KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, December 20, 2013

Wedding Review: Pakej Perkahwinan (Lokasi: Bachok, Kelantan)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Dah setengah tahun adik aku kawin, baru hari ni aku nak buat review pasal pakej bridal yang dia ambik hari tu. kihkihkih. 

Tergerak hati aku nak share dengan korang pasal ni sebab ada kawan yang bertanya pakej bridal mana yang adik aku ambik, lepastu melalui feedjit live aku tengok ramai gak arr yang menggoogle carik pasal pakej bridal dan terjumpa blog aku, padahal tak de kaitan pun dengan apa yang diaorang nak cari, so aku rasa bersalah disitu. uhuk!! 

Entri ni khas aku buat untuk bakal2 pengantin yang sedang giat mencari bridal mana yang sesuai dihati dan juga dipoket, lokasinya perlulah bakal pengantin itu berada di dalam Negeri Kelantan. Bagi aku, bajet pakej yang adik aku dapat hari tu sangat2lahhh OK. serius aku cakap. 

OKeh! let's cekidout! 

Pakej perkahwinan yang adik aku ambik hari tu COMPLETE PACKAGE

Pelamin + bantal akad nikah, bilik pengantin, meja makan pengantin, busana lengkap pengantin (3 pasang) + aksesori, mekap dua kali, pintu gerbang pengantin, kameraman

Dengan pelaminnya yang besar gabak + ada kameraman lagii aku rasa susah kot nak dapat harga pakej yang macam ni. Aku rasa laaa... rasa jea. ihiks! kalo jumpa yang lagi rendah, jangan dimarah aku yea. 

Tema adik aku hari tu Biru merah kot. entahlah. aku pun tak tahu apa tema sebenarnya sebab macam2 warna ada. Agagaga~ 

Nie lah pelamin raja sehari. Agak muat untuk familyku yang ramai untuk berposing di atas pelamin ni jika nak dibandingkan pelaminku yang dulu. Almaklumlah, tumbesaran adik beradikku semuanya tidak terbantut. AHAKS!





Kamar pengantin juga termasuk dalam pakej



Meja makan pengantin. Makanan pengantin sendiri buat, tidak termasuk di dalam pakej




Mekap dua kali dan busana pengantin 3 pasang. Adik aku cuma pakai dua pasang jea, sepasang warna putih (akad nikah), sepasang lagi pakai masa menghantar menantu (pink + pepel gitu).

Mekap malam akad nikah 

Mekap hari reception

Busana dari bridal (malam akad nikah)

Busana dari bridal (Hari menghantar menantu)

Masa reception day adik aku tempah sendiri bajunya. Jubah biasa jea dia buat sebab katanya nanti lain hari boleh dipakai, tak de lah over sangat kalo nak pergi pasar pakai jubah kawin biasa cenggitu.. kahkah :D 

Tempah jahit RM65 jea, lace merah tue adik aku sendiri tampal. (^_^)

Baju pengantin dua2 tempah  kedai, lace tu jahit sendiri, yang lain semua bridal punya

Aku ada tanya adik aku, apa nama bridal yang dia ambik tu. Tapi dia cakap tak tahu. Dia cuma tahu, nama mak andam (pemilik butik) tu KAK G. yang ada hanyalah no telefon, FB bagai aku tak dapat share dengan korang sebab adik aku tak tahu. adees~ *tepuk dahi* 

Total pakej yang adik aku ambik hari tu RM3500. Tapi adik aku buat muka kesian kottt, so dapatlah harga rendah dari harga asal. hehe. tak perlulah kot aku mention berapa, Ciannn kak g nanti kena serbu korang dan kena minta harga yang sama dengan adik aku. kihkihkih. Nanti korang pandai2 arr bodek dia yea!!. Agagagaa~ 

So, untuk maklumat lanjut, korang try ar halo2 KAK G ye : 014-8423997 

Ok, tu jealah kot yang dapat aku share. harap dapat membantu eh!. 

eh jap! aku nak iklan + promote kejap. 

Kalau korang tercari2 PAKEJ KATERING untuk PERKAHWINAN, boleh lah deal dengan adik aku ni. PROMOSI baikkkkk punyer. IHIKS! 0129637878 - Aini (Az Amnie katering)   

TQ for reading! k bai~   




10 comments:

Anum said...

sangat berbaloi pakej macam nie

NinaAz said...

yeah sis hanum :)

Qaseh Wee said...

overall , mmg byk rm kena keluar bila nak wat majlis kan !

dear anies said...

nina, kalu umah sy x muat nk letak pelamin tu... bsr sgt ;-)

Anonymous said...

okaylah tu kan harga pakej yang adik akak dapat... :)

Chic Na said...

murah jugak tu sbb dah include semua sekali kan..

Adriannasyaz said...

Cantiknya pelamin..sbb ada warna biru..mmg agak murah pakejnya tu..jimat2 ni :)

Han Hanni said...

pelamin nya sanga luas..

Nora Karim said...

wah murah tu RM3500... pelaminnya cantik! make up pun boleh tahan juga...

QasehnyaRania said...

murah kan