KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 11, 2014

Persiapan Sambut Baby (Part 7) - Diapering & Nursering

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Ok.Ok. Ni last entri aku pasal persiapan2 nih. Mesti korang dah naik muak dan jemu tahap minimum kan. hahaha. Asyik pasal baby jeaaaa yang naik kat Dashboard korang kann. hikhikhik. Sabor jealah. Nie lah kekdahnya kalau dah nak jadi ibu2 bapak2 nie. 

Kalau sebelum asyik review pasal kahwinnnn jea tak habis2. kali ni biarlah aku menggelupur sorang2 review pasal benda alah ni pulak. hikhik. Tapi kan, aku happy sangat bila dapat share dengan korang. 

Contoh: Sebelum ni aku share pasal kahwin, barang hantaran, baju pengantin dan segala bagai,.. memang entri2 tu lah yang banyak jumpakan aku dengan blogger2 lain. Ada tu siap tinggalkan komen yang membuatkan aku terharu lagi taw. Padahal aku tak de buat apa pun. Aku just SHARE apa yang aku lalui jea. 

Yes! aku akui.. Hits keyword yang paling top yang masuk dalam belog aku ni majoriti pasal perkahwinan. hehe. walhal dah setahun lebih berlalu aku post entri tu.. Aku harap benda alah tu berguna zaman berzaman untuk santapan bakal2 raja sehari nanti. :) *perasan pada diri sendiri

Last entri pasal persiapan sambut baby ni, aku nak share dengan korang checklist untuk newborn berkaitan dengan diapering & nursering. Seperti yang aku cakap tadi, aku just SHARE apa yang aku lalui, tak de niat apa punn. Dengan harapan, entri ni berguna buat pedoman bakal2 ibu suatu hari nanti. kot2 laa depan2 hari nanti cucu aku akan jadi bakal ibu, google2 dalam tenet, tup2 jumpa belog nenek dia. haaaa. tak ke gempak tuuu. wakakakaa :D 

Okeh, lets' cekidout yooo~! 


CHANGING & DIAPERING:

- Napkin 
- Lampin pakai buang/lampin kain moden
-Pelapik lampin (kalau guna lampin kain moden)
- Safety pin 
- Tisu basah
- Alas/pelapik untuk menukar lampin
- Beg lampin (Untuk travel)

1) Napkin

Oleh kerana napkin ni kegunaan turun temurun dari zaman tok kadok lagi, aku pun masukkanlah jugak dalam list barang baby. Risau takut mama aku bising nape tak beli kain lampin. nape tak beli kain lampin. kannn.. better aku beli siap2 sebelum kena tanya. hikhik. 

Pada mulanya aku ingat malas nak beli napkin ni, sebab aku tahu sejauh mana tahap kemalasan aku. Aku tak berapa nak yakin yang aku akan guna napkin ni sebagai lampin untuk anak aku. Sehari dua mabe aku rajin lagi kot untuk tukar basuh sental gonyoh bagai.. hikhik. erm, sebulan dua??

Pureen Baby Napkin - 10 Helai Beli di Fabulous Mom

Kalau ada bibik no hal. Boleh lea anak aku bernapkin hari2. jimat duit tak payah beli mamy poko. hahaha.

Aku rasa napkin ni nanti akan berguna untuk bedung baby jea kott. Ngeee~
   

2) Lampin pakai buang/Lampin kain moden

Masa expo baby dekat midvalley tahun lepas, aku tengok ramai sangat orang bersusun2 dekat booth mamy poko. Teruja tengok diaorang borong pampers banyak2.

Aku sebenarnya tak tahu nak bagi anak aku pakai pampers brand apa. Mamy poko kea diapers kea, petpet keaa. Sebab tak de pengalaman kan. Tapi, aku adalah terbaca beberapa review yang diaorag cakap brand mamy poko best. Best macam mana tu aku tak pasti. hehe. Naluri keibuanku jugak lebih memberat ke arah mamy poko. cececehh.


So, buat masa sekarang ni, stok pampers anak aku nanti aku dah sediakan: 

2 pek pampers newborn size (sebab orang cakap size newborn jangan beli banyak, baby cepat membesar, lagi satu kita tak tahu lagi kapasiti bontot baby besar mana, kot2 kuar2 sempat pakai seminggu jea newborn size. hikhik)
4 pek pampers saiz S (satu kotak)


Pasal lampin kain moden ni pulak (cloth diapers), aku baru jea tahu tentang kewujudan benda alah nie. Aku rasa dia punya cara lebih kurang napkin jea kot. kena basuh dan jemur.

Tapi apa yang menarik tentang cloth diapers ni, 


1) lagi mudah kerja mencuci (dalam dia boleh dilapik dengan nappy liner, - buang jea nappy liner tu kalau dah kena guna, tak payah bersemangat sental macam pakai napkin) 

2) kulit baby yang sensitive dengan lampin pakai buang lebih terjamin dengan lampin kain moden ni, dan yang paling menarik bagi aku... keunikan cloth diapers yang..... 

