Dah bosan dengan Apam, hari ni aku beralih angin pada kek pulak. Kek kali ni senang, tak payah nak putar-putar, juz kisar jea.. macam nak buat kek sarang semut. senang, jimat masa. Blend jea semua. within 10minutes, adunan dah siap!! Ni pun aku bernasib baik sebab Oren betul2 ada sebiji dalam peti ais, padahal semalam baru beli.. adoi! memang kuat makan la diorang ni.. =)
Resepi ni aku ambik dari blog Mat Gebu, ada lah satu bahan yang aku tambah dan aku up sikit sukatan gula tu,(resepi 1 cawan, aku up 1 suku cawan..kih3) kata orang, orang Kelantan ni suka manis2, ye dok aku tak taw! =P
ni diaa...Tadaaaa!!! Blended Orange Cake!
Bahan-bahan:
1) 1 biji oren
2) 1 cawan mentega cair
3) 1 cawan gula perang
4) 3 biji telur
5) 1 sudu kecil serbuk penaik
6) 2 cawan tepung gandum
7) 1 sudu besar sanquick
8) secubit garam
9) sedikit pewarna kuning
Cara-caranya:
1) Basuh oren bersih2, hiris dan ambik isi oren, buang segala benda yang korang rasa pahit, kulit oren tu pulak aku hanya ambik yang bahagian berwarna putih sahaja
2) mentega, telur, garam, sanquick, gula perang, oren, pewarna kuning-> Blended sampai hancur dan nampak telur tu macam kembang sikit, masukkan dalam satu bekas (jangan kejap sangat blend, nanti tak nampak gebu macam kek aku buat ni,,kih3, lagi satu, mentega cair tu kasi sejuk dulu yea)
3) ayak tepung + serbuk penaik, masukkan dalam adunan tadi, kacau sehingga sebati
4) masukkan dalam loyang, bekas atau apa2 sahaja, kemudia bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga betul2 masak 5) siap untuk dimakan!!
~SELAMAT MENCUBA!~
No comments:
Post a Comment