Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Ekceli. aku ni tak de pengalaman sangat bab2 ebm ni. first time ada anak uolss. sebelum ni pun aku banyak mengugel kumpul ilmu dari rakan blogger yang lain. Ada juga aku pergi kursus cara nak handle susu ibu ni.
Masa dalam pantang. aku rasa leceh sangat nak buat stok EBM. Masa awal2 mengepam hari tu (hari ke-20 berpantang) sekali pam dapat 2oz jea. Punya laa down. jenuh pujuk diri sendiri. hahaha. yela. masa tu baby baru besar mana perutnya. tak kan laa sekali ko pam terus nak dapat 10oz. yea idok.
Orang kata jumlah susu yang kita dapat masa mengepam adalah bersesuaian dengan saiz perut anak kita. aku pun tak tahu betul ke tak.
So, i keep on pumping.pumping and pumping. Alhamdulillah. makin lama makin bertambah ebm tu.
Walaupun tak semeriah mana. bagi aku, cukuplah susu itu cukup dan mengenyangkan anak aku. :)
SIMPAN STOK EBM MASA DALAM PANTANG
1) Aku berpantang dirumah mak kat Kelantan. Awal2 mengepam. sekali pam aku just dapat around 2-4oz sahaja. Kadang2 jea dapat 10oz. tak selalu. So, aku memang kerap mengepam time tu. Kalau boleh setiap masa aku nak pam. haha. tamak. bukan tamak. Tapi gigih nak mengumpul stok EBM banyak2. haha
2) Aku buat jadual mengepam siap2. kononnya bermula dari jam 6 pagi. selang 2jam aku akan pam buat stok.. CONTOH:
6 pagi - 2oz
8 pagi - 2oz
10 pagi - 20z
12 tengah hari - 20z
2 petang - 2oz
4 petang - 2oz
6 petang - 2oz
8 malam - 2oz
10 malam - 2oz
12 pagi - 2oz
2 pagi - 2oz
4 pagi - 2oz
So total dalam masa 24 jam tu aku akan dapat lebih kurang 24oz. WOW! hahaha. walaupun setiap kali pam aku dapat 2oz jer, tapi bila dah kerap pam. total dia akan jadi WOW kan??? hehe.
Kalau korang pam, susu dapat sikit jea. Jangan down erk. keep on pumping. pumping and pumping |
Tapi ko rasa aku ikut kea jadual mengepam tu?? Mestilah tak kannnn. skema sangat kotttt kalau aku follow. kihkihkih.
3) So, untuk pastikan STOK EBM aku ada time aku berpantang. Apa yang aku buat adalah:
1) Kerap mengepam - yea. tak kira masa. aku rasa nak pam. aku pam (Masa yang paling best, diantara waktu sebelum dan selepas subuh. Susu meriah time tu InsyaAllah)
2) Power Pumping - Aku ada praktikkan kaedah ini. (aku guna double pam - pam 10 minit, berhenti 10 minit kemudian pam lagi 10minit dan seterusnya)
3) Tandem nursing - Aku selalu buat kaedah ini. dan aku suka sangat buat tandem nursing ni. Baby menyusu sebelah, sebelah lagi aku pam. hehe.
4)
Labelling. sebelum dicampur dan bekukan |
Susu yang berada di dalam suhu yang sama BOLEH dicampur dalam masa 24jam.
So, lepas pam, aku masukkan susu dalam chiller, sebelum 24jam aku akan campurkan semua susu hasil mengepam tadi.
Kalau dalam botol - aku akan isikan 4/5oz.
Storage bag (5oz - ameda) aku akan isikan ngam2 5oz.
Storage bag autumnz & eve love (12oz) aku akan isikan 10-12oz mengikut hasil yang aku dapat.
*Ikut keperluan baby anda*
Pastikan tarikh dan masa dilabel. Then, terus aku masukkan dalam deep freezer.
hasil dalam pantang |
SIMPAN STOK EBM SEMASA KERJA
1) Bila dah start masuk kerja. Sehari kadang2 hanya 1 sesi mengepam sahaja. Jarang2 2 sesi. awesome 3@4 sesi (dirumah). tandem nursing + power pumping keLAUT sudah. huhuhu.