3) Bermacam2 bentuk rupa, warna dan corak. serius comel! hikhik 


Untuk rujukan berkaitan dengan penggunaan cloth diapers ni aku banyak cari info dalam web ClothdiapersMalaysia.

Yang aku dapat info dari mak2 yang berpengalaman, diaorang suka guna cloth diapers brand Autumnz.

Brand Autumnz tu korang boleh beli di OnebabyWorld. Kalau nak beli borong, dalam 10 pieces, korang boleh beli dekat QQ babyShop. Murah2 jea.

Buat masa sekarang ni, aku buat stok sekeping jea. SEKEPING JEA?? hahaha. Nak beli banyak2 kang tak terpakai pulak. Kita try test laa dulu yea!! Sebab comel punya pasal la nihhhh~

Mango Tree Minky Snap Diaper with 2 inserts (Microfiber inserts) *Wishing Bears* 
Beli di Fabulousmom
       

3)Pelapik lampin (nappy liner) 

Pureen Standard Nappy Liners (100's) Beli di FabulousMom 

Kalau korang nak guna cloth diapers, boleh la guna benda alah ni. Lain fungsi aku tak pasti. hehe. Aku beli sekotak jea, sebab cloth diapers pun aku beli sekeping jea. hahahaa!


4) Tisu basah

Wet Tissue ni aku beli brand Pureen, dua pek yang biasa dan dua pek yang antibacterial (yang ni sebab kena promote dekat promoter tuh) - beli masa expo baby di MidValley. Brand Fabulous Mom tu aku dapat free. Diaorang bagi gift. TQ fabulous mom!


Tisu basah ni sebenarnya kena buat stok banyak taw. sebab hari2 kita akan guna benda alah ni. Tak pe lah, nanti baby dah keluar nanti baru cari lagi. hikhik


5) Alas/pelapik untuk menukar lampin

Brand Pureen Beli di Fabulous Mom Cheras Outlet

Penting masa nak tukar lampin baby. Kalau tak guna benda alah ni, basah lee tilam baby nanti :)


6) Safety pin

Beli dua pack jea. Tak perlu banyak2 kottt. yang Japlo tu aku beli dekat Fabulous mom. yang Luvable tu beli time expo baby di MidValley

Safety pin ni untuk kegunaan apa ntah aku tak pasti. Biasa aku tengok kalo mak2 yang beranak kecik ni mesti ada benda alah ni. hiiiii. Aku rasa untuk pakai dekat lampin bayi kotttt. Pakai kat tudung mak baby pun boleh! rare apa~ (^_^)


7) Beg lampin 

Setakat hari ni, aku tak berminat lagi nak beli beg lampin ni. hihihi. Aku rasa nak pakai jea beg galas yang mana ada. sumbat jea semua barang dalam tu. settle! hakhak. *tunggu hadiah dari sesapa yang baik hati jea lahh~ hahaha*
   

NURSERING (Kelengkapan tidur bayi):

- Baby Cot
- Set tilam (kekabu) & Comforter 
- Kelambu bayi (foldable mosquito net)
- Selimut (blanket baby)
- Travel Mattress Set 

1) Baby Cot 

Nenek baby cakap nak sponsor baby cot ni. *Kembanglubanghidungibuduapuluhsaat*. Tapi aku rasa benda alah ni tak penting sangat pown!. Tak de pun tak pe. ngeee~


2) Set tilam (kekabu) & Comforter/Quilt 

Untuk set tilam baby ni, agak jenuh jugaklah nak mensurvey2. Bukan apa, biasalah, aku ni nak cari yang murah2 saja,, nak yang murah, berkualiti dan sedap mata memandang... huhu. 

Kat bawah ni ada aku listkan, onlinestore yang jual set tilam yang aku suka tengok & stalk


Nak cari kat kedai offline malas, duduk kat rumah google jealah cari yang jual online. So, dalam banyak2 onlinestore yang aku stalk tu, akhirnya yang terkenan di hati ialah dari Amirah Collectiions

This is belong to my baby. Baby E is coomingggg.. :) 
TQ Amirah Collectiions. iollss suka sangat!! 
Handmade! 3 minggu order baru siap. menggelupur mak baby tak sabar nak nunggu. haha



Suka sangat tengok hasil kerja dia. sangat kemas. pandai dia mix and match corak sarung tilam + bantal. Actually kita boleh request main fabric yang jenis macam mana yang kita nak, lepastu nanti pandai2 laa dia mix and match dengan corak yang sesuai dengan main fabric yang kita pilih tue. gerenti menawan. Set tilam dia ni terus datang sekali dengan comforter/mini quilt

So, dari sarung tilam sampaiiillaaa comforter sepesen jea dia punya fabric. sangat comel ok!. Lagi satu, menggelupur aku tengok dia punya standard quilt (33x43inci). seyes cantik2 gilesss!!!! siap boleh request lagiii nak besar mana, kalau nak muat mak baby + bapak baby + nenek baby punn boleh!. 

