KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 3, 2014

High Tea (Retro Theme) - Lucky Daddy :)

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today?? 


Beriya sungguh sawo aku nih dengan dia punya tema Hi-tea sekolah dia. Retro Theme katanya. Dengan rambut ala Afronya (rambut pelesu sekadar nak rilex santai seiring dan sejalan dengan tema, tiada niat lain pun - terima kasih buat yang mengingatkan kekhilafan diri ini. hehe), dengan baju petak2 tuck in tangan lipatnya, dengan suspender putih ala-ala wak doyoknya, seluar slack, kasut hitam bagai.. haha. Susah aku nak tengok suami nak ikut tema macam ni.. 

Selalunya.. "ala..pakai jea apa-apa".. "ala... mana-mana jea".. "ala... ikut tema buat apa?".. Haaa, cenggitu laa diaa. :D. Nasib baik semua tu senang nak dapat kat AEON Balakong (kat dalam tu ada satu kedai ala-ala Wak Doyok + 70'an punya style), kalau tak, jenuh nak memenuhi kehendak dia. 

Daffa pun tak nak ketinggalan... Nak jugak bergaya ala-ala 70-an. kikiki.

OOTD Daffa: BowTie Rompers by Trudy & Teddy
Testing rambut ala-ala afro paknya.

OOTD Daddy: Suspender & Kemeja petak-petak by R20 

OOTD Ibu.. nak jugak berootd. kwang3: Sequin Tutu Dress by Calaqisya 
Sequin Shawl by Zawara.

High Tea ni diaorang buat di Sri Pacific Hotel KL (tepi PWTC). Kira makan untuk lunch laa. Tapi lunch yang jenis betul-betul berat punya lunch. wakakakaka.. Ini kali kedua aku join program sekolah abang. Seronok dengan keramahan diaorang. Memang betul-betul peramah dan happy go lucky jea semua orang. 

Tak sangka laa pulak hari tu adalah hari bertuah suami aku. kikiki. Rezeki anak laaa ni kot! haha


Kerusi yang kami posing ni memang membawa tuah kepada kami. bahahaha~ 

Baru dua tiga hari lepas duk merungut pasal perfume dia dah habis, nak kena beli baru. Tup-tup dapat pulak FREE PARFUME!! CK lagi uolss. Teeeheee~


LUCKY CHAIR!!! Terima kasih Mantan Hem SMKSBU untuk tajaan lucky chair ini. :

Lucky draw pulak abang dapat Pan Non Stick. ngehngehngeh. Macam nak suruh bini dia rajin-rajinkan lagi berasap di dapur jea nie.. *larikkkkk* dan paling tak sangka, BEST DRESS for MEN pun suami aku dapat. bahahaha. nak tergelak pula rasa. :D


Baby Daffa pun dapat gift jugak. hikhikhik. Daddy first baby at SMKSBU

Ok. Iklan 2 saat. Kalau korang tercari-cari hi-Tea buffet yang superduper awesome, boleh la datang ke Sri Pacific. Highly reccomended. Hakak bagi 9/10 bintang!!!! Kenapa bukan 10/10?? Sebab aku tak sempat nak rasa semua!! Banyak sangatttttttttttttt... Meletop perut mak jemah!!


US! Daddy, Daffa, Ibu. Daffa dah lena dah time ni. Penat. Ramai yang duk hangkut baby daffa. Peminat ramai lah kononnya. haha
      

Majlis yang cukup santai dah happening! Ahamdulillah, perut kenyang suka hati. Jumpa lagi tahun hadapan SMKSBU. ngeee. Itu pun kalau abang masih disana. Dengar-dengar abang dah kena pindah sekolah. IYA KA?? AWAT CEQ TAk TAW nih????!!!!  

TQ for reading! K bai~  





Saturday, November 1, 2014

Review: Nutrimetics Magix Lip Colour

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 


Ini SERIUS! Tak pernah-pernah aku ada koleksi LIPSTICK sendiri. Tapi tahun ni, sempena tahun pertama jadi mak-mak ni tetiba berlipstick laa pulaaa kita... LIPSTICK FREE pula tu. kikiki. 

