KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, November 17, 2011

HERBALIFE di serata DUNIA!

Assalamualaikum....Halo readers!

Ramai yang duk tanya aku, APA TU HERBALIFE?.. Bagus kea HERBALIFE? kenapa aku tak pernah dengar pun pasal HERBALIFE sebelum ni?..bla.bla.bla.

Macam2 lagi lontaran soalan2 yang di tembak pada aku.

Aku kenal HERBALIFE masa kerja dekat MYDIN MALL ogos 2010. Sambil duk kira2 duit orang (cashier la katakan), sambil duk jeling2 dekat distributor HERBALIFE kat depan kaunter aku. Diorang open table betul2 depan kaunter aku. GILER TERUJA kotttt aku time tu.. TAPI, hati masih lagi tak terbuka untuk mencuba try test produk HERBALIFE ni.

Cerita mydin berlalu begitu saja. kemudian dalam MEI 2011, Aku terjumpa blog seorang distributor HERBALIFE jugak. aku KEMBALI TERUJA dengan produk HERBALIFE. memang teringin giler bangang laa nak guna produk tu.. TAPI, sawoku tak bagi, dia kata BAHAYA LA, BOLEH PERCAYA KEA? PENIPU TU.. ALA TAK PAYAH LAA, HABIS DUIT JEA, HIDUP JUGAK PUN.. hhaaaaaaa...tu diaaaa! kemain negatifnya pemikiran sawoku time tu!

cerita blog tadi senyap begitu saja... sampailah aku tengok kawan aku kat FB duk cakap pasal HERBALIFE..bla.bla.bla.

Dari situ..aku nekad, MATI HIDUP BALIK pun! aku nak jugak makan herbalife!!! aku tak kira.tak kira [guling-guling]

Alhamdulillah.. aku sangat2 bersyukur. sikit pun tak menyesal. dua bulan dengan HERBALIFE aku rasa banyak dah improve tentang diri aku, lagi2 dari segi kesihatan. Alhamdulillah, cepat letih, tak de tenaga, sakit kepala, gastrik,, semua slow2 berkurang..SYUKUR SANGAT2!..

CUBA guna produk, InsyaALLAH, anda akan rasa sendiri kesannya! TRUST ME!

HERBALIFE ni adalah produk INTERNATIONAL. lebih di 73 Negara, di enam benua.. memang dah FAMOUS AMOUS DAH KAT MERATA DUNIA ni..cuma kat MALAYSIA orang masih lagi tak nampak betapa hebatnya HERBALIFE ni!

ha, tengok ni, kemain besar lagi warehouse HERBALIFE kat California ni.

jangan tak tahu... ramai atlet2 negara yang guna HERBALIFE sekarang ni. . . walaupun diorang dah fit bagai, tapi still lagi guna HERBALIFE untuk nutrisi dalaman dan makanan yang seimbang seharian! CAYALAH!


nAH! MESSI pun guna HERBALIFE you! wow! pemain bola termahal di dunia ambik SHAKE? are you kidding? AHAKS! i'm serious OK. =)

" I USE HERBALIFE PRODUCTS ON AND OFF THE FIELD FOR ENERGY AND FOCUS. THAT WAY I CAN PLAY MY BEST GAME" - Lionel Messi

So? apa lagi!

Mulakan Hari Anda Secara Terbaik dengan SHAKE yang menyihatkan!! TRUST ME! you will LOVE it! =)

NinaAz - 019-9594525

Papai!!




Tuesday, November 15, 2011

Berusaha untuk BERJAYA

Assalamualaikum.. Halo readers!!!

Untuk berjaya, kita harus berusaha. YES! Usaha tangga kejayaan, tanpa usaha, kita tidak akan berjaya, walaupun ada tangga sekalipun, kalau kita tak berusaha untuk naik ke puncak walaupun dengan cara merangkak, meniarap, mengengsot dan segala bagai.. kita tak akan mampu berada di puncak!! [eh! apa aku cakap ni, faham tak?]

Macam mana nak berjaya? Masing-masing ada akal fikiran yang di kurniakan oleh ALLAH.. untuk itu, gunalah sebaik2nya..

Yang paling penting, kita jangan mudah berputus asa, Tak kira dalam apa jua keadaan sekalipun. INGAT!! jangan mudah berputus asa,! jangan mudah mengalah!! apa impian kita, apa matlamat kita, itulah hala tuju kita!!

