
7. Majlis Hari Lahir
8. Karaoke
9. Lain - Lain 

Kami beroperasi di seluruh Kelantan. Bagi Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Dj Gmiey 012-982 5403 @ 012-982 5409
http://soo.gd/DjGmiey

Gmiey Asmara said...

Kami Menyediakan Perkhidmatan P.A Sistem Dengan Kadar Yang Sangat Berpatutan. Kemeriahan Majlis Anda Menjadi Keutamaan Kami. Seperti Majlis Berikut: 

1. Pertunangan 
2. Pernikahan 
3. Persandingan 
4. Majlis Makan Malam 
5. Sukaneka 
6. Hari Keluarga 
7. Majlis Hari Lahir
8. Karaoke
9. Lain - Lain 

Kami beroperasi di seluruh Kelantan. Bagi Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Dj Gmiey 012-982 5403 @ 012-982 5409
http://soo.gd/DjGmiey