Alkisahhh.. Raya puasa yang lepas, aku adalah cuba pakai lipbalm yang adik aku punya. Brand? brand ni agak femes. Kalau google, berlambak-lambak orang buat review. kira brand yang bagus jugak lah. Harga? Murah jea, korang ada duit merah dua keping mampu sangat belinya. Memang aku jatuh hati dengan lipbalm tu. Tak ada kesan yang negatif pada lip aku dan aku selesa sangat pakai bendalah tu. 

Lip aku memang jenis yang sensitif tahap sederhana. So, aku perlu berhati-hati dalam memakai dan memilih lipbalm. Lipstik? Oh. Last aku pakai lipstik masa majlis kawin aku yang lalu. tu pun yang mak andam punya. Lipstik sendiri? memang dah bertahun-tahun nanhado, dan aku jenis kategori yang tak suka berlipstik bagai plus memiliki lip yang sensitif terhadap lipstik. 

Lepas raya, mulalah edisi jejak mencari lipbalm yang semacam sebijik adik aku punya tu. GUARDIAN ada jual. Tapi malang tak berbau, dia dah ugrade jadi bentuk lain dan upgrade tambah vitamin e katanya. Tapi, suka punya pasal aku cubalah beli, kot-kot lagi best dari yang lama.. kata upgrade vitamin e kann.. 

Sekaliiii. bila aku pakai. Dalam masa seminggu bibir aku jadi menggerutu. Dah la muka aku ni memang jenis yang menggerutu, bibir punnn nak menggerutu bagai apahal?. Hadoi. sadis betul. Bukan takat menggerutu, ada timbul bijik-bijik kecik macam pasir gitu kat bibir aku. Lepastu aku rasa semacam bengkak tebal jea bibir aku, dah macam bibir angelina jolie pulak aku rasa. wahahaha. Nasib. nasib. 


Balik kampung, aku ngadu kat mama aku. Mama aku pun apa lagi, iklanlahh dia punya lipbalm kat aku. Nah! pakai lipbalm ma ni. Ma dari dulu sampai laaa ni pakai lipbalm hak ni jaaa. tak tukar-tukar. Pakai lipbalm ni, pastu ma pakailah gincu. Aku pun jeling sebelah mata. Dalam hati, Alah ma ni. lipbalm ni lagi... nurimetics, nutrimetics. nutrimetics. hadoii... Nak tak nak aku cubalah pakai, kot-kot ada miracle kan. kikiki. Alhamdulillah. bibir aku kembali normal seperti biasa...wink3. Tapi aku tak beli pun lipbalm nutrimetics tu. tak kuasa heden. rasa macam old skul sangat. hahahhahaha.. pang!!! pelempang sedas. 

Berbalik kepada tajuk review diatas, mukaddimah panjang tak ingat. Nak dijadikan cerita macam mana aku dapat lipstik percuma. Adalah satu hari tu, aku ternampak dua ketul lipstik atas meja kawan aku. Bila aku nampak kotak tu tulis nutrimetics, aku pun menyibuk lahh, godek punya godek.. tanya punya tanya.. tup-tup kawan aku cakap, ambik ah, aku bagi kat kau. erk? bahaha. aku apalagi, orang dah bagi ambik jealah. hahaha. Dia suruh aku pilih antara dua lipstick yang dia ada tu, satu warna hijau, satu lagi warna oren kalau tak silap. Hijau yang kuminat :P 

Tadaaaa!!! Ini dia. NUTRIMETICS MAGIX LIP COLOUR! TQ Mazni! bagi iolls lipstick yang best gile nih. Muah ciked!!




Abaikan bergerigis-bergerigis itu. Kuat sangat sental kot sampai jadi macam ni. hihi

Magix Lip Colour ni sebenarnya ada tiga warna: Purple, Hijau Oren.. Warna tu tak memainkan peranan pun. Maksud aku, kalau korang pakai warna hijau, lip korang akan jadi hijau. oh. tidak.tidak sama sekali. Magix lip Colour ni dia ikut kita punya body chemistry. Ada orang, bila pakai, lip akan jadi merah makngah, ada orang biasa-biasa jea, ada orang luar biasa. Depends

So far! aku rasa inilah lipstick yang terbaik untuk bibir aku buat masa ini. Bibir sentiasa lembap, tak kering, tak menggelupas dan bibir tak jadi lebam.  Masalah bibir sensitif tiada lagi! Kini! bibirku merah senantiasa bersamamu nutrimetics! tudiaaaa. slogan kata. bahaha.


