Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Sambil packing barang2 untuk dibawak ke hospital, sambil dupdapdupdap. haih! haih! Excited tu memang excited, tapi dupdapdupdap tu tetap terasa menusuk jiwa. ececece. hihihi.
Bag hospital ni, ada setengah orang, seawal kandungan 7 bulan dah start packing masuk dalam kereta siap. Tapi aku ni, masuk 36 weeks baru mood mempacking bag hospital tu datang.
Tapi seeloknya, prepare awal2 lagi bagus kan. Tak de lah kalut tak tentu pasal. Nak harapkan suami. Hurm. entah apa yang dimasukkannya nanti tak tahu lea. Kot2 dah nak terberanak, bag hospital tak dak. pastu suruh suami pulak settlekan, aku rasa memang tak complete ah barangnya. hakhak. pepaham jea la orang laki cam mana kann :0 sorry bang! :P
Ini dia bag hospital Ibu dan baby. hehehe. Kitaorang main bag galas jea. stylo what! *padahal beg khas untuk ke hospital nan hadooo, guna jea apa yang hadoo. sobss.sobss* hikhik.
Meh aku share pekebenda ada dalam bag nih.
Keperluan Bayi :
1) Baju dan seluar baby
Aku bawak 4 pasang jea kot.
sepasang baju lobang2 yang jenis panjang.
sepasang lobang2 yang jenis pendek,
sepasang baju nak keluar wad,
sepasang lagi baju tidur, ala2 jumpsuit gittew.
2) Sarung tangan dan kaki dan topi
Melalui pengalaman tengok baby2 yang baru lahir, kuku baby panjang sedepa kan. so, untuk pastikan kulit muka baby flawless sentiasa tanpa kena dicakar kuku sendiri, better bawak lebih sikit mitten ngn booties nie. lebih2 pun, aku bawak 2 pasang jea. sebab memang beli tak banyak pun. hihi.
Topi baby pulak bawak satu jea, untuk tutup kepala baby time nak bawak balik. Time dalam wad nanti aku dah bawak blanket yang jenis bertopi terus :)
3) Blanket
Selain nak selimutkan baby, benda ni berguna jugak sebagai pembedung baby. kan?kan?
So, untuk blanket ni aku packing dua helai jea. Kalau tak cukup nanti, boleh la gulung baby dengan kain lampin.
4) Kain Lampin
Aku bawak 3 helai. Prepare kot2 nak guna untuk bedung baby kea. Lap2 apa yang patut kea
5) Barut
Pasal barut ni, ada orang cakap tak guna time kat wad, ada orang cakap guna. entahle. Aku pun tak pasti. Tapi aku bawak jea. bawak pun tak de lah banyak. 3 helai jugak.
6) Lampin pakai buang newborn
Memula aku ingat nak angkut jea satu pek mamy poko newborn tu. Tapi bila aku tengok ada 48 keping dalam tu, aku rasa macam nak berkampung kat hospital la pulak kalau angkut semua. So, aku keluarkan jea la 10 keping untuk bawak ke hospital nanti. Agak2 cukup kea tak ea 10 keping???
7) Toiletries (travel pack)
Ada orang cakap, baby tak mandi lagi awal2 kelahiran nanti. dalam dua tiga hari baru boleh mandikan baby. yea ke? Tapi aku bawak jea la toiletries. Bawak sebotol jea. Botol yang paling kecik, yang boleh guna dari atas sampai bawah. heeee
8) Wet tissue
Bawak 1 pek jea. cukup la kot. Penting untuk lap2 buntut baby yang comel tu. hikhik
9) Minyak telon
Prepare sedia kot2 berguna nanti
10) Sapu tangan kecik
Bawak dua helai. Aku ada terbaca yang sapu tangan kecik ni berguna untuk lap2 mulut baby yang kiut tu selepas menyusu. :)
11) Towel
Bawak sehelai jea. Kot2 nak guna buat lap2 badan baby nanti. kalau tak mandi kang, masam pulak anak ibu. at least lap2 macam tu jea lah kan. :)
Keperluan ibu :
1) Kad pengenalan
IC ni hari2 bawak kehulukehilir kot. Tapi aku nak jugak pointkan dalam checklist nih. hehe
2) Buku Merah
Benda wajib. Wajib ada dalam beg 24jam. penting kot!
3) Guarantee Letter (GL)
Penting ni.... jangan lupa bawak. Tapi kalau uolls bersalin kat swasta, benda alah ni tak berguna pun. hikhik
4) Kain batik
Aku bawak dua helai jea. cukup tak???
5) Kain tuala
Bawak sehelai pun dah cukup.
6) Toiletries
Aku bawak satu botol kecik jea, hotel size punya. Guna jea dari atas sampai bawah. Masa aku jaga arwah abah aku kat spital dulu, kalau mandi kat sana tak bersungguh sangat pun. mandi ala kadar jea. Inikan pula kita sendiri yang sakit. lagila berkadar2 mandinya. yang penting, GOSOK GIGI. yea idok? hehe.