Tapi buat masa sekarang ni aku rasa macam over la pulak nak sapu semua ($$ nan hadooo.. pfffttt~). 

Antara koleksi2 yang ada dalam Amirah Collectiions:

Set tilam kekabu + mini quilt yang awesome!!! 

Ni laa standard quilt yang aku cakap tuuu. korang tak menggelupur NAK kea tengok benda alah ni?. comel oitoittttt

Harap2 ada la rezeki nanti dapat buat koleksi quilt dari Amirah Collectiions. tak pun.. korang bagi laaa kat kami as a gift, BOLEH?? Alaaa.. bukannya selaluuu kann.. hakhak 

Oh ya! sis Amirah ni buat parttime jea taw. Tilam tu dia buat sendiri, pattern yang korang nak dia jahit sendiri. So, memang makan masa yang agak lama. Lama pun lebih kurang dalam 3 minggu jea. Kalau korang nak cepat2, means hari ni order esok nak, memang tak dapat ah. hehe. Tapi 3 minggu nunggu sangat2 berbaloi taw! :)          


3) Kelambu bayi 

Kelambu ni macam biasa lahh. macam tak perfect pulak kalau tak de kelambu. Biasalah, untuk elak kucing yang berkeliaran dan nyamuk2 yang berterbangan. elok lah kiranya mak2/bakal mak2 ada kelambu ni sebagai koleksi nursery untuk baby :)

Baby Love - Foldable Mosquito with safety pin 
Beli di Fabulous Mom Cheras Outlet


4) Selimut (blanket baby)

Bumblee Bee - 3 pcs receiving blanket blue/track. Beli di Fabulous Mom Cheras Outlet. Beli time sale. Jimat 10 hengget.
Pureen Blanket tu beli time baby expo di MidValley :)

Selimut baby ni aku rasa cukup kot 4 helai. Tak payah beli banyak2. Kang nanti baby selalu berada dalam pelukan kita kann.. sejuk2 peluk jeaaa, tak pun gulung jea dalam napkin. 
Agagagaga.

Tak sabar nak gomol baby :) 


5) Travel Mattress Set


Rezeki baby ni. Dapat hadiah in advance dari Tok sedara baby. hikhik. Masa baby 6 bulan dalam perut lagi dah dapat set travel ni. TQ auntie!! 

Alhamdulillah... persiapan kelengkapan baby semua almost done! 95% complete. Lagi 5% tu tunggu baby keluar dulu baru kita pikir nak cari apa. :) Kerja yang aku perlu buat sekarang ni mempacking segala bagai barang2 baby ni, masuk storage box cecantik, bubuh dalam plastik beg kemas2, get ready untuk muat masuk dalam kereta untuk TRAVEL balik KELANTAN. mesti pengsan nenek baby tengok barang baby yang banyak ni. hahaha. 

Anak ibu kat dalam perut ni sekarang dah 37 weeks 2 days (9 bulan dah oitoit). 

Semalam aku ada rasa sedikit regangan kat bahagian abdomen bawah nih (ahaks! 18sx tet!) mungkin yang orang duk kata BRAXTON HICKS tu kot. Ada jugak orang cakap, kita akan rasa regangan abdomen bawah untuk persediaan bersalin nanti. erk, entahlah. aku tak de pengalaman. Heee~ 

Tapi yang aku rasa semalam sikit jea, sekali datang jea. Pastu aku pengsan lelap terus tak sedar apa2. Hehehe. 

Hurmm. Kalau hari ni, atau esok atau lusa benda alah tu makin terasa.. Mabe hujung minggu ni aku akan travel balik Kelantan kot. Kalau masih sihat walafiat dan 'regangan' tu dah stop dan life aku still lagi enjoy as usual,... InsyaALLAH Jumaat next week baru aku Travel balik Kelantan. Ngam2 masuk 38 weeks 5 days.

Apapun. uolls tolong doakan aku selamat segalanya yea. hehehehe... 

*much love* ~ NinaAZ    

TQ for reading... K bai!~ 


28 comments:

asyifamustaffa said...

Complete dah tu...akak plk x sabar nak tgk muka baby....hehe...
Moga selamat mommy n babynya ye....:)

Puan Eka said...

semoga selamat semuanya.

Eka haritu ikut adik beli barang2 baby. Seronok tengok.

Lampin tu memang berguna. Untuk bedung dia.

Aimi Muhamad said...

welcome home to kelantan...hehehe...semoga semuanya dipermudahkan oleh-Nya ya Nina...