Magix Green Mint Lipstic User! :)


NUTRIMETICS MAGIX LIP COLOUR - HIGHLY RECCOMENDED! 


~ MURAH DAN BERBALOI ~  

TQ for reading! K bai~   




#SayaJual: Huda Long Blouse

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Produk baru dari DamHania!!! Blouse yang superduper awesome! 

Anda tercari2 Blouse yang labuh? Nursing friendly? Selesa? Tak panas??? Simple but NICE?? Saya ada jawapannyaaaa!!!! hehe. 

Memperkenalkan!! Huda Long Blouse by DamHania!! Blouse yang menepati citarasa anda. hehe 

Material: Dull Satin
SIze: S, M, L (rujuk gambar dibawah)




Untuk Order boleh la hubungi saya : 0193190117 (^_^) 

TQ for reading! K bai~    





Thursday, October 30, 2014

Makanan Pejal untuk Daffa: Cara untuk panaskan makanan beku bayi

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 


Dalam entri pertama yang aku buat berkaitan dengan makanan pejal ni - Avocado Puree, aku ada share berkaitan dengan macam mana nak cairkan makanan yang telah dibekukan. Masa tu aku hanya guna kaedah double boil biasa jea ( tak letak atas dapur) dan masa tu juga aku guna kaedah ice cube (puri dalam bentuk kiub yang comey lote). Ngeee. 

Kali ni pula aku nak share macam mana nak cairkan puri beku - masih lagi guna kaedah double boil, tapi letak atas dapur dan puri beku pula didalam freezer storage bag

Kalau korang ade beli warmer, selain panaskan EBM, korang boleh juga guna warmer untuk panaskan puri,. Tapi, aku lebih suka panaskan puri atas dapur jer. kikiki.  Lets cekidout!






1) Bubur nasi yang aku bekukan dalam storage box tu aku rendam dulu dalam air supaya senang bendelah tu keluar dari bekas. Dalam freezer storage bag tu ada puri pisang + epal + blueberry. Aku simpan puri tu dalam keadaan slim (walaupun aku fat - motif?), supaya senang nak handle bila nak cairkan puri tu. Kalau simpan dalam keadaan fat, susah bagi aku nak patah2kan puri beku tu. Betul tak? Ngeeeee... 

2) Masukkan bubur nasi dan puri yang korang patah2kan tu dalam bekas. Aku guna barang yang sedia ada kat rumah jea. Bekas besi tu kitaorang guna untuk buat air tea dan macam2 jenis air.. panaskan makanan anak pun boleh!. kikiki 

3) Kaedah double boil. Masukkan puri dalam 'cetong besi' (kata ore kelate) tu tadi ke dalam periuk berisi air - panaskan 

4) Makanan bayi anda sedia untuk dimakan! wink2





Ni masa mula2 aku bagi Daffa makan puri combo ni. hehe. Muka tak boleh blah. Suapan pertama 'ngetak bulu' (bahasa kelate), suapan kedua 'eiiii apa ni ibu???'. Suapan ketiga, 'erm, sedap jugak ni'. Last2, 'ibu! nak lagii (sambil pegang bekas)'.. bahahahaha!!~ 

Hari ni sudah hari ke-4 daffa makan combo set ni. Alhamdulillah. Tiada apa2 alergik mahupun alahan, u'uk pun keluar blueberry uollsss.. hahahahha. *statement geli, sori!!* kikiki. Alhamdulillah. He love it! and me of course happy overloadddd! ehehehee.



Anak ibu sekarang... 8 bulan. 
7 bulan dah pandai berdiri berpaut pada objek (tak kira objek apa, kaki daddy ker, perut ibu ker hapa ker, janji dia boleh berdiri. 
Sekarang! sedang berusaha untuk bangun berdiri sendiri. 
Ibu dulu 9 bulan dah jalan taw Daffa! 
cayok daffa cayokk!!! Anak ibu mesti sama macam ibu. kikiki... 
  

