KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, December 23, 2012

Antara 10 Celaan Allah

Assalamualaikum... Halo readers!!! have you had your SHAKE today??

Antara 10 celaan ALLAH  berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia ialah:

1) GELOJOH KETIKA MAKAN : Sikap ini meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2) BANYAK BERCAKAP: Bercakap yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3) SUKA MARAH-MARAH: Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4) HASAD DENGKI: Sabda Rasulullah "Dengki itu memakan segala kebaikan" (riwayat muslim)

5) KEDEKUT DAN BAKHIL: Sifat kedekut menutup seseorang dari membelanjakan sebahagian daripada hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerukan.

6) BERMEGAH-MEGAH

7) CINTAKAN DUNIA: Sabda Rasulullah " Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari" (riwayat Bukhari dan Muslim)

8) EGO ATAU SOMBONG: sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara daripada orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat Maha Besar.

9) UJUB DAN SUKA BANGGA DIRI: Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10) GEMARKAN PUJIAN ATAU RIAK: Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jas dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Credit to: WHOLESALE-MART BUSINESS POINT SDN BHD dalam PERANCANGAN EKSEKUTIF ISLAM 2013 1434-1435H


Telur Separuh Masak

Assalamualaikum... Halo readers!!! have you had your SHAKE today??

Makanan kecintaan dot.dot.dot. Apa khasiat telur yang dimasak separuh ni yea?

Antara yang aku jumpa dekat google: 

- Perlindungan serta menjaga kesihatan jantung
- Perlindungan kanser

Aku ada jumpa belog yang review pasal khasiat telur nih. Klik link ni yea KAMEK MPUN TOK

Nak masak telur ni senang jea. Tak payah guna dapur pun. Cuma guna heater jea untuk panaskan air. pastu masukkan air panas menggelegak dalam bekas ni sampai penuh. sebelum tu letak la telur dulu, baru taruk air. Then tutup. tunggu la sampai air panas tadi bertakung dalam bekas kuning kat bawah tuh. :D

Aku actually tak suka pun makan telur yang lembik2 ni. huwaa.. tragis rasa nak telan. Tapi bila orang rumah suka, eh? org rumah?.. haha, aku pun suka la sekali. Tapiiii.. telur putih jea yang aku makan, yang kuning tu tak sampai seru lagi nak telan. huwahuwahuwa..

Letak kicap + pepper.. memang sedapppp


k bai!


Friday, December 21, 2012

Rungkas Pokok...

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Untung arwah atuk dulu suka menanam. Dapat jugak cucu dia ni makan buah-buahan tempatan free sampai laaa ni.

Banyak sangat pokok2 yang arwah tok tanam. Ada rambutan, durian, duku, langsat, dokong, pisang, salak pun ada. hehehe. Sekarang ni musim buah2an kot. sebab banyak sangat buah yang dah masak, terbiar sampai tak sempat nak makan. Banyak sangat. Atuk tanam belakang rumah jea, so senang laaa. bukak pintu dapur, terus nampak kebun..

Minggu lepas abang ajak aku pergi cari rambutan kat kebun atuk. Sekarang ni musim hujan, pokok pun licin, buah pun banyak luruh.. wisau aku bila abang cakap dia nak "rungkas" pokok tu. Korang tahu tak apa itu rungkas?

keistimewaan rambutan atuk ialah, kemanisan buahnya dan ketebalan kulitnya dan juga kebesaran buahnya. hikhik.. Serius puas hati makan....

Ni abang baru acah2 jea ni.... berguguran kat tanah duatigaempatpuluh bijik...


Ni dah banyak sikit. dah mula tekun carik buah rambutan..


Rungkas pokok sebab buah tinggi sangat, galah tak sampai. bila dah ada kat atas, baru senang nak pakai galah. ooo.. gayat...@_@...


Eh! mak jumpa durian seketul! tapi masham! dah boleh buat tempoyak..huuu!.

Rambutan yang masak ranum. merah menyala. sangat manis isinya.. banyak dapat woooo...




Yang ni pulak mak panggil Duku Tganu. Aku pun tak paham kenapa letak nama duku tganu. Diaorang cakap duku tganu ni manis. erm.. betul manis!..

Dapat sebaldi cukuplah. :D

Yang ni pulak namanya dokong. Aku lagi suka dokong dari duku dan langsat. Hari tu kitaorang memang tak ambik langsung buah langsat. aku tak suka sebab buah tu ada rasa macam kelat2 sikit, rasa pahit pun ada, pastu banyak getah. ;P

Tengok!!!! huuuu.. Ada brann?? sabar jea la abang oiiii.. aku pulak yang nengoknya rasa gerun!



Cuba teka! YANG MANA SATU DUKU, YANG MANA SATU DOKONG??



K bai!

Thursday, December 20, 2012

Aku memohon kepada ALLAH yang Maha Agung, Pemilik Arasy yang Agung, mudah-mudahan DIA menyembuhkanmu...!!

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Dah masuk hari ke-12 dah hari ni. Ya ALLAH, macam tak percaya pula.

Ingat lagi minggu lepas. Hari AHAD. Aku, abang dan adik aku bersuka ria join Majlis Pertunangan Timah. Balik rumah rest2... Petang tu dikejutkan dengan berita yang tak berapa nak sedap di dengar di telinga aku.

Malam tu jugak kami dicide nak balik Kelantan. Bincang dengan adik aku yang duk belajar Melaka. Tunggu dia naik bas ke KL. Tepat jam 1 pagi, kami terus bertolak balik kampung. TQ abang sebab drive malam2 + pagi2 buta.