Inilah kelengkapan pumping mama ke tempat kerja. "Handbag" baru uolsss. Brand ni mahal sangat. Kalah LV. kahkahkah.
2in1 bag : Breastpump + Cooler bag (boleh usha Fabulous MOM untuk handbag kalah LV nih) |
2) Selepas setiap sesi mengepam, hasil tadi terus ditransferkan kedalam storage bag (jimat botol). Kalau banyak botol yang tak digunakan, aku terus simpan hasil tadi dalam cooler bag
Rezeki pumping ditempat kerja - masa bulan puasa yang lepas |
Transfer terus ke dalam storage bag : TULIS TARIKH |
3) Balik rumah - Aku masukkan terus kedalam deep freezer untuk proses pembekuan. (aku bagi semua susu yang frozen untuk anak aku minum masa dirumah pengasuh. sebab tu aku terus bekukan ebm. huuuu)
*frozen ebm yang dicairkan boleh dicampur walaupun stok itu pada hari yang berbeza. contoh: stok beku bertarikh 1 julai (7oz) dan stok bertarikh 1 ogos (5oz) boleh dicampur dan menjadikan ia sebanyak 4botol x 4oz *
Untuk effect KURUS, baringkan storage bag anda :) |
4) Hujung minggu - Aku kemaskini stok. Packing dalam plastik wrap atau clear plastik. Sekali lagi TULIS TARIKH siap2
Motif packing: Nak tahu berapa stok yang ada dan senang nak handle untuk setiap minggu bagi proses penghantaran ke rumah pengasuh. heeeee |
Ok. itu sajalah kot yang dapat aku share. Cara kawe simpan stok EBM. hehe. Mungkin berbelit2 sikit cara aku nih. Tapi aku follow the flow. yang penting aku hepi. AHAKS!!!
My Baby now. 100% susu ibu. Alhamdulillah rezeki ko nak... TQ GOD for this opportunity |
YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya)
- Bacalah setiap hari (aku baca time aku nak direct feeding & Pumping)
GOOD LUCK MOMS!!!!
#StopCensoringMotherhood
#StopCensoringBreastMilk
#BreastfeedWithoutFear
TQ for reading! K bai!!~
8 comments:
great sharing
Assalamualaikum nina. hehe lebih kurang sama je kita punya style. masa pantang tu, hari ke 2 dah start pum tapi bukan utk ebm. kasi adam minum nak cepat turun kuning. ahahhaa alhamdullilah lagi cepat pum, lagi banyak susu dihasilkan. hihiii tapi masa nak raya tu ada stop pam, tu yang stok short sikit. nasib baik kat ofis skrg upgrade pam jadi 4 sesi. bila kurang makan milkbooster, makin meriah susu. pelik pula kita. hahaha 2 minggu stop milkbooster, kuat makan nasi, minum banyak air je. hahaha kuih2 tak lupa utk breakfast. hihi semoga Allah permudahkan urusan kita utk anakanda. tapi adam tak exclusive bf, hahaha redha jelah.
good sharing..daffa comel..:)
waaaaa..teruja tgk stok ebm awk.. ok, nk pratikkan jugak jadual mengepam tu.. mlm tu ssh ckit sbb anak nak menempel je.. kalih ckit,dia celik mata..huhuhu.. tq ye..
thanks for sharing nina :)
alhamdulillah...melimpah rezki tuk anak.. :) rindu pulak zaman2 mengepam simpan susu stock cegini.. :)
fuhh kak, banyak nya...mmg setiap org akan byk macam tu eh? macam nak meniaga pulak siap packing2 segala...hehe...sometimes, kena jugak ambil tahu pasal benda2 cenggini...walaupun masih belum kahwin...buat preparation awal2...thanks kak for the info ^^
Tq 4 the sharing... nk cuba gak la..
Post a Comment