Ok korang!!. Daffa dah bangun tidur, jommmmm 'berperang'.. hehe

TQ for reading! K bai!!~     



Monday, October 27, 2014

Jambu Asam Boi

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Sejak Mangga Asam Boi menjadi HOT dan menjadi viral dilaman-laman sosial, aku hanya mampu untuk menengok saja. Sikit pun rasa tak ada perasaan untuk buat sendiri mangga asam boi tu, cuma, perasaan nak makan memang membuak2 dan setiap kali aku tengok mangga asam boi, tiap kali itulah air liurku merembes keluar. teeeeheee!!! Jahat taw uolss! buat i terliur. huh! 

So malam ni! terbuatlahhhh asam boi versi jambu batu special by aku. hakhak. Stok asam boi ada lagi separuh plastik besar, tahun lepas punya stok. hahaha. Tahun lepas aku suka buat ikan/ayam stim bubuh asam boi., tu yang beli satu plastik besar tuh. Hadap lah asam boi sampai pengsan. 

Senang jea sebenarnya nak buat bendalah ni. Tak sampai seminit dah siap, dan tak sampai seminit jugaklah licin. Tak sempat nak simpan lelama dalam peti oi! Kejap2 laki aku pergi dapur, kejap2 pergi dapur. Nampak jea dia nak kedapur, dari jauh aku tanya, NAK KEMANA BANG OI!!! CARI JAMBU LETTEW! SABOoooo lerrrr!!!. 

Last2 bila tahap kesabaran diluar batasan, aku ambik bekas jambu dalam peti tu, letak atas meja hadap sesama. hahaha. seminit lesap. Memang sedap weh! serius sedap. Tak caya korang cubalah sendiri yea! hehehe. 

Jambu + garam + gula + belacan + cili + asam boi + air masak (sedikit).




Masuk semua bahan tu dalam bekas, Gaul2 sekali harung, biar betul2 sebati. Lepastu simpan dalam peti ais. Pastikan peti ais dikunci dengan mangga supaya jeruk tadi dapat disimpan lama, kalau tidakkk, tak sempat nak peram dah licin oi! haha




Ada rasa air liur keluar tak? Kalau ada, wajib cuba buat! kikikiki. 

SELAMAT MENCUBA!~  

TQ for reading! K bai!~   




Makanan Pejal untuk Daffa: Great Combo - Banana | Blueberries | Apple | Potato | Sweet Potato | Carrot | Cauliflower | Butternut Squash

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 


Since Daffa dah masuk 8 bulan, ada beberapa makanan baru yang aku perkenalkan pada dia : Epal, Pisang, Kobis Bunga, Blueberry dan Butternut Squash. heee. Kira banyak jugaklahkan. 

Epal dan pisang bagi aku ianya tergolong dalam kategori buah yang manis. Daffa memang tak suka makan yang manis-manis. Dulu aku ada buat puri betik untuk bagi dia makan, sudahnya... puri betik tu berjaya diperam dalam perutku jua. haha. 

So kali ni, aku cuba campur pisang dan epal dengan buah dan sayur yang lain dengan harapan anak aku dapat makan dengan jayanya. heee. Bukan nak ajar dia supaya suka dengan 'manis', cuma aku nak train dia supaya suka dan tak memilih bila diberi makanan. 'Manis' buah katanya. Tapi ingat yea ibu2, untuk stage umur baby2 sekarang, NO SALT, NO SUGAR, NO Perisa tambahan. heeee. 

Semalam aku ajak sawo singgah GIANT dekat rumah. Semata nak beli stok makanan untuk Daffa. Asalnya aku just nak beli BEET ROOT, tapi betul2 aku terkejut bila jumpa BUTTERNUT SQUASH dalam Giant tu. Warghhh... Dah lama aku cari bendalah squash ni! akhirnya jumpa jugakk... Bila dah tersengih2 jumpa Butternut, terus hilang ingatan untuk beli beet root. hahaa. last2, benda lain yang aku beli!.. Tapi aku rasa tak de kot beet root dalam giant yang kecik secoet tu..



