Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Sejak berumahtangga ni, semalam baru first time aku reti beli ikan besar. Selalunya ikan kembong jea yang aku reti beli, sampai kembong perut laki aku makan. hahaa. Apa nama ikan tu aku tak pasti, yang pasti ikan tu sedap kalau dibuat kukus.
Biasa, aku beli bahan mentah dekat Pasaraya CS area Taman Tun perak sebab selalunya situ banyakk sangat pilihan. kalau datang pagi2, confirm sesak pening dengan orang.
Tapi semalam frust sangat sebab NO CHOICE. stok bahan mentah dah habis dah. Ingat pergi malam tak ada orang.. rupa2nya, bukan setakat tak ada orang, stok bahan mentah pun habis licin, tinggal beberapa kerat jea. tu pun dia dah buat lelong nak licinkan semua. adeh~ nasib laa.
So, hari ni aku ingat nak buat ikan kukus. yea laa, beli ikan besar kann semalam. *mata keatas*. tak ada lah besar mana sangat pun, boleh laa muat2 dalam bekas tu ha...
Aku dah cakap awal2 kat abang semalam, buku resepi tertinggal kat kampung. So aku tak berapa nak ingat sangat apa yang nak kena letak dalam ikan kukus ni, yang confirm ingat asam masin.
Pastu dia cakap, tak apa... hentam jea, bedal jea. *hurm, macam perli jea.* haha, kesian aku kan. tiap kali nak masak, kena bukak buku. gitulah gamaknya.
Pernah sekali tu, terkantoi dengan abang. Syok2 duk google cari resepi, aku kena hendap dari belakang.. Sampai laaa ni kalau nak masak, mesti dia cakap, *Alaaaa... google kan ada.. google kan ada..* hurm. motif sangat taw!
Pagi tadi baru aku teringat yang aku pernah share resepi ayam kukus dalam belog ni. fuh! nasib baik. nyaris2 nak call mak aku dah tadi. motif call, tanya resepi. haha. gitulaaa selalu, asal nak masak pelik2 sikit mesti tanya mak. mak. mak. mak. bilaa la nak hidup berdikari nih. huuuuu~
Bahan2 nak buat ikan kukus ni sama jea dengan ayam stim rendah kalori yang aku share sebelum ni. Bezanya cuma ikan dan ayam jea. Tapi hari ni aku letak cili sikit, sebab semalam terbanyak pula beli cili. hihii
Bahan-bahan:
Ikan
Halia
Bawang Putih
Bawang besar
Serai
Sos tiram - Cap Maggi, sedap :)
Garam
Asam Limau
Asam masin
Cili
Air (patutnya tak payah letak, tapi aku nak hirup kuah, so.. taruk la sikit air)
Cara-cara nak buat, korang boleh KLIK SINI yea. sama jea cara dia :)
Ikan besarku.. Apa nama ikan ni erk? heeeeeeeeeeeeeeeeeeeee~ |
Nampak macam terlebih air jea ni. Ikan kukus banjir namanya ni. hakhak |
Selamat mencuba!
Okeh! tu jea lah cerita IKAN BESAR aku....
TQ for reading!! K bai~
17 comments:
ikan siakapkan tu nina..:)
cam sdap jer..:)
Wahhh sedapnya...nasi panas2 gaul sekali bawang dan halia pas tu ngap...nikmat...
siakap ekkk. hehehehehehehe
amboeh sedapnya...akak suka ikan masak camni..sedap dan sihat...wah hiasan tu comel la
sedapnyer...nory dah lama tak masak..hehehe...
kat area umah nory pon ade pasaraya CS, murah2 kan barang kat situ..suka jgak beli brg dapur kat situ...
sedap nie
wah.. sedapnya.. ikan siakap tu nina.. menjadi je nina masak..
aaaaaaaaaa sedapnye! mcm meleleh air liur ni tgk...lama x mkn ikan kukus
nina beso ikan tu pada pinggan..akak pon suka masak siakap stim ni..:)
nampak sangat menyelerekan hehe..simple jer leh try ni
Ikan siakap ni nina..cer nina beli isi ikan merah..mmg sedap kalau grill guna olive oil n taruk garam with pepper..:-)
wahhh terer la first time masak terus jadi.. nampak sedap tau..
gaya mcm siakap. hihi.
ok je. pak goggle kan suka menolong
kita yg nak mkn kan. ikut citarsa kita je senang
sedapnya nampak :)
Comel pulak dua patung yang duduk tepi pinggan tu. haha.
terliur pulak.. hehe. 1st time nina tgk ikan siakap kena kukus tp nampak sedap
ikan kukus kuah banjir sikit baru sedap... boleh hiruppppp... masam2 pedas2, manyak syokkk ooo...
Post a Comment