KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, January 30, 2014

Persiapan Sambut Baby (Part 5) - Sesi Dobi Mendobi pakaian baby :)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Mood mendobi sudah mali. lai.lai.lai. 

Cuti panjang punya pasal, tak tahu nak buat apa punya pasal, soo. cuti 6 hari ni aku manfaatkan dengan membuat persiapan untuk dobi baju baby, lepastu siap2kan barang2 yang nak disumbat dalam beg hospital. Esok lusa kandungan dah masuk 36 weeks. So, aku rasa, dah boleh la kot ready2 beg hospital. kan. kan??? 

Kalau diikutkan petua2 yang aku dengar, baju baby ni kena basuh dengan air suam. lepastu kena basuh dengan detergent khas untuk baby, tak boleh rendam dengan softener yang kita selalu pakai tu (e.g: softlan, downy. bla.bla.bla), lepastu pulak, nak jemur baju baby kalau boleh jemur dalam rumah, takut kang habuk hinggap kat baju baby. Lepastu, lepas jemur, kena pastikan kering betul2. lepas dah kering, iron baju baby sebab nak pastikan betul2 kering takut kang nanti ada bakteria kea kulat ke. erk? iron??... haih! banyak gak petuanya yea~


Stok pakaian baby yang tak berapa nak banyak. 


Actually, hari ni aku kononnya nak basuh la jugak baju baby dengan air suam. Pakai air tapis uollsss. kalau boleh, nak rendam baju baby pakai air tapis 100%. haha. Tapi tak de maknanya. aku rendam pakai air paip jea. Memula aku dah masak air siap2, masak pakai heater, tetiba pulak suami aku request nak milo + oat.... So, air yang aku masak tadi tu aku terus laa buat milo untuk dia. Isteri yang baik memang terus otomatik buat kan bila suami dah mintak. hikhik. Tup2, aku lupa dah pasal nak rendam baju baby dengan air suam. pakai air paip jeaa lahh gamaknya. :) 

Untuk basuh baju baby ni, aku guna detergent brand pureen. Wangi sangatt baunya!. Aku Beli tahun lepas lagi. masa expo dekat midvalley. Aku tengok mak2 ramai gak guna yang ni, kawan aku pun cakap dia guna yang ni jea. so aku pun belilah yang sama. senang cerita. tak payah pikir2 nak pakai detergent apa.



Hari tu aku tengok ada jugak detergent pureen yang jenis serbuk tuuu, tapi aku pilih yang jenis cecair jea sebab aku rasa senang bagi aku nak campur dengan air. Aku kalau sabun jenis serbuk2 ni memang fail. Pernah sekali tu basuh baju pakai sabun debu/serbuk.. bertompok2 baju aku dengan sabun. sebabnya sabun tu tak betul2 hancusss :)

Baju newborn aku beli 3,4 pasang jea kott. yang lain tu suma 3 months and above
sadis tengok mitten ngn booties. tak sampai pun 5 pasang. hakhak. 
Sambil ready nak basuh, sambil peluk cium, eeeeee.. sumpah geram dengan baju2 kecik niiii...!!!!


Aku rendam baju baby sekejap jea. tak de la sampai dua tiga jam. Lepas rendam tu terus bilas dua tiga kali.  

Nak dijadikan cerita syahdu hari ni.. 

Aku letak la baldi yang aku rendam baju baby atas kolah. Ada satu bilik air kat rumah aku ni ada kolah kecik, tepi kolah tu tempat membuang *ihiks* yang jenis cangkung *ahaks*. Aku sental dan basuh baju baby sambil berdiri jea. sebab aku malas nak duduk atas kerusi. Kang duduk kang payah pulak aku nak bangun. Lepas sental bagai, aku bilas la dengan air biasa.., lepastu buang air yang kotor tuu, aku buang jea air sabun tu masuk lubang tempat membuang tut, kononnya sambil menyelam minum air laaa niii. kerja 2 in 1.  sambil basuh baju, sambil bersihkan lubang tandas. haha. 

Bilas kali kedua.. terdetik lam hati aku. *Haish! kang jatuh jugak baju baby dalam lubang tandas ni

Bilas kali ketiga.... Gedebuk! memang betul2 jatuh koooo. sebelah mitten baby jatuh dalam lubang tandas. waaaaa. sadis aku sadis. Dah la mitten ngan booties baby aku beli tak banyak sangat pun. berapa pasang jea aku beli. dah la yang jatuh tu mitten yang aku suka. warna putih bersih. Sobss..sobss.. *lap air mata*. Tak pe lah. tak de rezeki gamaknya. Haaa. tu laaa. lain kali beringat. sarung tangan baby kecik sangat laa. ibu tak perasan tadi.*monolog dalaman* sobss.sobbss.. adoi.. memang gelabah ah aku ni. (T_T) 

Apapun, aku rasa lega sikit! dah setel bab mendobi!! yeeehaaaa!!! so lepasni dah boleh start packing kelengkapan ke hospital pulak!! *lupakan kesedihan yang melanda* 

Lepas baju semua kering, aku terus lipat cantik2, susun betul2 pastu masukkan dalam beg travel (box petak hijau cam gambo kat atas tu). malas nak iron2 *opss, ibu yang pemalas. hukhuk*. Masuk dalam beg travel tu sebab aku nak berpantang kat Kelantan, senang nak angkut. InsyaAllah...  