Sebelum ni aku dah pernah cuba bagi daffa puri pumpkin biasa tu. So aku rasa dia suka la jugak dengan butternut squash ni sebab tekstur dan rasanya lebih kurang sama jea (adik beradik pumpkin juga). Cuma yang bezanya, dulu aku buat LABU BAKAR, sekarang aku hanya KUKUS sahaja. YES! beza rasanya. Bagi aku, yang BAKAR lagi sedap!!!! hehe dan lagi satu, aku ada baca yang butternut squash ni lebih tinggi kandungan nutrisinya kalau nak dibandingkan dengan labu biasa :D 

Makanan pejal untuk Daffa kali ni aku rasa lebih meletop dari yang aku pernah buat sebelum ni. hehehe. memang betul2 GREAT COMBO! Memang sedap uolss! Aku pun rasa macam nak makan jea. Sambil2 buat untuk Daffa, sambil2 aku cuba sesudu dua tiga. haha. Cepat2 simpan dalam freezer takut habis masuk dalam perut mak dia :P 

Stok makanan yang WAJIB aku buat untuk daffa sekarang ni adalah bubur nasi. hee. Makanan rutin dan rugi :) 

Untuk semua buah dan sayur tu aku guna kaedah KUKUS. kecuali blueberry & Pisang (NO COOK)




BUBUR NASI / White Rice Puree 

Aku guna 'beras wangi' untuk buat bubur Daffa. Hanya ambik dua genggam beras dan masak dalam periuk atas dapur macam biasa. Bubuh air sampai nasi tu jadi bubur (beras ni senang untuk nasi menjadi bubur. hee). Blend dan masukkan dalam bekas untuk disimpan 

Puri Pisang




Puri pisang ni benda paling senang nak buat. Basuh pisang, buang kulit. potong2 pisang lepastu masukkan dalam freezer bag. Ziplock dan tekan2kan sikit pisang. Pisang kan lembut, so senang nak purikan. :) 

Combo Set - Puri Pisang + Puri Blueberry + Puri Epal 




Basuh Pisang, Blueberry dan Epal. Kukus Epal sahaja. Kisar Epal + blueberry + pisang (purikan) 

Combo Set - Puri Epal + Puri Butternut Squash + Puri Kobis Bunga (Cauliflower)




Basuh epal (buang kulit), kobis dan butternut (tak buang kulit). potong epal dan kubis. kukus semua. Butternut tu aku ambik isi pakai sudu, blend semua dan simpan  

Combo Set - Puri Kobis Bunga + Puri Epal + Puri Ubi manis 



Basuh Kobis, Epal (buang kulit) dan Ubi manis (buang kulit). Potong2, kukus. Blend dan simpan. 

Combo Set - Puri Lobak Merah + Puri Epal + Puri Ubi Kentang 



Basuh Epal (buang kulit), Kentang (buang kulit) dan Lobak merah (buang kulit). Potong2 kemudian kukus. Blend. Simpan  

Stok makanan Daffa kali ni aku simpan dalam freezer bag sahaja. Kaedah cuba jaya. Saja nak cuba adakah ianya praktikal ataupun tidak. heee. Selalunya aku KIUB kan sahaja dan simpan. So kali ni Aku guna Food Storage Bag (freezer & storage) brand GLAD. Ada jual di giant. murah jea. hee




Ekceli, ini adalah kerja orang malas. haha. Kalau orang yang rajin, boleh le purikan satu2, simpan. Bila nak makan, baru campur puri tu. Kerja aku sekali harung. haha. Rajin kan aku ? *mata keatas*.  

Hari ni aku dah start bagi daffa Great Combo (white rice + apple + bunga kobis + butternut)! wink2. Memang praktikal guna Storage bag ni (bagi aku laaa. hahaha). Senang jea nak guna, Patahkan jea banyak mana yang kita nak dan cairkan macam biasa. heee..


See! Sikit dah patah. bagi daffa breakfast hari ni. heee. senang jer!



Alhamdulillah. Daffa love it! like it!! Ibu Win! hehe


OK uolss! Hari ni dah bukan hari holiday. Mohle kita bersiap pergi kerja.Anak pun dah kenyang. Ibu pun senang. haha. kwang3.   

