KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, February 4, 2014

Selamat Hari Lahir SAWOKU - 04 Februari 2014 :)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Cuti 6 hari, 5 hari duk terperap dalam rumah. sehari keluar jenjalan jumpa matahari. 

Kejelesan melanda bila tengok blogger2 yang lain sakan bergumbira bersama2 keluarga dan sanak sedara. Kite duk bertapa kat sini jea. tak balik kampung pun. sobs.sobs. 

Sempena hari lahir sawoku yang ke-27 hari ni *suamiku suda tua*, semalam aku request kat abang yang aku nak makan sedap2 hari ni. Lepastu request nak makan kek. request sekali dengan pakej belanja lagi. Hikhikhik. Patutnya besday boy yang request kan. ni terbalik pulak. macam aku pulak yang jadi besday girl. :P 

Macam biasa, tempat lepak kami Aeon Cheras Selatan *Jusco Balakong* jea. Lepas tawaf satu Aeon tu, barulah kitaorang cari port untuk makan2. Bab2 makan, aku yang handle. Suami aku layan jea apa yang aku nak makan. hehe. Memula aku rasa nak makan McD, lepastu rasa nak makan kat Secret Recipe, pastu masuk KFC, tetiba rasa nak try pizza yang baru tuh.., last2 bertapa dalam Kenny Rogers. haha. Pusing kepala suami aku... Ekceli, kalo boleh, semua benda aku nak sumbat dalam perut ni ha. hahahaha 

Sejak kawin ni, kitaorang jarang sangat outing makan kat luar... Makan kat rumah jea. Sebab aku ni masak sedap sangat *jeling2*, sebab tu suami aku suka makan apa yang aku masak *walaupun telur mata kuba jea*. hehe. Tapi sebab hari ni hari special dari hari yang lain..., kiranya harini kitaorang 'makan besar' lah kononnya. Ada setengah orang, hari special sakan masak sedap2 kan, tapi aku, request makan sedap kat luar. Apakah? hikhik

Besday boy!!!! My SAWO kasananganku sogigisom :)


....GIANT..... 
Monolong dalaman : "Macam tak cukup jea nih, macam tak kenyang jea nih"


Kek yang comel untuk besday boy! secomel senyumanmu. eh?

Kek ni jea yang mampu. hahaha... Dua orang makan pun tak habis *sigh* 
Maaf yea bang, tak sempat nak bubuh lilin, kot2 abang nak tiup phiuwwwphiuwww




AisKrim penyejuk perut. hehe. Langgar pantang. Tak pe, pasni time pantang kita pantang betul2 :P


Kek besday boy tak perlu potong2 pakai pisau, pakai sudu besi jea. pastu terus ngap. :) 
*maaf, Photographer tersenget time ambik gambar ni*


Wink2!!!! Happy besday sawoku!!! hehehe. best tak dapat makan kek yang dibelanja oleh diri sendiri? mihmihmih.... 

Alhamdulillah. hari ni dah genap umur abang 27 tahun. dah makin tua dah... Walaupun abang makin tua, tapi still maintain muda dimata ini. ceeewahh.. 

Semoga, setiap perjalanan hidup abang diberkati selalu... diberi kesihatan yang baik olehNYA, kebahagiaan dan keselamatan dunia akhirat, juga rezeki yang halal dan cukup untuk kita sekeluarga... Amin..

Terima kasih kerana menjadi sawo yang baik selama ini. Susah senang kita tetap bersama *lap air mata*.. sobss.sobbss... Pasni dah nak jadi daddy dahhh. Jangan nakal2 lagi. Harap2 anak abang nanti tak buas macam abang la yea. AHAKS! 


Pounsikou for everything! I LAP U foreverlah!!!!!     


TQ for reading!  K bai~     



23 comments:

nabila biela said...

owhhh...saya jelesss ngan akak...hehe

niaharaf said...

husband kita sama umor. tp husband awk nmpk muda gila. kejap, knp pantang mkn aiskrim?

Unknown said...

Happy birthday too!
sedap kek coklat tu..hehe..

ohh.Sawo tu suami ke?=)

Kamsiah yusoff said...

semoga Nina terus berbahagia bersama suami tercinta...baru 27 th..muda lagi tu...

Nina terasa nak makan apa..mkn ja...kang masa pantang..tgk ja org makan mcm2..

cik mah said...

Hepy belated besday untuk suami nina...wah...besnya...cik mah suka mkn kat kenny roger...tp en suami kata sedap....kurang rasa..hahahah

Anonymous said...

sodap2 semua tu menunya

Sheila Salim said...

Assalamualaikum nina. hahaha lawaknya. mak buyong macam2 benda nak makan kann. samalah kita. selamat hari lahir buat suami awak. semoga sihat selalu, sukses dalam hidup dan berbahagia bersama keluarga. haipp aiskrim tu nampak sodap sangat ;p

NinaAz said...

Ai Syah: aah. sawo tu maksud dia suami. hehe

Niaharaf: ikut petua org tua2, benda manis dan sejuk kena pantang time pegnent, takut baby besar dalam perut. hehehe.

Cik Nor said...

hepi bestday to suami nina..:)

sYaFiNaS said...

hepi besday to suami nina...hurmmmm...dapnya nina cik nat tengok...yummyyyy

Fahimah Mahayuddin said...

Happy birthday suami nina. semoga terus bahagia & ceria2 selalu. nnti dh ada baby mest lagi best celebrate birthday!

Chaca Monsterr said...

happy birthday utk suami kak nina. sakan baby dlm perut makan besarr. hehe

dear anies said...

HAPPY BIRTHDAY TO YOU.......

Mila@Rimbun said...

yumyum.. nampak sedap ler kek tuh
HB..

Unknown said...

happy birthday to him.. dah sebaya hubby deqla.. yeayy.. tp bln 6 nanti hubby deqla masok 28 la.. hahaha.. terliur deqla tgk kek yg meleleh tu. nyummm..

Cik Rose said...

happy belated birthday to him :) semoga dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yg baik...

Nina Mads said...

selamat hari lahir buat hubby nina.. muda lg tu. kalau masuk aeon mesti terasa nk makan mcm2. semoga bahagia selalu.. hikhik

anamizu said...

wahwahwah hepy belated befday utk somi nina.. maintain muda remaja gittewww hehe

mommy to be ngidam nk mkn byk2 ek? kemain lg pulun eskrem ye? nti kene bepantang tau hehehe

QasehnyaRania said...

selamat hari lahir buat suami nina.
semoga panjnag umur dan sentiasa murah rezeki.aamiin

ramainya bln feb.. suka suka :-)

::EIDA:: said...

mak aiii.. meleleh air liur ida tgok dessert dieeeee....... nak nak nakkk!! hihi

Suria Amanda said...

dua2nya pun mcm muda belia..happy birthday to him...

Nik said...

bagusnya.rajin tol masak yea.
happy bday untuk suami nina. best dah boleh duduk sama2 kan

Unknown said...

pentamak in da house!
aku pon mcm ko, selalu rasa makanan x cukup!!