KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, January 24, 2013

JERAGAT, pigmentasi.. warghhhh! STRESS?

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today???

Hari ni cuti umum! hoyehh! seperti yang sedia maklum, hari tu aku ada cakap yang aku nak buat treatment jeragat dekat kepong kan. tapi cancel sebab sensorang. Kali ni baru dapat lampu hijau pegi kepong sebab ada orang nak teman. hoyeh! Jauhhh kauuu pergi buat treatment. macam dah tak de tempat lain kea kat area CHERAS ni? hakhakhak.

Appoinment jam 10 pagi. Tapi aku keluar rumah dalam jam 8.30 pagi. Excited punya pasal la ni. keluar awal. pastu takut tak jumpa tempatnya. aku bukan biasa sangat dengan kepong ni. Alhamdulillah aku tak sesat. Klinik ni betul2 depan JUSCO KEPONG, so senang la nak cari kan.. sebaris dengan STANDARD CHARTERED. 

tadaaaaa..... aku dah sampai Poliklinik medi-kulit kepong!!!! *excited*

Awal sangat kami sampai. doktor pun tak sampai lagi. appoinment jam 10pagi kan. so, kami lepak dulu dekat papa rich, teman kawan aku breakfast. aku dah sarapan dalam kereta. minum SHAKE jerrr. :P

ok. serius aku berdebar. takut koottt... first time nak buat treatment jeragat magat nih. dah makin teruk naiknya kat muka aku. tu laa, malas sangat nak pakai sunblock. kalau pakai pun yang spf15. memang laah.. mana nak tahan spf15 dengan cuaca kat Malaysia nih. haha. Apa yang aku risau. takut doktor tu toreh2 kat muka aku pakai pisau. tak pun laser sampai berlubang. adeh. logik ka? *sengal*

Pukul 10 pagi, aku pergi semula ke klinik tu. duduk kejap, lepas tu terus nama dipanggil. adeh! baru nak tarik nafas rilex. 

Bila masuk dalam bilik doktor. doktor suruh duduk. macam biasalah. doktor akan tanya kita kan. 

Doktor: Yea? apa masalah 

aku : doktor, saya ada masalah sikit laah... muka saya ni dah makin lama makin banyak pulak naik jeragat magat ni. dah hodoh dah.( bajet dulu lawa la kan.. haha)

Doktor: ok. Tutup mata yaaa.. saya nak tengok sikijap. mata mesti tutup. lampu ini sangat kuat wooo..

aku: ok2.. (sambil2 doktor belek2 muka aku)

Doktor : you pernah buat treatment ka?

aku: pernah jugak lah.. selalu buat treament. yang kasi wap2 tu, lepastu cucuk2 jerawat..

Doktor: ooo.. itu facial biasa lorrrr... dekat sini kita buat treatment maa

aku: oo.. lain ka pula? (dalam hati: facial "treatment" jugakkk kot)

Doktor: ok, saya tengok awak punya muka laa.. ada ituu,, aaa.. itu macam kulit mati woo.. lepastu ada lebihan minyak yang bijik2 ituu.. kalau mau buang kena kasi laser lahh.. Dekat kawasan sini pula (hidung) banyak pigmentasi lorr... sudah ada itu jeragat. you mau buang yang mana dulu??

aku: erk? bijik minyak ah? peduli la itu dulu doktor. saya mahu kasi hilang saya punya jeragat nih (stress!)

doktor: oww.. ok2.. itu macam.. kita sini ada kasi you tiga treatment. first: you boleh sapu cream saja lorr.. tapi jeragat akan naik semula laa. memang kena jaga betul2. cream itu ada... (apa ntah aku lupa dia cakap apa)... kalau you maw pregnant, tak boleh pakai ahh... Second: you boleh buat peeling treatment. ini ahh.. memang kekal punya. jeragat tak akan naik lagi lorr.. Third: kita guna mesin punya. tapi itu mahal sikit. better you tak payah ambik dulu treatment tu.. itu treatment untuk yang teruk punya

aku: oooo... erm.. kalau yang peeling treatment tu saya kena buat seumur hidup ka doktor?

Doktor: tidakkk.. you buat 2-4x treatment, you sudah dapat kesan lorr.. kalau maw buat selalu pun laagi bagusss... baguss untuk kulit maaa.. 

aku: oowww.. itu macam kaa.. saya maw buat peeling treatment lah!

Doktor: ok arrr...

hahah.. kemain gigih aku taip perbualan aku dengan doktor. last2 aku pilih peeling treatment...

