Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Masa balik kampung cuti Raya Haji bulan 10 lepas, kami ada singgah gudang perabot dekat area Kota Bharu. Masa tu mama nak cari katil untuk masukkan ke dalam homestay keduanya yang baru di bukak.
Survey punya survey, aku terpandangla dekat satu benda alah nih. Biasalah, bila dah nak jadi mak-mak ni, asyik duk fikir dekat anak yang ada dalam perut ni jea lah. haha.
Ehsan google. Ni la benda alah tu lebih kurang. Cuma yang dekat kedai perabut tu lagi OK kot. lagi lebar, besar dan jenis kayu pun rasanya lagi terbaik. hikhik |
Memula aku berkenan yang biasa jea, means yang tak de laci, sebab harga dia lagi murah laa dari yang ada laci tu, yang ada laci tu harga dia dalam 900++ kottt. haha. pengsan kejap.
Tetiba mama aku datang menyampuk. "Haaaa, ma berkenan yang ni.. cantik2, bagus ni. nanti boleh letak anak dalam ni, jangan ajar tido pakai buai, suruh dia tido dalam ni jea. Laci ni boleh letak baju2 dia"
Hamboihhh. kemain mama aku nih. haha. Aku cakap la balik, mahal la maaa. Ingat nak cari kat Ikea lah. kot2 lagi murah. Ma aku cakap, dekat Ikea kayu tak ok. tak kukuh katanya. hurm? pandai2 jea mama. padahal Ikea pun dia tak pernah jejak. AHAKS!
Lepas tu kan, lepas tu kan. nak tahu mama aku cakap apa?, "Tak apalah, biar ma yang belikan, ma sponser. ma dah berkenan yang ni, nanti tahun depan ma beli"
Hohohoho. menggelupur aku dengar. macam tak caye jea, macam tak caye jea. hahaha. Untung baby yea, nenek nak bagi baby cot. haha.
Ada orang cakap, baby cot ni langsung tak berguna. pakai kejap jea, dan kadang2 beli tak pakai langsung. hurm.
Tapi bagi aku personally, motif aku nak ada baby cot ni, sebab awal2 dulu aku pikir, akukan berjauhan dengan suami, dah la duduk sorang2 kat rumah, time aku nak mandi, time aku nak solat, time aku nak iron baju, dan apa2 jea lah lagi selamat aku letak anak aku dalam baby cot time tu.. hurm, tu jea lah motif aku nak ada baby cot. Lagi satu motif gedik, sebab aku suka tengok baby cot yang comel dan cute tu.. haha
Tapi, bila suami dah dapat tukar balik semenanjung ni, dalam dua lagi nak ada baby cot ataupun tidak. erm, Minta ehsan mama sponser stroller baby lah dari baby cot kan? haha *kejam*.
Hari ni punya cerita, kami saja jalan2 dekat IKEA, konon nak tengok2 baby cot versi Ikea, lepastu makan meatball kat situ. Lama giler kot aku mengidam nak makan meatball Ikea. hehe
Kami :) OOTD IbuNina kejap yea. : Maxi Dress by zeetaaze, Wide Shawl by sg_house. Sila terjah instagram, diaorang. Beli dalam instagram jerk. :P |
Benda first yang aku paling excited tengok bila masuk dalam IKEA, off course BABY COT. hehehe
Baby Cot yang ada laci + meja 3 tingkat untuk tukar lampin bayi dan letak barang2 dia lebih kurang 900++ jea wei. seyes lagi murah gile dari baby coat yang aku jumpa hari tu. Aku try la ketuk2 dia punya kayu tu, kan mama cakap tak ok. hurm. bagi aku lebih kurang sama jea kayunya. haha. entah le
Comel sangatttt... huhuhu. Suka.suka.suka |
Baby cot yang macam ni, suami aku tak berapa berkenan. tak cantik katanya. Ngeeee~
Yang ini aku tak tahu baby coat ke menda. macam katil jea. macam tak selamat nak letak dalam ni, senang baby nak golek2 bummm jatuh terus. hukhuk
Daun tu comel sangatttttt!!!!! |
Yang ni aku suka. Katil yang comel2. eiiiii. serius geram tengok weh.
Suami aku cakap, kalau katil ada khemah macam ni, confirm anak kami suka. hamboih, macam duduk dalam hutan la pulak. haha |
Fuh, mengidam nak bilik anak macam ni.... Agagagagga~
Memandangkan villa kami sempit dan kecik jea, kami bersetuju nak buat bilik macam ni, katil kat atas, bawah tu bolehlah buat apa2. Jimat ruang katanya. haha. Mimpi jea lah. *sigh*
Kalau datang IKEA, tak sah kalau tak berkhayal kan? betul tak? Berangan tak habis. semua yang ada dalam tu nak, lepastu, setiap sudut yang ada dalam tu jadi inspirasi untuk rumah sendiri. haha. sabo jea lah nina oiiiii. Makan lagi bagus!
Lunch kami hari ni :D |
20 biji Meatball. 17 biji aku yang sapu, lagi 3 biji abang yang ngap. Melampau tak aku? hohohoho |
SO? baby cot or NOT? hurm. Versi IKEA or Versi Kota Bharu Kelantan? hehehe. Tengoklah macam mana yea.
Ibu2 yang dah ada pengalaman macam mana? Share2 la sikit pasal baby cot korang.. UHUKSS!
TQ for reading. K bai!