7) Nursing Bra
4 helai cukup kot kan?. Nursing bra ni penting untuk memudahkan urusan menyusu baby nanti.
8) Nursing Pad
Aku bawak yang disposable jea, senang nak handle. lepas pakai terus buang. bawak dalam 10 keping.
9) Disposable panties
Al sedia al maklum. lepas beranak darah banyak keluar orang cakap. So, nak senang. Pakai jea panties pakai buang. senang nak handle nanti. Aku bawak 2 pack. Satu pack yang jenis cotton ada 5 helai dalam tu (beli kat watson rm9.9), satu pack lagi yang jenis polypropylene ada 7 helai dalam tu (beli kat watson jugak rm7.9). Kat guardian ada jual rasanya. hehe
10) Maternity pad
Hari tu ada orang rekemenkan aku pad Avail yang night punya. besar sikit. Diaorang cakap pad avail boleh serap darah dengan baik, pastu lagi satu pad avail kan spesies herba2 gitu. So, luka2 lepas bersalin IAllah senang nak baik katanya. Aku sebelum ni dah pernah pakai pad avail. memang best. So, untuk maternity pad ni aku bawak dua pack pad avail yang night use (night use sebab besar dari yang day use - 1 pack ada 10 keping)
11) Stoking
Bawak dua pasang. Stoking dan ibu bersalin memang tak dapat dipisahkan.
12) Cardigan/Sweater/Pakaian/Tudung
Aku bawak cardigan. bawak sehelai. Senang nak sarung2, sejuk kea apa kea. Pakaian + tudung pulak pepandai la bajet diri sendiri nanti. Aku main sumbat jea. Tapi berpada2, cukup2 muat jea. hehe
13) Al-Quran kecik
Untuk bacaan diri sendiri
14) Minyak/air selusuh
Kalau ada buat, boleh bawak. kalau tak de buat tak payah bawak. Tapi orang cakap bila dah masuk labour room doktor tak bagi minum air selusuh. entahle. aku tak de pengalaman. Any idea?
15) Beg plastik
Motif, letak baju kotor dan apa2 yang sewaktu dengannya
16) Handphone + charger
Penting!!!
17) Makanan (yang ni minta suami yang handle, pepandai la dia nanti. tak muat beg, taruk jea dalam plastik 'rokrak/gelenya")
(Shake herbalife+teamix + botol air herbalife 2L untuk energy booster!! :P) - makanan lain seperti biskut kea apa kea.. tengoklah mood makan cam ne nanti. kot2 tak lalu makan bila dah warded. hihihi. Tapi, mana taw kan, tetiba nak makan roti cicah tuna kea, burger bakar keaa.. aku ni bukan boleh percaya sangat. So nanti, mintak suami jealah yang belikan. kan.kan. :)
Ada setengah orang tu, tiap2 barang diaorang packing siap2 dalam plastik. asingkan. untuk baju, packing baju, untuk tuala packing tuala dan apa2 yang lain, pastu baru masuk dalam bag. cayalah. sangat sistematik. Aku main masuk jea. selagi muat selagi tu aku sumbat. huhuhu.
Aku rasa tu jealah kot benda2 yang penting untuk bawak ke hospital nanti. Ada apa2 tambahan tak korang rasa? cer bagi idea sikit. especially ibu2 yang dah ada pengalaman. TQ taw.
sharing is caring *love*
Oh ya! hehe. tadi aku pergi check up 36 weeks. Alhamdulillah ibu dan baby dua2 sihat. Next week baby dah cukup 9 bulan. Doktor suruh aku pastikan hospital mana yang terdekat supaya tak menggelabah kot2 tetiba baby nak keluar kan. sobs.sobs.
Doc cakap paling dekat dengan aku sekarang ni Hospital Serdang & HUKM. Erm. kena survey2 jalan dalam google maps la pasni sebab tak biasa dengan hospital serdang, kalau HUKM tu kenal sangat.... Tapi harap2 baby tunggula ibu sampai KELANTAN dulu. Di mana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri. *pepatah yang tiada kaitan*.
Apapun, Doa2 yang terbaik buat kami yea. yang penting, SELAMAT :)
"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim, bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin" - Ya Allah, Permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Kau akhirkanlah dengan kebaikan. Amin~
TQ for reading! k bai~
30 comments:
fuh fuh nak beranak dah. sy pulak yg bedebar haha. semoga dipermudah kan..