Oh ya! Selamat bercuti yea kawan2. Gong Xi Fa Cai juga pada yang menyambutnya. Makan besar laa korang malam ni yea. hikhik  

TQ for reading! k bai~     




26 comments:

Khai♥Rin : anies said...

cucikn baju2 sy sekali? ;-)

❤Kamsiah❤ said...

tabik la..rajin betul bakal mama ni..

nanti beli sabun khas utk pakaian bayi..basuh gitu2 ja dgn tgn..bkn kjotojr/busuk pun..keringkan dgn mesin pun boleh..

Tihara said...

moga semuanya dipermudahkan
take care nina :)

cik mah said...

Bgus2....rjin ibu nina...cik mah pkai yg serbuk..tp mak yg cucikan..hahahha...

fae jamal said...

yunk, hati2 buat kerja tuh. dah 36w. selamat bersalin tau. byk2 doa. semoga dipermudahkan semua. :) tgk pada bj mcm baby boy je. kan?

Ai Syah said...

oh..nak pakaikan baju baby pun ade petua ea?hehe..baru tau ni..
knp x boleh pakai softener y biasa..knp kena guna y khas..?ade kait dgn ph value gak ke..?hehe..=)

NinaAz said...

ai syah: kulit baby sensitif. so detergent tu mesti yg khas punya utk baby. hehe. tu jealah yg nina taw :)

Bada Ariff said...

xterbyg terujanya bakal ibu ni...semoga dipermudahkan...

doa utk akk sekali ni :-)

amin

mama tisya said...

dh setel bab membasuh bj baby dh bole get ready tu..smoga dipermudahkan

mee tarik warisan asli ada kt sg besi..try la

Trish Natasha said...

Yeayyy tak lama lagi niiii. hehe

Vee Feya said...

Omakkk comelnya!! Baju newborn mmg tak perlu byk pun, sbb dorang membesar dengan cepat. Btw, pureen mmg wangi, except for lotion and powders. Baunya pelik sikit kalau masuk lotion/powders. I prefer carrie junior for these 2. Kalau shampoo, mmg pureen. Kat kindy budak2 mandi pakai pureen.. Lepas dorang mandi, teachers pulak mandi dengan pureen tu. Hahaha. Sweet sgt bau dia, thats why! Dan tak susah dibasuh mcm baby shampoo lain. Almaklumla, kulit kita mana soft mcm baby lagi. Sobs..

Sally Samsaiman said...

comel gila baju baby...hehehe...

tak sabar nak tgk Nina Junior :)

MaMa Rey said...

Alahaii..jatuh masuk tnds pla..nda pa la..bkn rezeki agaknya tu..

Wak Gelas said...

wahh sonoknyer nk timang baby kanns.., ehhee

Anwar Abdullah @ Kaio said...

fuh. persiapan nk jadi ibu ni.. hehehe..

btw, jemput lah singgah
http://iluvtour.com

BUNDA said...

Owh! bakal mama lah ni...tahniah..tak sabar nak dengar cerita kisah saat sakit ..kehospital n saat deliver baby nanti..
Bunda plk xcited lebih..

IMaH said...

cantik2 baju anak nina.

Cik Puan Eka said...

Kdg2 ape yg terlintas tula jadi betul2 kan.

Eka selalu kena camtu, hehehe. Haritu berus gigi masuk dalam lubang jamban.

Mula2 cuci muka je. tetiba rasa macam berus gigi tu nak jatuh. Terfikir gak. Jatuh ni naya je ni. Sekali, tersiku. Jatuh gak dalam lubang jamban haha. Nak tak nak kena seluk la takut tersumbat plak. Pastu humban terus. Takut terpakai hehe

mama ila said...

wahh..dah mendobi yer...bestkan..hihi... tapi penat sikit sbb kecik2...tapi bila tengok baju yg comel tu..teruss x rasa penatkan..huhuhu..

azizah :) said...

detergant tu mmg rata2 ibu ada anak kecik guna termasuk jijah..
baju2 baby comel! mitten tu jijah pakaikan hakimi sampai sebulan jer.. masuk 2bulan xpakai dah sbb nak latih baby mengenggam guna jari jemari dia..hehe

tengok baju baby makin tak sabar nak jumpa baby kan dear..

::EIDA:: said...

Nina due bile? agak2 macam same je ngan kawan ida nory tuuuuu

Cik Jelita said...

geram tengok baju baby yang comey2 itu...

QasehnyaRania said...

sadisnya. tak pa la x da rezeki.

Sheila Salim said...

Assalamualaikum nina, box travel tu beli kat mana? nak cari juga. kita berpantang kat Johor. hehehe. alahh syahdu je mitten jatuh dalam lobang.. bestnya bau baju baby. geram gila kot sebab kecil cinonet kannnn

nik ros said...

waaa..byknyer baju baby.

niaharaf said...

mak pun tak kose nak iron nyah.hahaha. tapi basuh baju baby memang sangat menggeramkan. feeling2 comel bila membasuh