TQ for reading! K bai~   




Saturday, October 25, 2014

Daffa swim like a boss!

Assalamualaikum..  Halo readers! Have you had your SHAKE today??? 

Awal2 masa anak aku lahir dulu, kemain tak suka budak ni bila kena air. Asal time nak mandikan dia jea wajib aku berdebar2. Berdebar2 sebab takut plus risau, walhal bukan aku yang mandikan pun. hehe. Mana taknya, menangis bagai kena pelempang 2 das time mandi. hadoiiii. Daffa,daffa. 

Tapi sekarangggg... hah! time mandi memang time feveret. Mandi pulak dalam baldi. Tak rendam dalam baldi tak sah, bisingggg jea dia dengan bahasa yang dia sorang jea yang paham. membebel lah kononnya. Nak tak nak, aku bubuh jea dalam baldi, baru senyap. haha. mandilah dalam baldi kau nakkk. :D 

Plan untuk bawak daffa berendam dalam pool ni dah lama sebenarnya kitaorang plan. Last2, cuti deepavali ni jugak baru ada chance nak pergi. Short Vacation lahh lebih kuranggg. Dalam KL jea punnn... nak pergi swim dekat Maldives tak mampu uollss. bahaha

 
Muka tak puas hati sebab holiday dalam KL jea. kikikiki. Daffa with his fevret toys. turtle and cowWatch :P


OOTD Daffa Ezra: Swimming Suite (Jusco MidValley), 
Swimming Pampers (beli masa pergi Hippopo Spa, RM4 sekeping), 
Neck Float (Toy R us), 
Ducks toy (Toy R Us)

My Son excited! Ready to SWIM!!!

Welfie before swim!



Pool dekat Swiss Garden Residence ni ada 3. 1 untuk kanak2, dua lagi untuk dewasa. Memula daddy dia letak dalam pool kanak2. rendam kaki daffa dulu sebab anak aku ni selalunya kalau mandi aku memang mandikan dengan air suam. So takut dia terkejut maks! bagilah dia rendam kaki dulu. air kolam pepaham jelah sejuk dia macam mana kan. hehe. 

Lepas tu baru masukkan daffa dalam neck float. Tapi! punyalah membebel macam mak nenek plus goyang2 dalam air plus geleng2 dia punya float. Guess what??? Sebab dasar pool tu boleh dia pijak dengan kaki. So, tak sukaaalah diaaa!!! hadoiii... Daffa, daffa.

Kaki boleh sentuh dasar pool. ahaks!


Nak tak nak, bagilah dia masuk dalam pool dewasa. hehe. Barulah bertenang dengan enak sekali. Kaki pun dah boleh hayun sikit2.. yeay!! Gooooodddd boy Daffa! Nanti boleh le daffa ajar ibu swim2 pulak. kikiki :)


Daddy ajar  water confident. hahaha. Kelako giler tengok muka daffa time ni. hahaa

Swim dengan penuh bergaya. Like a boss. Tak suka orang dekat2 dengan dia. Bajet macam Pandalela lettewww!

Kesayanganku. Daffa with his lovely Coach :P



Second day, pagi2 buta lagi Daffa turun swim. Memang betul2 tak reti sejuk. hehe. Kali ni daddy masukkan dalam pool yang lagi dalam dari semalam. Kemain happy anak ibu. kaki dah kuak terlentang, tangan dah pandai kais2, sebelah kais sebelah pegang pelampung. haha. Masih lagi nampak kurang keyakinan disitu!! cayokkk daffa cayokkk!!





Daffa with his aunts and uncle and of course his coach! :)




Muka tak puas hati, orang lain dalam pool, dia dah naik atas. 



Memang betul2 short vacation. Agenda full dengan agenda anak sahaja. kikiki. Mohle kita kumpul duit duapuluhsen sehari menabung untuk bawak daffa swim di Maldives yea daffa. Lagi siokkkkkk!! 



Selfie. My family. Ibu Daddy Daffa. LOVE


OK uolls!!! eh jap, mana lagi pool yang menarik untuk dikunjungi ek selain private pool di lexis? mohle sharing.. hehe 

TQ for reading! Kbai~