Hai nina..wah da 36w..thniah..smg dipermudahkn nt..36w blh ke travel lg?huhu..apepun smg slmt..n tq fr sharing diz..sgt bguna tuk sy yg nk bsalin ank sulung nih..hehe
hai anonymous. hehehehe.. TQ2. tula. debar gak nak travel jauh2. harap2 selamat. sobs.sobs.
salam Nina, semoga ALLAH permudahkan urusan Nina dan selamat segala nya, orang kelate ke? mudahan baby lahir di tempat kelahiran mummy nya ya ..
Baby boy ye nina? ;)
Bla mula bercuti?
Semoga slmt semuanya..
Yeah...dh packing..lcik mah pun..tp xlengkap..kn tgok checklist nina ni....nk tiru apa yg patut...hehe...tq share...
standby milo 3in1...sbb ms sakit dh xlalu mkn jd minum milo utk tenaga...pglm akk la...keperluan yg nina list tu mmg tiptop...hihi...
mcm dh ada pglmn sblm ni :-)
Waaa.. Junior nak keluar dah. All the best tau.. Take care :) x
Nina...moga dipermudahka ye...akak baca dari atas smpi bwah ni...ok..kira setel dah smua tu...satu lgi...jgn lupa selipar..senang nak kuar masuk bilik air...hehe...
Bab baby x mandi lpas bsalin tu...x penah dgr plk..sbb anak2 smua mmg bsoknya tu...misi kat spital mmg mandikan....hospital gov gak.....tp masa anak 1st..kat hkl..mmg diaorg x mndikan...sbb x ckup misi nak handle n org besalin pack! Nak msuk wad pun kena q tau...
X sabar tengo baby nina..akak doakn semoga semunya berjalan lancar ya..semoga dipermudahkan olehNYA...
Teringat pla time brsalin dulu hehe...
seronok tgk persediaan adik nina..kak ana doakan semoga dipermudahkan buat nina menempuh fasa keibuan nanti...sedap je bau barang2 baby ni..
Kak anim pulak teruja..
Macam nak join sekali, heee
Mudah2an dipermudahkan Allah dalam ursan nina..
yeay... baby dah nak kuar tu. seronoknya :)
sy lepas bersalin dulu guna pad libresse night punya. yg panjang tu. selesa jugak dan boleh serap byk darah. kebocoran pon kurang.
my kakak , umah dgn hospital serdang lbh krg 10 minit jer tapi bila nak bersalin , hospital putrajaya juga yg dia kena pi ... semoga dipermudahkan urusannya nanti ... aaamin .
Assalamualaikum nina. bagus sekali entri ni. minta share dekat fanpage sheila boleh? senang nak baca balik kalau2 nak packing beg nanti. hehe. btw Guarantee Letter (GL) tu apa? celah mana nak amik tu? hehe
Asyifa: Ahhaaaa.. selipar jepun kan. senang nak masuk bilik air. hehehe
Sheila: GL tu mintak dengan majikan. Kalau boleh buat 3 salinan terus. hehe :)
ok jea sheila. terharu lagi nina taw. hikhik
nina,cik nat doakan semoga semua dipermudahkan....amin...walaupun blm da pengalaman,cik nat nk bg sokongan moral gak kat nina..hihiiii
Nina balik kelantan bila? imah bersalin dkt shah alam ni ja. lepas tu baru balik kampung. pantang umah mertua. huhu..sbb mak imah keja lagi. Bulan 8 ni bru pencen. samela kita beg nak ke hospital lambat jugak packing =)
yeayy dah ready semua! hehe eksaited pulak nihh . hehe :D
dah dekat nak bersalin ya. semoga dipermudahkan segalanya..
Oh ya, saya dulu bawak juga minyak panas.. sapu kat kaki dan pakai stokin
Moga dipermudahkan segalanya..
packing betul2 yer nina.. pastikan xde yg tertinggal.. kalo tak haru..
ok la tu nina pack awal2.. nanti kalau baby dh nk keluar terus ngap je 2 beg tu. hehee
bagus ni boleh buat rujukan
jaga diri.. in shaa Allah
semoga dipermudahkan segalanya.aamiin
wahhh stylo ruget mak anak nii. beg galas sudahh yeeekkk ;))
wah..dah tak lama dah tu kan.
senang bawak beg galas jea kan.
wah balik bersalin kat kelantan yea.harap sempat la balik.
saya cadangkan letak dalam satu beg kecik untuk staff kt labour romm pakaikan untuk baby masa dia baru lahir nanti. asing beg kecik nie dari beg baby yg kita sediakan tue
baju lengan panjang sepasang, mittend booties, bedung, blanket ada topi, pampers sekeping.
yg nie untuk bby bru je lahir nt. masa nk kuar labour room. nt takde la diorang tercari2 semua brang tue dalam beg tue kan ;)
hihi teringat last year..kt pun mcm ni. bl dh siap pack selang 2 hari mest punggah balik =p
Mudah2an dipermudahkan Allah dalam ursan nina
*salam perkenalan =)
banyaknya barang.sama macam saya juga dulu
Post a Comment