KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 20, 2012

Aku memohon kepada ALLAH yang Maha Agung, Pemilik Arasy yang Agung, mudah-mudahan DIA menyembuhkanmu...!!

Assalamualaikum... Halo readers!!! Have your had your SHAKE today???

Dah masuk hari ke-12 dah hari ni. Ya ALLAH, macam tak percaya pula.

Ingat lagi minggu lepas. Hari AHAD. Aku, abang dan adik aku bersuka ria join Majlis Pertunangan Timah. Balik rumah rest2... Petang tu dikejutkan dengan berita yang tak berapa nak sedap di dengar di telinga aku.

Malam tu jugak kami dicide nak balik Kelantan. Bincang dengan adik aku yang duk belajar Melaka. Tunggu dia naik bas ke KL. Tepat jam 1 pagi, kami terus bertolak balik kampung. TQ abang sebab drive malam2 + pagi2 buta.

Hari Isnin baru pergi jenguk Abah kat Hospital. Time tu abah dimasukkan di Wad 7 Selatan. Hari Selasa dalam jam 4 petang, abah di masukkan ke ICU. Dalam jam 11.25 malam, abah di bedah. Dekat dua jam, Alhamdulillah. Abah selamat di Bedah.

Sampai hari ni, kami masih menunggu abah. Dalam hati. hanya Allah jea yang tahu... Semoga Allah sembuhkan Abah..

Malam pertama abah dalam ICU, kami semua bergelimpangan tidur di kaki lima ICU




Hari-hari yang seterusnya....



Budak kecik ni hari-hari datang tengok ayah long dia..Anak sedara Abah :)


Semoga Abah cepat sembuh, dapat balik rehat kat rumah. Minggu depan aku dah kena hadir mesyuarat kat sekolah. Cepatlah abah stabil betul2.. kalau tak, berat hati aku nak tinggalkan Kelantan...

k bai!

1 comment:

PUAN PIA said...

Nina.. napa gn ayah nina? semoga semuanya selamat k.. ayah nina cepat2 sihat k... semua nya ada hikmah, ini semua mendekatkan diri nina sekeluarga dengn Yang Maha Esa dan sesama kaum keluarga... bykkan berdoa..