Hari Isnin baru pergi jenguk Abah kat Hospital. Time tu abah dimasukkan di Wad 7 Selatan. Hari Selasa dalam jam 4 petang, abah di masukkan ke ICU. Dalam jam 11.25 malam, abah di bedah. Dekat dua jam, Alhamdulillah. Abah selamat di Bedah.

Sampai hari ni, kami masih menunggu abah. Dalam hati. hanya Allah jea yang tahu... Semoga Allah sembuhkan Abah..

Malam pertama abah dalam ICU, kami semua bergelimpangan tidur di kaki lima ICU




Hari-hari yang seterusnya....



Budak kecik ni hari-hari datang tengok ayah long dia..Anak sedara Abah :)


Semoga Abah cepat sembuh, dapat balik rehat kat rumah. Minggu depan aku dah kena hadir mesyuarat kat sekolah. Cepatlah abah stabil betul2.. kalau tak, berat hati aku nak tinggalkan Kelantan...

k bai!

Monday, December 17, 2012

Wedding Review: I Love my LARGE family :D

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Weeeee... Inilah keluarga besar kami....

Gambar ni masa majlis akad nikah kami.. Tepi aku adalah mama aku, tepi abang, gama abang dan belakang tu adik ipar aku. :)  

Sebelah aku tu pula dua-dua adik ipar aku.


Reception day:


Bersama GAPA & GAMA :)


Keluarga besar belah abang. (^_^)


My MAMA & ABAH

Keluarga besar aku.. (^_^)


Sahabat2 sekalian, pembaca belog dan sesapa saja yang baca entry ni.. Hari ni adalah hari ke-7 Abah di ICU. DOAKAN ABAH SAYA, AZAHAR BIN ABDULLAH, SEMOGA ALLAH BERIKAN ABAH PELUANG UNTUK MENIKMATI NIKMAT KESIHATAN YANG BAIK... rindu abah... 

k bai!

Tuesday, December 11, 2012

Monday, December 10, 2012

Nak buang Blackhead yang degil?

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Rimas betul kalau ada blackhead kat hidung dan sekitar hidung kan? yaaa. memang rimas. Kalau belek2 muka kat cermin, tang hidung yang tak boleh blah. memutih jea kalau lama sangat aku tak belek. hikhikhik

Dah macam-macam produk yang tampal2 kat hidung aku guna untuk buang blackhead ni, tapi tak de memuaskan hati, lagi puas bila aku picit guna tangan. Kadang2 sampai luka aku kerjakan. hahaha

Lepas tengok product review dari belog cik Fatin Liyana yang femes ames tu, terus aku terjah HANSAEGEE NATURE then buat order. hikhik. Teruja tengok blackhead yang melekat dalam pic fatin tue.

Serius Blackhead suction nie memang best giler. Time pakai tu macam ada bau sikit. Bau sulfur kot. kikiki. Dia punya lekat tu.. pergh! memang betul lekat laaa.. betul kata Fatin, macam lekat dengan gam gajah. 



Lepas apply kat hidung lebih kurang setengah jam baru aku buka. Punya susah nak bukak. Beza sangat dengan produk yang pakai sebelum ni yang senang jea ditarik. senang ditarik tapi habuk pun tarak. Tapi sulfur blackhead ni walaupun susah nak tarik, tapi dia punya lekatan blackhead tu... memang terbaik. :)

Lepas buang mende alah tu, kena apply Pore Stamp Serum pulak. Fungsi - untuk mengecilkan pori kat hidung. kira 2 in 1 la. After Sufer Blackhead Suffer, apply Pore Stamp Serum. Masa aku beli hari tu, Hansaegee ada bagi Free satu paket Platinum Mask. Sayang nak pakai. Sampai la ni tak pakai2 lagi.. hehe


Best taw koranggggg... baik korang cuba taw!!! Serius tak nyesal!

k bai!



Sunday, December 9, 2012

Majlis Pertunangan Fatimah & Muiz

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Alhamdulillah. One step closer. Tahniah Bekas Housemateku! Timah!. hikhik. Dah jadi tunangan orang dah ko yeaaaaa.... 

Hari ni kami join sekaki di majlis pertunangan Timah & Muiz. Seingat aku la kan.., ni la first time aku tengok orang bertunang. Serius! Masa sepupu sepapat aku bertunang, aku tak balik kampung pun, masa tu time belajar. Aku dengan abang pun tak bertunang. Sebab tu lah aku tak pernah tengok dan tak pernah dengar apa yang orang cakap masa majlis pertunangan. hikhik.. 

Untung Timah ada kakak ipar yang pandai main mekap2 ni.. :)

Tim dah siap mekap! Tengah menunggu rombongan meminang :)

Bunga tangan untuk si gadis. Bunga tangan yang boleh dimakan.. aummmm


Tengah syok2 bergedik posing sakan dalam bilik, tetiba orang suruh keluar nak sarung cincin. Tak sempat aku nak membontoti tim dari belakang. Segan wei nak lalu depan orang. macam aku pulak yang nak bertunang kang. hahaha. So, snap gambar tim dari tangga jea lah!

Ni barang hantaran untuk kedua-belah pihak (tema pink + purple! soo sweet...)

Pink - Dari pihak lelaki kepada pihak perempuan 





Purple pulak dari pihak perempuan untuk lelaki lorrr... :D






Sesi bergambar pulak. Cincin dah ada kat jari tuuuuuuu. Cincin disarung, tanda diikat. i'm single! but not Available! :D



Wohaaaaa... happy letewwww...






Bunga bertukar tangan pulak. eh!






Me and my coachee.. She lost 9kg oredy lorrr... :D


Me and Abang... hikhik.. ambik feeling tunang jap.. woooo~


Tahniah tim&muiz. Semoga jodoh berpanjangan hingga menjadi suami isteri yang sah. InsyaALLAH.



k bai!