Nak dapatkan sesuatu, kita akan hilang sesuatu.. hurm.. tak pe. tak pe. yang penting, apa yang kita hilang tu, akan menjadi dua kali ganda di masa hadapan. bak kata pepatah, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

InsyaAllah, betulkan niat, InsyaAllah, kita mampu merubah segalanya!!!! - MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI =)

IKLAN BERGERAK... =)

TESCO CHERAS

TAMAN TASIK TITIWANGSA (agak berpeluh JUGAK untuk jumpa tempat ni, walhal hari2 lalu, )

STARBUCKS BERJAYA TIMES SQUARE (misi menyebarkan nutrisi yang sihat selepas layan movie IMMORTAL - TAK BEST )

TERUSKAN USAHA.. INI BARU PERMULAAN.. ORANG YANG BERJAYA SEKARANG PUN BUAT MACAM YANG KITA BUAT SEKARANG!! YES!! WE CAN

Papai!!



Saturday, November 12, 2011

KEPUTUSAN DI TANGAN ANDA!!!

Assalamualaikum ... halo readers!!!

MOTIVASI UNTUK DIRI SENDIRI DAN UNTUK SEMUA YANG INGIN BERJAYA..

Setiap kejayaan mesti ada usaha yang gigih. Tak ada kejayaan tanpa usaha, tak ada wang datang bergolek tanpa mengenal erti penat lelah. Usaha dan langkah kita pada hari ini, akan menentukan sapa kita di masa hadapan. Jika kita inginkan sesuatu yang luar biasa, langkah kaki kita pun haruslah LUAR BIASA.

Jika hari ini aku melihat ramai orang yang berjaya, terdetik di hati MENGAPA TIDAK AKU? TAK BOLEH KAH AKU? KENAPA DIA BOLEH BUAT? ... kesimpulannya, jika orang lain boleh berada di puncak.. AKU PUN BOLEH!!!!!! cuma masa yang akan menentukannya..

Hari ini, akau akan mulakan visi yang baru, dengan kekuatan dua hati, InsyaALLAH...

Mulakan langkah yang pertama ini dengan penuh keyakinan!!! sekali kita ke depan, jangan sekali2 kita berundur ke belakang. NON STOP HERBALIFE!! WE BORN TO BE A WINNER!! AND WE HERBALIFE

Doakan kami berjaya...berada di puncak kejayaan..!! =)

Papai!!




Friday, November 11, 2011

Annual Lunch Connaughtian

Assalamualaikum.. Halo readers!!!

Entri dimulakan dengan santapan aku pada tengah hari tadi. Ada TERLIUR tak? ngeh.ngeh.ngeh - nampak tak kek coklat ala2 TIRAMISU KOTTTT.... yang tu sedap, ikutkan nafsu, maw berkali2 aku pergi ambik, tapi ingatkan jumlah kalori yang ada, SABAR.SABAR =)

Tak ada apa yang menarik untuk dikongsi bersama. Sekadar MAKAN-MAKAN. Makanan kat tempat ni BOLEH LA TAHAN... =)

cekidout! SIFU-SIFU SMKTC yang sedang bersuka-suka, makan memakan =)






Papai!!!




CELOTEH 11.11.11

Assalamualaikum.. Halo Readers!!!

Lalalala...Selamat pagi korang. Readers2 ku yang tersayang.. silent readers ku yang tercinta. Terima kasih kerana sudi menerjah belog TAK HOT tapi GILER COOL.. hehehe..

Entri pepagi ni adalah entri aku tanpa motif. kosong dalam kepala, dan memang aku tak tahu apa yang aku nak taip, cerita dan ulas sebenarnya.

Oleh kerana yang demikian =) tarikh hari ini sangat cantik, aku pun mengepost la entri ni, supaya ada jugak dalam belog aku entri yang aku buat pada 11.11.11

WOW!! cantikkan??? BAJET nak kena merisik 10.10.10, nak kena bertunang 11.11.11 dan nak kena berkahwin 12.12.12 , tapi tak sampai seru lagi kaaannn.. nak wat cam mana..tak terbuat la gamaknya..HAHAHAHA.. tapi masa 09.09.09 tu memang tarikh cantik giler la kan. lagi2 terkena pada tarikh kelahiran aku. MUAHAHAHAHA XD

Selamat hari JUMAAT kengkawan. semoga hari ni kita diberi rahmat dan keberkatan oleh DIA YANG MAHA ESA. amin.amin.aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!.

Apa aktiviti korang hari ni? aktiviti aku hari ni agak gempaq sikit la. walaupun korang tak nak tahu apa yang aku nak bagitau. aku nak bagitau jugak..ha.ha.ha.