Cik Rose said...

semoga dipermudahkan yer.. tak sabar jugak menanti your baby :)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum yangg, suka sheila tengok persiapan kamu. ada banyak info2, input2 sheila boleh cedok untuk preparation barang baby kita pula. hehhee. bestnya tengok barang baby semua, melting Y__________Y

Anum said...

wow semua dah ada nie

dear anies said...

uiiii muat ke kereta nnt nk blk kelantan ni? ;-)

Kakzakie Purvit said...

Ok.. dah siap semuanya tinggal tunggu masa aje kan.. kalau kakak dulu banyak dpt hadiah set tapi cloth lampin memang kakak tak guna. 100% guna diapers aje...

ps: kakak dulu bersihkan baby dgn cotton buat bola-bola (spray dgn air) baru lap guna tissue basah. Lagi bersih tau..

eima said...

pin tu tak penting hihi zaman dulu sungguh ... tak pe2 note bg ibu kali pertama ....

mami poko tu diapers paling mahai .. klu nk cuba boleh try yg paling murah dulu beli sikit je... tkt baby sensetif kan ... klu dah pakai terus mahai montot pun dah selesa tkt bila kite nk tukar yg murah sensetip plak ... tp klu mak baby mampu tak salah ... ai is kurang mampu ...

Nora Karim said...

good luck nina....moga semuanya dipermudahkan Allah...

untung boleh catat semua ni dlam blog... dulu time saya, tak rajin sangat berblog... so tak mencatat pun kenangan2 macam ni... bila tgk ni terasa rugi pulak tak catat.. huhuhu

btw, cloth diaper mmg ohsem!!!

Nora Karim said...

good luck nina....moga semuanya dipermudahkan Allah...

untung boleh catat semua ni dlam blog... dulu time saya, tak rajin sangat berblog... so tak mencatat pun kenangan2 macam ni... bila tgk ni terasa rugi pulak tak catat.. huhuhu

btw, cloth diaper mmg ohsem!!!

Cho Zila said...

lengkap u.. akak dulu masa anak ke dua tu langsung tak prepare sebab duk sepital dari kandungan 28 minggu dan sebelumtu keluar masuk sepital ..
untuk ibu muda diluar sana memang entrini amat berguna...

Cheritera Kami said...

akk dl bersalin awal 2 minggu dr EDD..so kena alert if rasa sakit-sakit2 tu..
doktor akk dl pesan if sakit-sakit tu kita still lg bleh tido..itu mmg braxton hicks..but if nak lena 10 min pun xbleh..baik g jumpa doktor..

Bunda_nora said...

bagus2...tunggu masa jer lagi..

NinaAz said...

cheritera kami: yeke ke kak.. oowww. kena jaga2 la kan. tq share tawww!!! :)

kawan2,.. time kasih semua :)

Unknown said...

Handmade..cantiklah.. akak doakn semoga dipermudahkn semuanya ya..x sbr pla tengo baby Nina...hihi

Fahimah Mahayuddin said...

comelnya bantal kekabu dia! imah tak beli lagi CD. Lpas baby keluar baru nak beli bagi dia try. Hope okla untuk gunapakai dkt rumah sendiri. Kalau hntar dkt pengasuh rasa mmg pakai yang pampers pakai buang tu. snangkan pengasuh dia nnt.

sYaFiNaS said...

nina,cik nat doa kan semoga semua dipermudahkan...xsabar nak tengok baby nina...mesti omey kan..hihiii...

Azhafizah MN said...

wahh makin banyak dah siap prepare..good!

Nanie Dean said...

Semoga dipermudahkan semuanya... Amin.

Unknown said...

takpe citer je.. deqla suko je baca psl baby2 nih.. wlupun x merasa lagi..hihi.. sikit sebyk dari xtau trs jadi tau kan.. comel2 brg baby,,,

Mimie said...

haiiii...tiba tiba keinginan nak ade baby meluap luap plak..nak nak tgk brg2 baby yg super comel nih

Nina Mads said...

ok la tu nina.. dpt share bermacam2 dlm blog dan org byk baca apa yg kita taip.. nanti nina pun boleh baca tips2 bila nk kawen.

comel2 barang baby ni. xsabar nk tgk baby :)

Anonymous said...

Gosh...mama x ready lagi
Baju baby pon x setel basuh lagi..waaaaaa
Jemput singgah blog utk info kesihatan yer

Unknown said...

salam singgah ke sini =)

niaharaf said...

nyesal buka link quilt baby..dh terjebak. nk jugak!haha. gila comels

QasehnyaRania said...

best je baca nina.lpas citer bab bby pulak k.. i tunggu

fazirah said...

hai. i know its 2019 now n this post was in 2014. hahaa. but nk tny, apa review guna cloth diaper dr QQ baby? hihi

-anxious expecting mother-