Masalah betul dengan orang perempuan ni kan. jeragat naik pun nak bising. treatment bagai. haish. perempuan. perempuan.

ni bilik tempat aku buat treatment tu. dalam satu bilik ni ada 3 katil. kat luar ada lagi dua katil. kat sebelah ada lagi 1 katil kot. pembantu doktor tu cakap, kat sini memang ramai orang. yang datang dari singapore pun ada semata2 nak buat treatment. kalau nak datang hujung2 minggu, kena buat appoinment dulu lah.. kalau tak.. berjanggut laaa menunggu jawabnya.


pembantu doktor tu peramah. sempat lagi berborak2 dengan dia masa dia buat treatment kat aku. siap bagi tips lagi. dia cakap, kalau nak buang jerawat, picit jerawat tuu.. habiskan semua benda yang ada dalam jerawat tu. lepas tu tekapkan toner dekat jerawat yang dipicit then last sekali sapu gel untuk mengecutkan kulit. tips untuk jeragat pula dia cakap kena pakai sunblock spf50. kalau pakai yang spf15, tahan sampai 1-2jam jea. lepastu kena sapu balik. tapi kalau yang spf50, kalau pakai pukul 7pagi. pukul 12 kena cuci muka, pakai lagi sekali. sebab dia tahan sampai 5 jam. better laa dari yang spf15.

Sekarang ni aku hanya pakai pelembap yang ada spf15 jea. so, aku try beli sunblock yang doktor jual. uv protection spf50 from MK formulation. satu ni rm95. tapi dia bagi aku rm75. Peeling treatment tu pulak rm160 jea. ok la kan. kalau sebelum ni buat facial biasa harga lebih kurang jeaa... baik aku buat treatment untuk jeragat kan? hahaha

Ni kad bisness klinik. kalau terasa nak buat treatment jerawat keaa, jeragat keaa.., nak buang tahi lalat kea, nak buang kutil lemak kat muka kea.. nak buat botox kea. ahaks! cer buat appoinment kat nombor dibawah yea!

ok! next treatment aku akan buat lagi pada bulan Februari! hoyehhh!

k bai!















13 comments:

nik ros said...

tips untuk yg jewarawat tu bagus. boleh apply..hehe

Anonymous said...

I've read several just right stuff here. Definitely worth bookmarking for revisiting. I surprise how so much attempt you place to make this kind of excellent informative site.

Also visit my webpage - apartment new york city

Anonymous said...

Hello i am kavin, its my first time to commenting
anywhere, when i read this article i thought i could also
make comment due to this good post.

My web-site :: getting your ex back quotes *www.tokyo-backpackers.com*

Anonymous said...

Berapa harga sekali pergi yer?

elixa said...

Hi Awk, sy nak tanya..berkesan tak peeling treatment tu? Kalo betul2 okay, saya nak cuba jugak lah..

Anonymous said...

Hurrah! Finally I got a blog from where I be able to actually take
valuable data concerning my study and knowledge.


My web-site what to say to get your ex back (www.cravt.by)

Iela Jasmi said...

Dh buat trment ada xprubhan???tlg share dgn sy.risau jgk muka dh hodoh sbb jrgat.hu3

Iela Jasmi said...

Awk.ok ke ble dh buat trment???dh stres tgk jrgat ni.btmbh hodoh ni.hu3.

sue amor said...

Selain tu sy guna set infracyte.. Klinik ni bgus

sue amor said...

Sy g klinik yg sama.. Dh 1 thun lbh klinik ni ok..

Anonymous said...

Assalam, mcm mna kesan lps pergi buat treatment ni.2x shj ke atau sis msh buat.sy pon ada mslh berkenaan jeragat ni,jd sy nak tahu.kalo ok.nk jgk pegi.

Sa said...

saya dulu bfore kawen slalu buat cni..yang awak baut tu semua sy dah beli and buat..tp since harga mahal sgt..300 per treatment skali masuk serum..so skang dah x buat.yg sedihnye bila dah x buat peeling..jeragat bercambah naik

Sa said...

sy dulu thn 2010 mmg sllau baut.hasilnye kulit licin n putih ..sy ambil skali serum..yg body slimming pon saya baut.hasil mcm retis u olls.tp lepas jje kawen dah tak buat.rm300 jugak per treatment..so stop.skarang jeragat bertambah2 mcm bijik chia seed dah.huhu.padahal dulu x penah ada jeragat