Apa yang paling best hari ni, pepagi lagi aku dah masukkan nutrisi yang secukupnya dalam badan aku, dengan harapan, badan aku akan LEBIH sihat dan bertenaga INSYAALLAH. apa yang paling best jugak, hari ni FIRST time aku cuba campurkan SHAKE dengan JUS EPAL. sebelum ni SHAKE + AIR KOSONG SAJA (air kosong paling rendah kalori), PERGH!! memang sedap gegila. meremang bulu roma aku minum shake ni. 2 saat lesap. dan aku rasa lebih sihat dan bertenaga!! ha.ha.ha

Apa yang paling best hari ni jugak, tengah hari kang aku ada ANNUAL LUNCH bersama2 dengan sifu2 SMKTC. Annual lunch yang pertama sepanjang aku berkerjaya. yeay! tepuk.tepuk.tepuk.

Ada yang lagi BEST.. mestilah best sebab dapat makan sedap2!! wowowowo.. tapi mesti ingat.. bila makan terlebih, banyak benda yang tak best masuk dalam badan, lelemak, kalori yang banyak dan segala bagai bendasing. Tapi, aku tak perlu risau semua tu.. sebab aku ada......
.
.
tadddaaaaaaa.......
[Tea mix yang luar biasa hebat. dapat membantu membakar kalori yang tidak berguna yang ada dalam badan kita, juga memberi tenaga yang LUAR BIASA HEBAT!!]

sehari aku kena habiskan 4 liter air ni. satu botol tu bersamaan 2 liter, so sehari dua botol laa.. tapi aku bedal 3 botol. sebab tea ni BESSSSTTTTTT SANGAT2!! bukan calang2 TEA taw!!

Ok. tu je la kot CELOTEH 11.11.11. AHAKS!! korang pulak apa aktiviti gempaq hari ni?? CE CITE CE CITE..

OK! papai!!!




Sunday, November 6, 2011

Kek Karamel Aidil Adha

Assalamualaikum...halo readers!!!

Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat menjalankan Ibadah Qurban. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah S.W.T

Kesesakan lalulintas semalam agak teruk. Tak sangka, ramai jugak rakyat jelata Negeri Kelantan pulang ke kampung halaman. bajet jalan lengang, aku silap percaturan. =) . Alhamdulillah, aku selamat sampai setelah 11 jam perjalanan =).. oh! HOME SWEET HOME!!

Semalam tolong mama buat kuah kacang untuk dimakan bersama nasi impit. nasi impit yang mama buat memang terbaik! padat, cepat, lazat dan segala2nya OK! HEHEHE..

Dalam kemalas-malasan selepas tolong mama semalam, aku buatla jugak sebiji kek untuk santapan pagi raya ni. Disebabkan kerja tak ikhlas, kek tak berapa nak gebu sebab aku terlupa masukkan gula sebelum tepung gandum! AHAKS! -> PADAN MUKA AKU. [tapi still sedap, giler cool]

Sebab tak puas hati, hari ni aku buat lagi. kalau semalam tiga warna [kuning, purple, biru], hari ni aku buat tiga warna jugak iaitu merah, kuning, hijau [traffic light gitu!] - Buat dengan penuh keikhlasan, kasih sayang serta kejujuran =D

Terima kasih pada kak AZLITA sebab berkongsi cara bagaimana nak buat kek yang sedap ini. kalau korang pun nak rasa jugak, meh datang rumah aku sekarang, atau cuba try test resepi ni.

KEK KARAMEL AIDIL ADHA

Bahan-bahan :

Untuk gula hangus - 2 sudu besar gula

Untuk karamel:
200g susu cair
70g gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 biji telur

Untuk kek 1 :
70g gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air
45ml minyak [aku guna minyak mazola]

Untuk kek 2:
140g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik

Untuk merique:
6biji putih telur
70g gula kastor
1 sud teh krim of tartar [aku tak letak sebab malas nak keluar beli =) ]

Cara-caranya:

1) mula-mula goreng gula sampai hangus dalam loyang yang korang nak buat kek - biarkan sejuk [gula tadi akan jadi keras]

2) untuk karamel pula, kacau kesemua bahan karamel tadi sampai sebati, [guna garfu je] kemudian masukkan kedalam bekas gula yang hangus tadi - ok, siap langkah pertama, jangan usik, duk diam-diam

3) Untuk kek 1 - Pukul kesemua bahan kecuali gula. pukul sampai putih, lepas putih baru masukkan gula. lepas masukkan gula, putar lagi sampai naik 1x ganda

4) Masukkan bahan kek 2 tadi kedalam adunan kek satu. kacau dengan kaedah kaup balik. jangan putar yea. JUST kaup,balik,kaup,balik sahaja =) - ok siap langkah kedua. duk diam-diam kejap

5) Untuk merique, pukul semua bahan hingga kental, sampai gebu. bila korang terbalikkan, tak jatuh pun. LUAR BIASA HEBAT =) - bila dah kental, masukkan dalam adunan kek tadi, guna kaedah kaup balik sampat semuanya sebati. buat dengan tertib =)

6)Bahagikan adunan tadi kepada 3 bahagian mengikut warna kesukaan anda

7) Sudukan setiap bahagian sebanyak 3 sudu besar dan masukkan kedalam loyang yang ada karamel tadi. [ memula aku buat 3 sudu, pastu bila dah separuh aku buat 2 sudu dan last sekali satu sudu].

8) bila dah selesai, masukkan dalam loyang/bekas yang lagi besar, masukkan air dalam loyang yang besar tu [bukan dalam loyang yang ade kek yea] dan kita akan bakar dengan kaedah STEAM BATH.

9) Bakar dalam oven hanya menggunakan api bawah, 160 darjah selama sejam [aku bakar sampai tertidur. lebih sejam. nasib jaga, kalau tak hangus]

10) bila dah masak, sejukkan dulu dalam oven, biar betul-betul sejuk ok!

11) bila dah betul2 sejuk, aku ulang lagi BETUL-BETUL SEJUK, terus terbalikkan dalam pinggan yang korang nak letak kek tu [aku lap-lap sikit karamel yang cair tu, jan bagi kena kek =) ]

PAHAM TAK? hehehe..

Bila semua dah settle! inilah rupanya..YEAY! [letak lam peti sejuk sedap gak!]

JOM MAKAN!! RAMAI DUK NUNGGU NI



SELAMAT MENCUBA =)

[lose weight,Gain weight and RESHAPE. ASK ME HOW!!]

Papai!!





Friday, November 4, 2011

HERBALIFE is the BEST way!!

Assalamualaikum...Halo readers!!

Seperti yang dijanjikan dalam ENTRY yang lepas, kita berjumpa lagi di entry yang kedua ini yang berkaitan dengan LOSE WEIGHT, LOSE INCHES [ASK ME HOW]

Semalam ramai yang tanya aku: MACAM MANA? KENAPA? BAGAIMANA? DIMANA? BOLEH KEA? BETUL KEA?

Tentu korang tertanya-tanya kan? pekebenda laa yang aku merepek semalam. hekhek. Actually, aku bukan merepek, aku bukan main-main.seyes! apa yang aku cakap semalam semua betul..ceh.ceh.ceh. =)

Bila korang tengok gambar pada entry yang lepas, mesti korang dah tahu kan produk apa yang aku maksudkan tu?..kan.kan.kan??

YES!! betul tekaan anda! tepat sekali. 100 markah.tepuk.tepuk.tepuk.

HERBALIFE!!!!!!! I LOVE HERBALIFE.. dalam kepala otak aku sekarang ni. herbalife.herbalife.herbalife. obses giler pasal herbalife!

HERBALIFE adalah satu produk yang sudah lama bertapak di dunia ni. . International produk tuuuuuuu... berikan tepukan untuk Herbalife!. tepuk.tepuk.tepuk

Apa yang ada pada herbalife?

Yes! satu soalan yang cukup bijak.. Aku nak tanya korang balik. Korang sedar tak apa yang korang makan? korang tahu tak apa benda yang korang makan?

Protein haiwan?
Lemak?
Garam?
Gula?
Kolestrol?
Kopi?
Alcohol?
Pengawet?
Racun?
Ubatan? dan sebagainya..

Adakah anda sedar??? - aku jawab..TIDAAAKKKKKKKKKKK

Sebelum ni, apa yang aku makan, apa yang masuk dalam perut aku, aku main terjah jea. tak kesah langsung, benda yang berlemak kea, berkalori tinggi kea, dan segala bagai berrr kea.. sikit pun aku tak kesah. yang penting, perut kenyang, hati senang. .

Pernah tak korang terpikir.. Apa yang korang makan hari ni, adalah siapa korang semua 10 tahun yang akan datang?? penyakit tiga serangkai? kena potong kaki..bla..blaa.blaa... owh! takut!!

Ok. Berbalik pada soalan. Apa yang ada pada HERBALIFE?

Apa yang ada pada herbalife, adalah apa yang badan kita perlukan setiap hari

Protein
Karbohidrat
Lemak tak tepu
Vitamin
Mineral
Herba
Fiber
Air minuman

BAGUS TAK BAGUS? baik tak baik herbalife ni?? bak kata NABIL~ Lu pikir la sendiri..hehehe

Secara logiknya, bila kita makan makanan yang sihat. InsyaAllah. Badan kita akan menjadi sihat. Amalkan pemakanan yang seimbang. Makanan cerdik, untuk orang yang cerdik.

Nak tahu lebih lanjut tentang HERBALIFE? jumpa lagi di entry yang akan datang.

Papai!!