21 comments:
That day I terbaca somwhere pasal baby coat yg boleh match ngan katil kita atau sofa, so bila nak nenekna baby just buka pintu kecik tu so tak payah angkat letak baby. Hamboiii ni buat malas jer ni gayanya. Hehehe kami pun ada lagi baby coat si JJ, since dia dah besar and tak suka dikurung dalam tu, kami potong some part jadikan pintu untuk dia keluar masuk sendiri, so kadang2 suka jugak la dia lari masuk baby coat dia tu time merajuk.hheheheh ala kalau ada bajet apa salahnya beli satu, better ada dari takder.
Hurm. Mcm menarik jea yg ada pintu tuhhh. Hehehehee. Nanti try usha lagi. JJ majuk masuk babycoat ehh. Hikhik. Comelll. Tq sis nas!!!! Peluk cium utk JJ. Hehe
lain org lain keperluan nina.
akak yg beranak 5 ni tak pernah beli pun.
Cik mah xbeli pun baby coat..pkai yg kakak punya.. jimat.mama yg belikan utk ank first kakak..ank kedua kakak pun still pkai...yg ngah tunggu ank cik mah pulak..bby coat tu biasa je..yg stail lama..tp tahan sngt n kat kepala katil ade mainan yg tolak2 tu...n bg cik mah sngt berguna...dr pengalaman jg ank kakak n pemerhatian sndiri..hehehe...bby lg disiplin..
nk share pnglmn ksuzie sndiri la ni yer...4 org ank sblm ni x penah pun beli katil baby or baby coat...dh msk ank ke5 br beli coz bekenan kt satu kedai ni...ramai yg ckp benda ni pakai kejap je coz bby x suka duk dlm ni...mmg betul pun..guna masa dia belum pandai meniarap je...pastu dh x mau duk lam tu..last2 jd la tempat letak kain bju x lum lipat...then dpt ank ke6 pun sama gak..dia pun xnk duk dlm tu...
skang ni rs nk let go je katil baby aka bbycoat...ms beli dulu iya2 siap ngan set cadar n yg letak kt keliling katil tu lg..ms beli tu x silap total semua skali 1200++...
bg lya penting gak baby coat tu.. utk keselesaan n keselamatan baby gak kan..
wow... semuanya cun2 la.. geram tgk katik single kaler putih..dh byg nk beli katil camtu kat asya nanti...
**better beli baby coat kayu camni drp y kain tu..lg lasak n tahan..
mmg betul kata mama nina tu...kayu2 IKEA diperbuat drpd serbuk2 kayu yg dimampatkan. sbb tu kalu letak barang berat dlm tempoh yg lama, perabot tu akan melendut.. dr segi design IKEA mmg superb.. well nina punya taste kan kaw2..teentu baby tersenyum lebar dgn taste ibunya kan? ;-)
Nampak x penting baby court tapi pada LM ia penting. Masa anak sulung nak lahir dulu beriya2 LM nak jugak dan jumpa masa g jusco ke parkson lupa dah kat ipoh. Dari ipoh angkut balik johor sbb dah minat sangat sebab lengkap kelambu dan warna kuning lembut. Harga berpatutan. Bila ada baby court orang lawat baby kita blh sorong ke hall. Blh tutup dengan kelambu x yah risau nyamuk. Tak risau anak org terpijak anak kita. X perlu org masuk bilik kita nak lawat baby. Dan sila percaya setelah 10 tahun ia masih kukuh sbb besi dan kain pembalut nya blh cuci. LM guna utk keempat2 anak. Mmg berbaloi beli rm360 10 tahun yg lepas
amboi..sdapnya meat ball tu..:)
Baby cot IKEA boleh jadi katil boleh jadi cot. Saya ade satu. Tapi saya pakai siang jer. Malam anak suka mengempeng..
Teq xbli pn k.na.sbb klau kita bf bby lg best tdo smbil peluk2 gitu...smpai besar...lg sng.xpyh nk bgn klau ank nk susu...pusing sj..hehe
Kt IKEA ni klu ikut Hati mmg Papa Kedana dibuatnye... He3 (^_^) Ape crite skang, lame betol Cuti Berblogwalking yea Pn. Nina...
beli pun ok.. x beli pun xpe... mcm sy lg selesa baby dok sebelah baring sama.. xmoo jauh2.. blh hahahaha
kadang2 berguna jugak katil baby nih. contoh masa kita tinggal ngan bb jer. pastu nak kena solat. lagi selamat tinggalkan bb dalam katil. hehehe
Baby cot kea baby coat ke baby court ek. Ayaakkk. Hikhikhik. Nina dah tukar title jadi baby cot. Ahak!
antara baby cot ngn stroller, zura pilih stroller...
Hai Nina. Wah berseri2 muka bakal ibu. Kak Uni tak pernah beli baby cot/playpen/katil baby. Atas alasan, nak tidur rapat dengan baby. Heart to heart, listening to the baby's heartbeat.
:)
baby cot berlaci + 3 meja tu ok . lebih kemas . barang baby simpan satu tpt . senang nak cari ...
assalamualaikum...kalau pi Ikea ni mesti rambang mata dibuatnya...semuanya cantik2 belaka...;)
bab membeli baby cot tu akak pun takde pengalaman lagi.. hihi.. wah.. sedapnya meatball tu nina.. :D
banyak choise kan baby cot ni...semua cantik...tapi yang paling tak tahan, tengok meatball ikea tu...alahai sedapnya!
Post a Comment