KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, August 13, 2011

Selamat Hari Kidal Sedunia!!!!

Assalamualaikum...

Hari ini aku hanya berbuka puasa dengan pulut dicicah serunding daging! Pergh!!! Sedap tak terkata dan sangat-sangat mengenyangkan, lebih kenyang dari aku makan nasik. Entah kenapa mimpi nak makan pulut hari ni.

Aku lebih selesa makan dengan tangan. tengok keadaan la, kalau makan mihun sup, tak kan nak cekau dengan tangan jugak. iye dok? Walaupun aku seorang yang KIDAL, aku makan guna tangan kanan taw! Agak-agak laa.. tak kan makan pun dengan tangan kiri..muahahhaXD

Tapi, Kalau guna SUDU sahaja, aku akan guna tangan kiri.. TETAPI kalau aku guna SUDU dan GARFU secara otomatiknya aku boleh suap makanan ke mulut dengan tangan kanan. Hadeh! aku pun tak taw kenapa sebegitu rupa.

Sempena Hari Kidal sedunia hari ini.. Tetiba aku ada berperasaan bangga.. hehehe.. bangga kita!! sebab? dalam Buletin Utama TV3 tadi ada bilang: "Hanya 10% penduduk dunia KIDAL" . wah3 bangga sekejap wooohhh!!! kembangkempiskembangkempiskembangkempis

orang kata, kidal ni tak sopan..sob..sob..sob.. Aku sopan ok! walaupun kadang-kadang aku gelak macam petir, tak bermakna aku tak sopan..hahahahhaa

orang jugak kata, kidal ni banyak kelebihan dan keuntungannya..Contohnya:Akal yang cerdik terutamanya dalam subjek Matematik.. Haaa. tang ni aku setuju... kembangkempiskembangkempiskembangkempis....

Dolu-dolu, kalau awok-awok belajar subjek sains, mesti ada belajar pasal otak kanan, otak kiri kan?? Orang yang kidal lebih menguasai otak kanan, Sebab?? Otak berfungsi secara menyongsang. Kalau otak kiri cenderung bahagian tubuh sebelah kanan dan kalau otak kanan sebaliknya.

Dalam ilmu sains jugak ada menyatakan bahawa, otak sebelah kanan lebih menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Hurm, macam tak sama jea dengan aku. kalau tang kebijaksanaan tu sama laa...hekhekhek (gelak jahat)

Kalau ada kelebihan,tentu ada kekurangan kan?? AKu ingat dulu time aku berada di zaman mahasiswi, kalau masuk jea dewan kuliah, memang aku tension. tension dengan kerusi meja dalam dewan kuliah tu. yea la, kerusi tu memangla nampak biasa, tapi luar biasa bagi aku. Meja yang direka khas itu seolah2 tidak mahu memberikan keselesaan kepada insan-insan yang kidal.

See?? memang tak selesa la kan. Tergantung jea lengan aku time nak salin nota yang berjela-jela tu.. Kesabaranku adalah kejayaanku =)

Pernah tak awok-awok guna/tengok pisau ni..


sangatla pelik bila aku yang kidal ni guna benda alah ni. Kalau orang yang tak pernah tengok, mesti diorang akan tegur.."kenapa buat macam tu, kekok la tengok".. Hadoiii..yea laa.. mana tak peliknya.. orang lain guna, kulit buah terus kebawah, time aku yang guna, kulit buah naik ke atas..hahahhaa... sabor jea laa...Alhamdulillah, bersyukur apa yang ada. =)

Another Facts:
Credit to: Wowberita.com

Cuba perhatikan gambar-gambar di bawah ini.. Cer teka.. Apa persamaan mereka dengan aku?? (ini sebahagian sahaja)







tentulah.................................... Kami si insan KIDAL..Yeah!!

Selamat Malam semua dan selamat bersahur dan... SELAMAT HARI KIDAL SEDUNIA!!!

Source: alkiram.net

Papai!!






Cinta Muka Buku - Najwa Latif





Friday, August 12, 2011

Visibly Soft Milk Mask - Cosway is My Way

Halooooooooo.... Salam Ramadhan ke-12

Burp! Masih lagi terasa kesedapan lempeng dicicah gula bercampur serunding daging dinihari tadi.. Perghh!! Sodap!!

Memandangkan hari ni hari Jumaat, aku nak kongsi sikit Mask apa yang aku pakai sekarang ni. hekhekhek (apa kaitan dengan hari Jumaat?).. kejap giler kan aku beralih arah, Padahal baru jea bulan lepas aku dok kecoh pasal produk lain, hari ni produk lain pulak.. Muahahaha!! Jangan cakap aku tak setia taw.. no..no..no.. =P

Ok! Nowadays, aku sedang mencuba produk Bioglo dari COSWAY! Yes! Cosway is my Way =)

Aku sebenarnya dah lama dah berkecimpung dalam bidang menggunakan produk Cosway ni.

Untuk jenis kesihatan dalaman, aku pernah amalkan Deep Sea omega-3 Fish Oil <--Klik untuk info. Memang terbaik ah. Dulu zaman Mahasiswi dulu aku tak pernah miss. Wajib makan! Sekarang ni.. Sejak dah Graduated, dah lama aku tinggalkan.. ahaks! Patutla bengap semacam jea aku sekarang ni..hahahaha

Lagi satu produk Cosway yang aku makan dari dulu sampai sekarang ni ialah Evening Primrose Oil<--Klik untuk info.. Ha.. yang ni wajib sampai sekarang.. Sangat-sangat penting untuk insan-insan yang bergelar wanita!

Ok, berbalik pada tajuk entri di atas. Produk Skin Care dari Cosway ni, tersangatlah banyak. Mungkin bagi awak-awak yang dah berkurun pakai dan mencuba, mesti dah tahu apa hasil dia.

Aku ni baru jea nak berjinak-jinak dengan Skin Care COsway ni, Untuk permulaan, aku try cuba test Mask dia dulu.

AKu sangat teruja bila masuk Cosway Shop.. Everything marbeles. Harga pun kira OK la bagi aku yang kerja biasa-biasa ni.. kira Mampu lagi laa.. tak de la terkeluar biji mata bila tengok.

Actually, Aku pening sekejap bila nak pilih yang mana satu Mask yang aku nak cuba, Banyak sangat doe. Kalau tak silap aku, lebih dari tiga jenis mask la.. Kira banyak la tu.. Sebab dulu masa aku belajar, Ustaz aku cakap, Wahid adalah untuk satu, Musanna adalah untuk dua, dan kalau lebih dari dua, kita panggil Jam'un iaitu banyak (hadeh, ingat-ingat lupa)

Dalam banyak-banyak mask tu, aku berkenan yang ni haaa.....Hmmmmm..
Awesome, cantik giler muka model ni, harap-harap skin aku boleh jadi macam dia..hahahahahah

Aku pilih mask ni sebab mengandungi segala jenis kebaikan susu. Susu-susu ni aku suka. Mandi susu, Berendam dalam susu, Hair treatment guna susu, Make up remover pun aku guna yang bersusu.. tapi satu jea aku tak dapat jalan dari kecik sampai ke muda ni, Minum susu. kecuali susu coklat, yang lain..blueekkk.. hahahaha

Mask ni best, kulit aku yang sedikit kering ni ternyata lembap,lembut dan ayu sekarang..perghh..perasan giler. Ada sedikit pengelupasan berlaku, sikit jea tak banyak, sangat-sangat sikit, bukan pengelupasan kulit taw, tapi pengelupasan susu..hekhekkk.. objektif pengelupasan: untuk menjadikan kulit aku yang legam ni menjadi lebih cerah segar dan gebu. =)

Bau mask ni jugak semerbak harum. Bau susu. Aku sangat-sangat suka. Tetiba rasa macam berada di alam bayi. Di belai manja oleh mama tercinta.hikhik.. mask ni jugak betul2 terletak di muka, tak de senget-senget, tak de besar gedabak!, tak de tertutup hidung sampai tak boleh bernafas =)

Paling best!, harganya sangat berbaloi2. Satu kotak ada 4 sheets, satu minggu aku pakai 3 sheets, so lebih satu sheets boleh guna minggu depan, kalau rasa nak jimat, pakai dua sheets pun boley. Satu kotak tu berharga RM15. Berbaloi2 kan???

Nak jadi CUN macam aku?? Jom sama-sama jadikan COSWAY is our HIGHWAY..hikhikhik (gelak sopan+perasan)

Papai!!




Sunday, August 7, 2011

Mentega-Terbang bagi Cenderahati.. Yeah~

Time kasih banyak-banyak En. Ku sebab sudi bagi cenderati yang pantas, cepat, mesra dan bagus untuk saya.. hekhekhek (gelak nakal)

Awak-awak semua nak cenderahati jugak kea? singgah la kat belog EN. Ku kita tu...

Salam Ramadhan En. Ku.. dan rakan-rakan belog sekalian alam, Selamat berbelog OK =)

Sekian..terima kasih

Papai!!




Emm....Manisnya KURMA ini!!!

Sape suka makan kurma sila angkat kaki anda!! Hamboih.. sopan la sikit..angkat tangan udah lea.. hekhekhek (ketawa nakal)
Biasanya, kalau bulan Ramadhan, femes la buah kurma ni,, Mesti ada buah kurma sebagai menu utama untuk santapan berbuka. Sunnah berbuka dengan kurma ni, sebagaimana sabda Nabi S.A.W : " Apabila seseorang daripada kamu berbuka puasa, maka berbukalah dengan buah kurma. Sekiranya tiada kurma, maka minumlah air kerana ia adalah suci ". (Riwayat al-Tirmizi no. 594)

Satu lagi sunnah Nabi yang berkaitan dengan kurma ni iaitu TAHNIK atau istilah melayu kita "Belah mulut". Rasulullah S.A.W menggosokkan buah kurma lembut yang telah dikunyah oleh Baginda di lelangit bayi yang baru dilahirkan lalu menggerakkannya di dalam mulut bayi tersebut.

Aku pun suka kurma (sedang angkat kaki).. emmm...Manisnya kurma ini!!<-- Perasaan ketika makan waktu bersahur dinihari tadi. Walaupun telah kering, tapi keenakan buah kurma masih lagi terasa. sekarang ni kalau korang selalu mengadap depan TV tu, mesti ada tengok iklan-iklan buah kurma kan..Especially.. Yusoff Taiyyob.. hehehe.. Best ke kurma tu?? Aku makan kurma yang jual tepi jalan jea.. biasalah..tak mampu beli yang mahal-mahal..hahahhaa.. Sedap ke, kureng sedap ke, tak sedap langsung ke, sama je semua bagi aku..Kurma juga pun.. =P

Aku tak pernah tengok pokok kurma depan mata..tengok dalam tenet jea la.. Belakang rumah aku tak de pokok kurma, ada pokok pisang dengan rumah kambing jea..hikhikhik..
Selain dimakan mentah.. kalau buat kek kurma, biskut kurma, coklat kurma, ayam masak kurma (tak de kaitan dengan buah kurma) pun menjadik jugak! paling best kek kurma.. senang jea nak buat kek kurma ni.. guna resepi kek pisang pun jadi jugak, tukar jea pisang tu jadi kurma..hekhek... nak resepi?? nanti-nanti la yea.. Aku kat rumah bujang ni, nanti balik kampung kalau menjadi buat, aku bagi resepi kat awak semua, kalau tak menjadi buat, biasanya kiki,koko,mickey,buncit,tompok (nama-nama kucing) yang akan makan..hehe.. bagus bagi depa dari membazir kan??

Meh nak kongsi sikit tentang ilmu kesihatan berkaitan dengan kurma ni.. info ni aku rembat jea, aku bukannya sainstis nak kaji benda-benda ni.. yang aku tahu, makan jea..sebab MAKAN ITU BEST!! bila dah jadi TEMBAM baru TAK BEST!! kehkehkeh

Info kesihatan berkaitan Buah KURMA ( sumber: Solusi -> dari semalam lagi belek solusi memandang sedang bertapa sorang-sorang kat rumah)

- Membekalkan sumber tenaga segera kepada manusia
- Mengawal pemakanan agar tidak berlebihan (mesti awak-awak yang berdiet suka statement ni..Awwwww!!)
- Mengandungi Florin dan Kalsium untuk kesihatan gigi ( nak gigi yang cantik macam aku? makan kurma banyak2)
- Kadar magnesium yang tinggi dan kewujudan silenium yang mampu mencegah kanser
- Sangat berguna kepada ibu mengandung kerana dapat membekalkan vitamin B6, asid folik, kalium dan magnesium yang berfungsi untuk memantapkan jantung dan peredaran darah
- Glukosa yang terkandung dalam kurma ini boleh dihadamkan dengan pantas dan masuk ke dalam sel-sel hati, otak, darah, sistem saraf, sistem otot dan semua jaringan lain

Hebatnya KURMA... Mulai hari ini, bagus pergi beli kurma banyak-banyak dan jadikan kurma sebagai stok sepanjang tahun dalam kehidupan awak-awak dan saya juga!! Jangan time bulan Ramadhan jea ada kurma, bulan-bulan lain pun nak juga berkurma.

Sekian, selamat beramal! =)

Papai!!




Iftar With Maria Elena!!!!

Help Me!! VOTE for me... hekhekhek


Saturday, August 6, 2011

Segmen Wanie:Doodle Raya Free



Doodle?? pe kebenda tu..?? hekhekhek.. Comel jea aku tengok.. WANIE, Nak sepasang boleh tak.. harap-harap bertuah la yeaaa...

Nak warna Purple muda + Kuning

Nak ada handbag LV warna kuning jugak + high heel taw..hehehe (demand la pulek)

Nama saya : NinaAz

Korang Nak DOODLE jugak tak? kalau nak Klik HERE!

Papai!!



iBig Colour Contact Lense - Love it!!

Lebih kurang 3 bulan kemana sahaja aku pergi, aku tidak dapat melihat dengan jarak yang jauh sedikit. Dah tahu RABUN.. pe sal tak pakai spek mata..... Tak HOT laaa pakai spek mata.. ..lagi hot kalau rabun!!.. nak skodeng pun tak dapat!

Sebelum ni aku pakai contact lens.. Asal keluar rumah jea, lens la peneman aku..tapi kalau bertapa kat rumah spek mata kargo ni laa teman setia aku.. tapi.. sejak dari peristiwa itu.. aku tidak lagi memakai lens.. lagi selesa kuar rumah dengan kerabunan.. maaflah kalau ada yang senyum kat aku, aku buat derk jea.. bukan sombong, tapi gua tada nampak laa..hahahaha...

Dua bulan lalu, aku melilau kat Tesco Cheras dengan member sekepala, lalu jea kedai optikal, aku ternampak la brand lens ni.. tetiba jatuh cinta pulak.. tapi masa tu tak bajet lagi nak beli..so aku hold on dulu... Malas lah nak pakai lens ni.. leceh sih!!!

Bulan lepas pulak, aku melilau lagi di Tesco Bukit Beruntung, bermotifkan mencari contact lens yang aku teruja dua bulan yang lalu.. Nasib aku baik doe! hanya ada satu jea kedai optikal dalam tu.. dan nasib baik kedai tu ada lens yang aku nak.. Apa lagi.. REMBAT terussss....

Ni la lens yang menyebabkan aku teringin semula bercontact lens!!

iContact Colour Contact lens ni ada banyak jenis.. yang aku nampak kat dalam kedai tu.. ada 6 jenis dan mempunyai pelbagai warna untuk setiap satu jenis..adeh..paham tak??hahaha..Aku pun tak paham apa yang aku cakap

Aku grab yang jenis ni haa... iBig Colour.. ada 2 warna iaitu Coklat dan Hitam.. Memandangkan aku kureng sikit warna-warni ni, tak bajet duk Oversea, so aku pilih yang BLACK.. Lagi satu, lens ni untuk sebulan jea..biasa aku tengok lens yang berwarna untuk 3 bulan.. Bagi aku la kan.. aku tak suka pakai lens berbulan-bulan.. cukup la untuk sebulan dan tukar yang lain..for your better eye health orang putih cakap..hehehe

Diameter lens yang ni 14. tengok tepi lens tu, ada macam border gitu.. lagi satu, dia punya colour hitam tu, macam penuh.. Aku tanya la tuan kedai tu, Apa sal tak kasi penuh bagi hitam semua.. Dia jawab, nanti macam mana kamu mau nampak..Hadeh! Tak boleh ea?

Sekarang, aku dah boleh nampak! korang nak senyum, nak ngumpat, nak mengata, nak lambai-lambai tangan kat aku.. Aku dah nampak.. so, jangan main-main.. hekhekhek.. Puas hati dengan iBig Colour Contact Lense!!

Sekian, terima kasih

All pictures credit to googles, except the awesome eyes above! hahahaa

Papai!!




Peminangan Pendahuluan Pernikahan

Salam Ramadhan ke-6 !!! =)

Definisi peminangan : proses menyatakan hasrat untuk mengadakan pernikahan yang dilakukan baik secara langsung ataupun melalui wali. Ia dianggap satu ikatan apabila kedua-dua pihak saling bersetuju.

" Peminangan yang lebih berkat kepada seorang gadis adalah sebagaimana yang mengikut sunnah iaitu dengan memuliakan hak wali yang bermaksud, menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali " - petikan SOLUSI edisi khas isu 34

Pernah baca tak yang ada satu nota dalam facebook tu.. aku pun lupa dah link dia kat mana dan aku pun lupa dah sape yang men'tag' aku hari tu.. lepas aku baca, aku terus me'remove' tag itu..muahahaha... yang aku ingat, dalam nota tu ada tertaip yang 'Apabila seorang lelaki menyatakan hasrat untuk menjadi suami dan bernikah dengan seseorang perempuan itu, maka secara automatiknya mereka berdua sudah pun bertunang'

haa.. memandangkan hari ini hari aku memerapkan diri dalam rumah daripada sinaran UV yang semakin berbahaya.. aku nak kongsi sikit apa yang telah aku baca dalam solusi berkaitan dengan isu di atas. Menurut Fatimah Syarha Mohd. Noordin (lulusan UIA Fiqah dan Psikologi), Beliau menyatakan bahawa apabila seorang lelaki menyatakan hasrat, ini baru proses sebelah pihak atau disebut peminangan dan ianya belum lagi dikira bertunang kerana perlu melihat persetujuan pihak yang satu lagi pula. Adakah perempuan itu sebulat hati menerima ataupun berbelah bahagi? jika perempuan itu menerima, barulah dua pihak lelaki dan perempuan ini telah dikira berjanji untuk berkahwin atau disebut bertunang.

YES!!! bertunang sudah!!.... NAMUN? sedar tak yang kita ni ada keluarga? ada mak ayah, sedara mara.. kan bagus dan beradabnya jika bertunang melibatkan komitmen keluarga? malah kita sememangnya digalakkan menggunakan khidmat orang tengah dan memuliakan wali dalam urusan itu..

Bertunang nie tak susah mana pun.. yang susahnya, orang yang mengsusahkannya.. nak buat besar-besaranlah.. nak ajak 1001 manusia laa..nak ada 45 dulang la.. heloo.. bertunang jea pun... rilek laa..cukuplah sekadar beritahu sedara yang terdekat.. ada wali.. ada family kedua-dua belah pihak, lepas tu, minum kopi cecah biskut kering pun dah ok doe.. tak payah grand2..

Islam ni cukup mudah..dan cukup indah! keindahan Islam bukan sekadar pada hukum hakamnya ataupun syariah, malah terzahir juga melalui akidah dan akhlaknya. Akhlak Islam pula MEMULIAKAN ibu bapa sama ada mereka berlainan agama dengan kita, sama ada mereka berbuat baik atau tidak kepada kita, kita TETAP perlu berakhlak mulia terhadap mereka kerana ia perintah Allah...

Nasihat untuk diri sendiri dan kengkawan semua ( aku cilok dalam solusi jugak ni..muauaahahhaah XD)

Buat para remaja, muliakan ibu bapamu. raikan ibu bapa si dia. Dahulukan mereka dalam urusan peminangan dan pertunangan. InsyaAllah, urusanmu ini lebih berkat dan mengikat. Moga keberkatannya berpanjangan sepanjang alam perkahwinan pula. Ingatlah, sesungguhnya sukar mencari bahagia tanpa restu orang tua...

Sekian, dari Ustazah tak bertauliah kaki cilok..NinaAz.. =D

credit pictures to Mr. Google


Papai!!




Wednesday, August 3, 2011

Dugaan Puasa Tahun ini...

Hai!! Salam Ramdhan ke-3.. Sedar tak sedar dah 3 hari pose yok!!! Amacam? Ok tak?? =D

Semalam adalah hari pertama berpuasa dalam sekolah memandangkan hari Isnin tu adalah hari cuti berganti.. =) Tahun ni pulak adalah tahun pertama ramadhan sebagai seorang yang telah pun bekerjaya!! Tapi suasana puasa tetap sama, yang beza dulu masa belajar, dapat bukak puasa ramai-ramai dengan kengkawan.. tapi sekarang hanya berdua saja.. dalam satu rumah ni, yang menyewa hanya dua orang, so, berdua jea lah, tapi time hujung minggu, keseorangan lah aku jawabnya..Housemate aku ni tiap minggu balik kampung, alah, kampung dia dekat jea..nun jauh dekat di Puncak Alam.. Aku pulak?? hah! sengkek ler kalau tiap2 minggu balik kampung doe! Sadisnya bukak pose sorang-sorang kan?? Dugaan tahun ni..hekhek

Budak-budak kat sekolah aku tu majoriti budak-budak Cina.. So, pepaham jea lah.. Masuk kelas, botol air atas meja tiap-tiap orang mesti ada.. waktu pertama,kedua,ketiga..rilek jea lagi..buat derk jea...tapi..bila dah masuk waktu-waktu akhir ni (sekolah sesi petang)..turun naik tangga, meraung, memekak,melolong..tekak pun mulalah mengada-ngada.. masuk kelas pulak, sedang syok2 melalak, tetiba ada pulak yang minum air..berteguk2 pulak tu..perghhhh!!! Dugaan.. dugaann... Haish! Lain kali time kelas aku, boleh tak kalau aku nak sound awal2 : " Masa kelas cikgu, kamu semua DILARANG sama sekali untuk minum air" ...muahahaha... boleh tak??? - biul namanya!

Sepanjang aku hidup ni..banyak2 sekolah aku pergi, sekolah ni lah yang paling banyak tukang jual dekat kantin.. maksud aku, dalam satu kantin tu, macam bazar pulak..ada berlainan kedai.. mungkin mahukan citarasa yang berbeza dan mungkin disebabkan sekolah ni mempunyai ramai rakyat jelata..yeayhhh!! 1 Malaysia =) Bulan puasa kea, bulan tak puasa kea, sama jea.. Kantin wajib bukak.. yea la,, kalau tak budak-budak nak makan apa.. dalam jam 3.30 ptg budak2 sesi 1 akan turun rehat..ok, fine.. yang tu tak kesah lah kan..hekhek.. tapi, yang aku kesah, bila masuk kelas waktu sebelum rehat.. sedang syok2 memekak dalam kelas.. tetiba..Aroma masakan..aroma megi goreng, mihun goreng, aroma ikan bilis nasi lemak menusuk kalbuku...waduh3!!! time-time tu jugaklah mereka pung pang pung pang memasak kat bawah nu..Bau sampai atas doe!! tergugat iman aku... sabar-sabar... tetiba budak tanya.. : "Cikgu, kamu tentu haus kan, kamu tak payah la cakap, kamu duduk diam saja..kesian kamu" -> haish, dah berapa kali aku bilang, kata ganti nama kamu tu salah! bukan "kamu" lah.. cikgu! panggil cikgu, cikgu! ..haaaissh..aku cepuk jugak kan... sabar-sabar..Puasa..puasa... : " (COVER) mana ada, cikgu ok jea)" ... Dugaan..dugaan... hidu jea lah..dah tu, tak kan aku nak tutup hidung pulak... hidu tanpa niat... hekhek..

Yang paling best bulan puasa ni.. waktu persekolahan...hekhek.. bermula dalam jam 12.30 - 5.35ptg.. hekhek...ceronok2! selalunya jam 1.10 - 6.45,, walaupun balik awal hanya seawal 1 jam..tapi aku tetap seronok... 5.30 tu dah siap galas beg..budak2 pun belum turun lagi.. gelojoh betul cikgu ni..hahahahaha.... Tapi yang tak tahan tu..dalam perjalanan balik..ada pulak bazar-bazar tepi jalan..menggoda betul.. apa lagi..parking jea keta mana2,, dengan gelojohnya terus menonong masuk bazar... semua benda nak rembat..nafsu-nafsu... kalau bawak 50 rial.. kalau tak kawal nafsu..aku rasa tak cukup!! silap2 masuk buku 555 lagi... hadeh! =)

Nak balik!!! bestnya kalau dapat makan masakan mama..fevret aku! gulai tempoyak ikan patin..grrr..gulp..syuuupppp...cedap2...tapi tak reti buat..hahahahaa.... Kalau kat rumah, Abah pantang bazar ramadhan.. dia tak suka..lagi best mama masak katanya..memang susah la nak ajak abah pergi bazar... bagus ajak dia pergi pasar pagi..beli lauk-lauk basah... Aku yang pemalas pulak, baik pergi bazar..tunjuk jea apa yang nak..dengan kuasa halilintar. semua dapat..hahahahahha...

Walaupun jam baru menunjukkan pukul 9.45 pagi..aku tetap nak ucap..SELAMAT BERBUKA YEA KENGKAWAN!!




Wordless Wednesday: NinaAz Cookies Edisi Tanakwagu Berjubah


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Monday, August 1, 2011

"Aku Permata"



Terdampar jauh dihempas badai kuhanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau kutempuh dalam mencari jawapan
Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
kuberanikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya
Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan

Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar

Lirik lagu- Aku permata (Salma Mentor 5)

~Layan lagu ni sambil teringatkan gulai tempoyak ikan patin yang mama masak..hukhukhuk~