KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, June 6, 2011

Wedding Ceremony ~Akmanirah & Maliki~

Alhamdulillah, Selamat sudah kawan aku sorang ni jadi bini orang..hehe..Aku jeles! adeh~ asyik jeles jea ni..hehehe.. Akhirnya setelah sekian lama bercinta cintun, bersatu jugaklah cinta mereka berdua. Gembira untuk kamu berdua.

Hari ni janji nak pergi kenduri jam 11 tgh hari, yea la, kalau boleh aku nak tengok kawan aku ni sebelum dan selepas mekap, bajet nak duk tepi pengantin la konon, last2, jam 4 ptg baru pergi sana, kesian kawan aku wanis yang setia menunggu. hehe, sowi yea. hari ni aku terBZ pulak, BZ mengalahkan Supplier stok KFC pulak..adeh!

Bayangkan?? Hari ni 3 Supermarket aku ronda semata2 nak cari Jus oren brand Peel Fresh. Adeh, nak stok 10 liter ( 1 paket = 1 liter) tapi hanya ada stok 1 liter jea, betul2 tinggal satu liter. adeh~ laku bebenor! tahniah Peel Fresh! brand anda memang best~ berbaloi2.. kayo2! hehehe

Lepas tu pulak, tetiba jea gedik ni aku nak pergi buat facial, bajet sempat la sebelum jam 2, last2 jam 3 baru siap, hadeh! rosak plan kenduri.. jam 4 baru gerak. tak sempat nak tengok kawan aku dengan pegawai polis n bersanding..hehehe..

Sekarang ni musim kenduri, banyak betul benda alah ni aku tengok.
Dulu main pacak bunga mangga, cucuk2 dengan betik, ikat di kayu, letak jea tepi jalan. sekarang zaman dah berubah, pattern baru la pulak..hehe,, nanti aku kawin, aku nak letak kain rentang besar2 boleh? tak pun aku buat papan iklan besar gedabak macam kat highway tu.. boleh? muahahahah! gila eh!

Cantikkan pelamin ni, warna pun cantik, kenapa yea kalau kenduri kawin mesti ada pulut tu? kalau tak ada, tak boleh ek?
pasangan pengantin yang sama cantik, sama padan...
Bergambar bersama pengantin sebagai kenangan abadi~
sebelum aku habis bercuti ni, aku ada dua lagi kenduri kawin......bersabar jea la yea perut dan lemak2 sekalian,, Nampaknya, akan ada lemak2 yang bertambah,. Yea la kan, kalau sehari ada tiga kenduri, aku bukannya reti tengok jea makanan tu, walaupun perut kata tak nak..tapi mulut dan nafsu aku kata..NAK!NAK!NAK!NAK!NAK!NAK!... hahahahaha...


Selamat Pengantin Baru Akma & Maliki, Semoga Hidup kalian berdua diberkati oleh yang Maha Esa!!! Amin~

Papai!


No comments: