KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 9, 2011

Kerja kena Ikhlas!

Orang kata, kalau nak kerja tu biarlah ikhlas,, baru rezeki tu berkat.. Betul tak?? Kalau tak ikhlas sekalipun, janganla menampakkan sangat ketidakikhlasan kamu tu.. setuju?? hehhehe..

Dari kecik sampai besar tua bangka ni, takkan la nak duduk tongkat dagu pandang langit, tunggu mak ayah suap nasik lagi kot.. pandai2 la nak hidup. Pandai2 la cari rezeki sendiri.. Orang perempuan tak apa la kalau tak mahu cari duit pun, sebab orang perempuan akan kawin dengan lelaki, dan lelakilah yang bertanggungjawab untuk menyara hidup orang perempuan. Tapi kalau orang lelaki yang tak kerja, cari duit, macam mana??? tak kan nak bagi anak bini makan pasir kot..tak gitu?? muahahahaahxxx!!!

Duit-duit ni penting! sapa kata tak penting?? tak de duit jangan harap ko nak masuk tandas awam! jangan harap ko nak isi minyak dengan air telaga belakang rumah ko, jangan harap la ko nak buat apa pun.. betul tak? Tapi, duit-duit tu datang dari mana?? sumber dari mana? kalau korang cakap hasil titik peluh korang sendiri., ok la.. Tapi kena tengok jugakkan,titik peluh korang tu untuk yang halal ke yang tidak... hehe..

Kerja..Kerja apa yang korang suka?? mestilah kerja yang senang, cepat, mudah dan sedap! hehe, lagi satu Masyukkk!! betul tak?? Ala, kerja apa pun sama juga.. Yang penting! hati kena bersih, kerja kena ikhlas!! tu baru betul!!

Di Malaysia ni.. Macam2 jenis pekerja aku jumpa.. Di Malaysia jea la, sebab aku tak pernah jejak kaki ke luar Malaysia kecuali Thailand. Ala, Thailand dekat je pun dengan Negeri aku, kalau batuk pun boleh dengar.Muahahaxx!!

Ada jenis pekerja yang nampak sungguh tak ikhlas kerja, ada jenis pekerja yang..entahlah, nak kata tak suka orang beili barang dia..buat apa nak berniaga?? betul tak?? entah, aku pun tak paham.. tapi jenis pekerja yang peramah..memang bagus lah! walaupun belajar tak tinggi mana, tapi at least! diorang reti adab budi nak melayan pelanggan. AKu boleh puji la! kalau aku jadi boss, Sayang tu nak lepas pekerja yang macam tu.. =)

Pasal bab beli membeli ni, aku paling rimas kalau bab membayar... bukan rimas apa, rimas tengok tukang cashier yang jenis buat muka, ..aku senyum pun tak balas, barang aku pulak main campak2.. ingat aku ambik free kea barang tu??? Aku paham, letih la jugak kerja macam tu, sebab aku pun pernah rasa, tapi at least! Pelanggan kita kena hormat. kalau pelanggan tak ada, jangan harapla sesuatu perniagaan tu nak hidup~ kan??kann??kan??

Macam2 la kan.. macam2 ragam jenis orang ni.. biasalah, nama pun orang, manusia,.. bukan robot... Hurm~ Sabar jea la...

~Kacau jangan tak kacau | Mesti ikhlas kacau yea!~

Nasihat untuk diri sendiri : Apa pun pekerjaan yang kita lakukan, yang penting Niat kerana Allah, ikhlas untuk mencari rezeki yang halal .. InsyaAllah..Hidup mendapat berkat

Papai!









Tuesday, June 7, 2011

Wedding Ceremony ~Akmar & Azlan~

Majlis Perkahwinan yang terakhir untuk musim cuti sekolah pada kali ini.. Lega~ Pas ni aku dah boleh kembali bertungkus lumus untuk mendiet! Diet la sangat!!

Macam reunion geng2 Suksis la pulak ni... Hari ni Kawan satu platun masa zaman kegelapan dulu kawin. Memang gelap ah zaman tu. Mana tak nya, orang lain siap bawak payung lagi takut kena panas, Kitaorang?? haa..bawah matahari terik memancar tu siap kawad lagi.. terpekik terlolong..hehehe... Tapi sekarang sudah berada di zaman kecerahan dan berada di zon yang sedikit selesa.. =P

Alhamdulillah, dah sampai seru, kawin la kawan aku sorang ni.. Dua2 cikgu.. Satu sekolah pulak tu.. Jelesnya aku! =P Senang cerita satu sekolah ni.. yang tak senang cerita kalau lepas kawin, berjauhan.. sorang di KL, sorang di Sarawak.. ha..amacam BEST tak??? wawawawawa..Sadis!

Pasangan pengantin yang sama cocok dan sama padan
Pelamin dan barang2 hantaran
Sesi bergambar sebagai kenangan yang abadi
Sesi gossip setelah sekian lama tidak ketemu
Selamat Pengantin baru Akmar & Azlan, semoga hidup diberkati oleh yang Maha Esa~Amin!

Papai!



Kehidupan Bersahabat

Orang kata, berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Orang kata jugak, berkawan biar ramai-ramai, bermusuh jangan sekali. Aku akui la, memang betul kata orang tu. . Kawan ramai-ramai ni best sangat. yea la, kita hidup ni tak kan la nak duduk sorang2, tak kan la nak bercakap dengan dinding, senyum sorang2, silap haribulan, kalau orang perasan kita ni jenis senyum kat dinding, apa pulak kata orang..Mental ke apa?? Itulah hakikat kehidupan, hidup mesti ada kawan. Setuju?? ke ada yang jenis tak suka ada kawan?? <-- Pergi la duduk atas bukit sorang2..Muahahahha!!!

Hari ke hari, manusia kian membersar, dari kanak2, remaja, dewasa, tua. Selangkah demi selangkah kita lalui, dari sehari demi sehari, kenalan kita akan bertambah, kawan2 kita akan bertambah. Betul tak?? Zaman main sorok2, main masak2 kawan lain, masa tadika dapat kawan lagi, masuk alam sekolah rendah ada kawan lagi, sekolah menengah dapat kawan baru, matrik, Universiti dan alam pekerjaan,.. semuanya muka2 baru yang akan kita jumpa... Best tak dapat ramai kawan? tentula best kan.. Kalau yang jenis suka merantau tu, lagi seronok kalau tiap negeri ada kawan kan??kan?kan?kannnnnnnnnnnn????

Sedar tak?? dalam ramai2 kita berkawan, pernahkah kita paham dengan perangai, cara kehidupan atau sewaktu dengannya yang berkaitan dengan kawan kita?? Kadang2 kalau kawan setakat satu kuliah, satu kelas dan satu tempat kerja... tak de la sangat kita paham hati budi mereka kan, Ala, setakat gelak2, sindir menyindir, gosip tu biasa la kan..Tapi macam mana pulak kawan sebilik? kawan serumah?? Tentu kita tahu mereka jenis yang macam mana kan??

Betul la kata orang, lain orang lain ragamnya, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. tapi kalau rambut yang warna merah kuning tu macam mana pulak yea? apa-apa jea la, asal ada rambut, kalau tak de rambut, naye..adeh~ apa aku melalut ni..

Jangan kita ingat, manusia ni semua sama.. Dan jangan kita ingat, manusia ni semua satu kepala dengan kita. Yes! Berkawan itu best! ramai kawan sangat Best! Tapi sejauh mana kita menjaga hati kawan kita?? sejauh mana kita kenal hati budi kawan kita?? sejauh mana fahami kawan kita??

Bukan senang untuk bergelar sahabat sejati. Bukan senang untuk menjadi seorang sahabat di kala kegembiraan, rasai bersama, di kala kesusahan, harungi bersama. Sahabat yang sebegitu sukar dicari.. Tapi? Sahabt yang suka mengata dari belakang, senang sangat dicari..muahahahah!

Ya! Aku akui, aku pun bukan jenis kawan yang baik sangat pun. Aku ni jenis yang.. ntah la.. Kadang2 aku rasa aku nak bercakap, banyak la aku cakap, kadang2 bila aku rasa mulut aku ni macam berat jea nak bukak, diam la aku jawabnya. Aku ni bukan jenis yang peramah. Ada orang cakap aku ni garang..Muahahaha! garang kea? ntah la, Cara aku macam ni.. Nak buat macam mana, tapi aku tak de la pulak jenis makan orang, tak de la pulak jenis hentak2, baling2 barang.. Muahahahaha!!!

Orang cakap aku ni jenis serius.. Entah la.. Mabe masa aku tengah buat kerja, aku fokus, dan time aku tak sengih macam kerang busuk tu, mabe orang nampak aku ni garang dan serius.. adeh~ muka aku memang macam ni, mulut aku ni pun memang macam ni, suka sangat muncung kot, tapi Hati aku baik, Tak de la sama seperti apa yang korang fikir tu..Muahaha!! angkat bakul sendiri doe!

Kalau aku cakap kuat2 tu, orang cakap aku tengking, marah2 pulak..hurm entahlah. Aku ni anak sulung, biasalah, nama lagi anak sulung, aku lah boss!! hehehe.. kalau suara aku macam ayam yang esok nak mampos tu jawabnya entah hape2 la adik2 aku, kalau macam singa betina lapar tu, ok la sikit kan...

Ada orang cakap, aku ni jenis yang skema.. adeh~ SKEMA? apa tu? apa maksud skema?? hehe. entahlah.. Aku kalau bab2 mengarut, nombor satu la.. lagi2 kalau jumpa geng.. best wwooo..melalut, mengarut tak tentu pasal, gelak pulak kalah pontianak. betul aku cakap. Tak kenal maka tak cinta. Betul tak??

Setakat aku hidup 24 tahun 9 bulan ni, aku dah jumpa macam2 jenis manusia yang bergelar kawan/sahabat. macam2 ragam. macam2 ragam dah aku jumpa, kadang2 bila fikir balik, bila flashback balik, aku gelak sorang2.. kawan yang menyakitkan hati,kawan yang menggembirakan hati, kawan yang mencuit hati, kawan yang time susah dia lari..Argghhh!! pendek kata, semua jenis kawan la aku ada. korang nak jenis yang macam mana??? A-Z aku boleh cakap.

Nasihat untuk diri sendiri.,, Jadilah kawan yang terbaik, fikirkan yang positif dan hindarkan negatif.

~I love My Friends!~
Papai!



Monday, June 6, 2011

Wedding Ceremony ~Akmanirah & Maliki~

Alhamdulillah, Selamat sudah kawan aku sorang ni jadi bini orang..hehe..Aku jeles! adeh~ asyik jeles jea ni..hehehe.. Akhirnya setelah sekian lama bercinta cintun, bersatu jugaklah cinta mereka berdua. Gembira untuk kamu berdua.

Hari ni janji nak pergi kenduri jam 11 tgh hari, yea la, kalau boleh aku nak tengok kawan aku ni sebelum dan selepas mekap, bajet nak duk tepi pengantin la konon, last2, jam 4 ptg baru pergi sana, kesian kawan aku wanis yang setia menunggu. hehe, sowi yea. hari ni aku terBZ pulak, BZ mengalahkan Supplier stok KFC pulak..adeh!

Bayangkan?? Hari ni 3 Supermarket aku ronda semata2 nak cari Jus oren brand Peel Fresh. Adeh, nak stok 10 liter ( 1 paket = 1 liter) tapi hanya ada stok 1 liter jea, betul2 tinggal satu liter. adeh~ laku bebenor! tahniah Peel Fresh! brand anda memang best~ berbaloi2.. kayo2! hehehe

Lepas tu pulak, tetiba jea gedik ni aku nak pergi buat facial, bajet sempat la sebelum jam 2, last2 jam 3 baru siap, hadeh! rosak plan kenduri.. jam 4 baru gerak. tak sempat nak tengok kawan aku dengan pegawai polis n bersanding..hehehe..

Sekarang ni musim kenduri, banyak betul benda alah ni aku tengok.
Dulu main pacak bunga mangga, cucuk2 dengan betik, ikat di kayu, letak jea tepi jalan. sekarang zaman dah berubah, pattern baru la pulak..hehe,, nanti aku kawin, aku nak letak kain rentang besar2 boleh? tak pun aku buat papan iklan besar gedabak macam kat highway tu.. boleh? muahahahah! gila eh!

Cantikkan pelamin ni, warna pun cantik, kenapa yea kalau kenduri kawin mesti ada pulut tu? kalau tak ada, tak boleh ek?
pasangan pengantin yang sama cantik, sama padan...
Bergambar bersama pengantin sebagai kenangan abadi~
sebelum aku habis bercuti ni, aku ada dua lagi kenduri kawin......bersabar jea la yea perut dan lemak2 sekalian,, Nampaknya, akan ada lemak2 yang bertambah,. Yea la kan, kalau sehari ada tiga kenduri, aku bukannya reti tengok jea makanan tu, walaupun perut kata tak nak..tapi mulut dan nafsu aku kata..NAK!NAK!NAK!NAK!NAK!NAK!... hahahahaha...


Selamat Pengantin Baru Akma & Maliki, Semoga Hidup kalian berdua diberkati oleh yang Maha Esa!!! Amin~

Papai!


Friday, June 3, 2011

Wedding Ceremony ~Zainab & Fakrurrazi~

Akhirnya...Cinta Bersatu ♥ | Aku hepi untuk korang berdua..
Dari Sekolah Menengah sampai sekarang, akhirnya Bersatu jugak... Aku jeles ni!!! hehee.. Alhamdulillah...

Jemputan kedua pada hari ini ialah rumah Nac... Seronok bila dapat jumpa kawan2 lama, cikgu2 masa sekolah menengah dulu... macam reunion la pulak.. Apa lagi bila dah jumpa, gosip la kerjanya. Biasalah, perempuan..

Perkataan pertama yang aan muncul.. "weh, ko bila lagi???" dan biasanya aku akan jawab.. "Aku tunggu semua kawan2 aku kawin, baru aku kawin".. Muahahaha!!! jawapan tak boleh blah. Padahal kalau boleh esok nak kawin! gedix! hahaha

Ni budak dua orang ni, memang banyak mulut, ada saja benda yang nak di gosip, di cerita, seronok aku dengan diaorang ni, dari dulu sampai sekarang, tak ubah2.. yang berubah ialah keadaan fizikal..hahahahah,,

(dari kiri) My cikgu!! Cikgu Sejarah! aku suka cara dia mengajar aku dulu, biasa kalau matapelajaran sejarah, memang tak boleh bukak mata, tapi, cikgu ni telah berjaya membuatkan mata aku terbuka, .. =D
Memang kecoh la bila dapat jumpa member2 lama. Tapi semuanya masih single, biasala, orang yang single ni la boleh merayap, kalau dah ada laki,bini, anak.. susah pulak nak merayap macam kitaorang ni..jangan jeles!..hehehe

Mana pengantin ni?? borak sakan sampai lupa pengantin..hehehe.. Cantik kan pelamin ?? warna putih memang cantik berseri. baju pengantin pun lawa, warna pun lawa! oh!! Mak suka NYAh!!!!

Amboi,,nac,yupi..Gelak sakan nampak..SWEET!!


Wah! handbag GUESS!! aku jeles! Nak jugak (guling2, hentak kaki)


Cantik kan pic ni?? pandai kameraman tu snap.. kecian budak kecik tu terkepit..hehehe..

Selamat pengantin baru Nac & Yupi., Aku doakan semoga korang berdua bahagia selamanya..Amin!

Papai~



Wedding Ceremony ~Zulaini & Amir~

Mabuk daging !@#&&$$&&$%%((**...... Burrrr!!! Kenyang.. =D (sopan sikit)

Hari ni kepala aku sakit berdenyut2, mana tak nya ada tiga undangan kenduri kawin hari ni, tapi aku hanya sempat pergi dua tempat jea. lagi satu tak larat! muahahahaha!! perut pun dah penuh =/ lagi satu, jauh bebenor.. maaf yea sahabat. =(

Aku kagum dengan dengan kawan aku yang sorang ni.. Pelamin hias sendiri, baju kawin pun buat sendiri, sempat jahit manik lagi tu, bilik pengantin pun hias sendiri.. Wah3! memang bersungguh3 la.. Syabas10x, tak sangka pandai jugak ko jahit manik yea kat baju tu, lawa kemain. aku ingat mana la ko rembat.

Tema, kalau ikut pelamin ni, warna emas + putih.. Cantik kan??
Baju pun kemain lawonya, semakin kurus kawan aku ni.. jeles aku! wargh!!! hehe, baju ni mama dia yang jahitkan, manik2 bertaburan tu pulak, kawan aku sendiri yang jahit. Ambik masa jugakla nak siapkan manik tu dia cakap...
Barang hantaran ni pun dia gubah sendiri..
Sesi bergambar sebelum rombongan lelaki sampai.. =D
Gembiranya dia...Mr. Amir dah sampai.. =)
Lama jugak aku stay kat rumah dia. Nak tunggu rombongan lelaki punya pasal. Sampai jea rombongan, aku blah terus..

Selamat Pengantin baru Jue. Semoga Bahagia hingga ke anak cucu dan selamanya. Amin!

Papai!



Thursday, June 2, 2011

Blended Orange Cake

Puas hati betul aku buat makan kat home sweet home ni, Tak sempat aku nak NGAP, dah licin.. adoyaii... biasalah, adik beladik aku 7 orang, aku anak sulung, so ada lagi adik 6 orang.. muahahaha!!! tukang buat sorang, tukang makan 6 orang.. hurm, macam mana tuh??

Dah bosan dengan Apam, hari ni aku beralih angin pada kek pulak. Kek kali ni senang, tak payah nak putar-putar, juz kisar jea.. macam nak buat kek sarang semut. senang, jimat masa. Blend jea semua. within 10minutes, adunan dah siap!! Ni pun aku bernasib baik sebab Oren betul2 ada sebiji dalam peti ais, padahal semalam baru beli.. adoi! memang kuat makan la diorang ni.. =)

Resepi ni aku ambik dari blog Mat Gebu, ada lah satu bahan yang aku tambah dan aku up sikit sukatan gula tu,(resepi 1 cawan, aku up 1 suku cawan..kih3) kata orang, orang Kelantan ni suka manis2, ye dok aku tak taw! =P


ni diaa...Tadaaaa!!! Blended Orange Cake!

Bahan-bahan:
1) 1 biji oren
2)
1 cawan mentega cair
3) 1 cawan gula perang

4) 3 biji telur
5) 1 sudu kecil serbuk penaik

6) 2 cawan tepung gandum
7) 1 sudu besar sanquick

8) secubit garam

9) sedikit pewarna kuning


Cara-caranya:
1) Basuh oren bersih2, hiris dan ambik isi oren, buang segala benda yang korang rasa pahit, kulit oren tu pulak aku hanya ambik yang bahagian berwarna putih sahaja

2) mentega, telur, garam, sanquick, gula perang, oren, pewarna kuning-> Blended sampai hancur dan nampak telur tu macam kembang sikit, masukkan dalam satu bekas
(jangan kejap sangat blend, nanti tak nampak gebu macam kek aku buat ni,,kih3, lagi satu, mentega cair tu kasi sejuk dulu yea)
3) ayak tepung + serbuk penaik, masukkan dalam adunan tadi, kacau sehingga sebati

4) masukkan dalam loyang, bekas atau apa2 sahaja, kemudia bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga betul2 masak
5) siap untuk dimakan!!

~SELAMAT MENCUBA!~



Wednesday, June 1, 2011

Apam Kawiyan

Musim Apam gamaknya sejak akhir2 ni... Bagi aku, apam ni senang nak buat bandingkan dengan kek dan juga biskut., sedap pun sedap, lembut, gebu, sampai nak potong pun susah..Muahahahah!!!

Apam yang aku buat kali ni aku namakan Apam Kawiyan. hehe,, Kawiyan ni adalah nama tempat,yang terletak di Sabah, dalam kawasan Ranau. Kenapa mesti Kawiyan??? banyak lagi tempat2 yang lain kan?.. sebab Kawiyan ni adalah kampung Sawo aku,, dan InsyaAllah bakal menjadi Kampung aku suatu hari nanti.. (perasan doe!!)

Ok, dah2..jangan layan aku yang sememangnya perasan nie.. =D, Kalau sebelum ni aku buat apam dalam cup dan ada dot dot, kali ni aku masukkan dalam loyang, but ada tiga layer. Merah+coklat+kuning. -> perisa + pewarna suka hati

Ni diaa....Tada!!! Apam Kawiyan!!~
Bahan-bahan:
1) 5 bjiji telur
2) 270gm gula kastor
3) 300gm tepung gandum
4) 250ml susu segar
5) 1 sudu teh ovallete
6) 1 sudu teh esen vanilla
7) 1 sudu teh serbuk penaik
8) pewarna dan perisa yang anda suka =)
9) sedikit garam

credit to: sukesukemasak!

Cara-caranya:
1) pukul telur + ovallete sampai kembang
2) Masukkan gula -> pukul lagi
3) Masukkan esen vanilla -> pukul lagi
4) ayakkan tepung gandum + serbuk penaik + garam
5) ambik adunan tadi, masukkan gandum yang di ayak, diselang selikan dengan susu segar, gaul sehingga rata -> gaul sebati dengan senduk saja
6) bahagikan adunan kepada 3 bahagian -> masukkan pewarna + perisa
7) Aku buat tiga warna - Kuning, merah + perisa strawberi , serbuk koko + nescafe
8) setiap satu warna, kukus selama 10 minit, bila dah agak dah masak, masuk adunan yang seterusnya sampaila adunan ketiga..9) Ok! siap!! boleh dingap begitu saja~~~
~SELAMAT MENCUBA!~



Pulut Durian!!!

Versi kecek kelate:

Halo la weiii!! Pulut duye.. Lama doh aku tegehl nak make bedo'oh! Taun ni gak banyok kali doh aku duk ngide nak make pulut duye ni, tapi gak hajat tok sapa sokmo, duye pun jare jah setuh, kalo make pun sute duo jah nyo,, tok puah wei lagu tu! mugo gak aku ni hatu duye..muahahahaah!!!!

Jauh aku duduk KL nuh, buke buleh make po dok dhumoh ni, dok dhumoh gapo nok make ado lako,,Marin aku g derak Billion ngn abah aku, hajat ati nak g beli hadioh ore nikoh jah, kaba2 abah g beli duye sute. banyok ulah jugok la duye tu, doh la kuning lehe.. liyur molek aku tengok, pah tu abah beli berah pulut, nak suruh ma kelik tanok pulut rumah, mugo demi tahu aku ni gak berehi benar la pulut duye ni..=) terharu weh segho!!

Male dengan pelahak aku gomo pulut duye! sedak buke main, kalo tok KFC ko, Nandos ko, McD ko, aku tolok tepi lako ni, aku pilih pulut duye no 1.. hahahaaha....

sene jah nak wat pulut duye ni,, tanok pulut sapa segho lembut, pahtu cari nise, pahtu peghoh nyo biar tubik sate..sate tu keno capur ngn air panah sikit sebab pekat kan, pahtu takut berona peghut laa.. letok garam sikit biar segho sedak,, pahtu gak, woh duye jah laa... tu jah la bahan2 nak wat pulut duye..hehehe...
Pahtu gak, biar cukup lekak semo, bubuh lako2 atah pingge, make jah laa!!! sedak wei!! sedak!! sedak sapa jilat jari2,,,hehehee..

~Sedak ni wei! try ah!!~
papai!




Tuesday, May 31, 2011

Wedding Ceremony ~Aziha & Sabar~

Bermulanya cuti penggal 1, hari ni bermulalah hari yang pertama bagi aku menjejakkan kaki ke majlis kenduri kawin..muahahahaha!!! ramai bebenor sahabat2 aku yang nikah cuti2 ni, jeles weh! bila turn aku ni?? adoii...sabar2!! hahaha...

Seronok bila dapat hadir kenduri kengkawan ni, lagi seronok bila dapat jumpa member2 lama zaman budak hingusan dulu..muaahhaahhaa..sampaikan aku tak kenal kawan aku dulu,, makin meletop cun melecun depa sekarang ni.. aku jugak laa style lama, style kampung la katakan.. kampung gunong, bukan atas gunong, tapi tepi gunong..muahahahahaha!!!!

Kad kawin belambak sampai kat rumah aku.. Alhamdulillah..ingat jugak kawan2 aku kat aku ni yea.. yang tag kat FB tak kira la ramainya..tapi, aku rasa, aku hadir tuk yang ada kad jea la gamaknya.. tak sempat pergi semua.. tarikh sama jea aku tengok...kalau sempat aku pergi yea kawan2.. =)

Kawan aku ni aku panggil dia g-ha, kawan masa belajar kat Wataniah dulu, last jumpa masa ambik result SPM la. pastu masing2 bawak haluan sendiri, dan pada hari bersejarah ni, maka aku dengan bangganya menghadirkan diri..muahahhahaha....

Cantik dia punya tema warna, oren+putih! mak suka Nyah!! =)
Ni la kawan aku,, Aziha@g-ha | wei mak cik, mana ko tengok tu.. tu haa,, kamera depan tu =PNi la husband sehidup sematinya..en. Sabar, orang jauh ni., orang Pahang!Sempat gak aku curik masuk bilik g-ha, snap pic tempat beradu, muahahaha!Lama tak jumpa kawan2 lama, time kenduri ni la dapat jumpa, macam reunion la pulak, semua dah bekerjaya, Alhamdulillah.. dan semua masih single kecuali g-ha! Muahahahaha!!
ni setiausaha peribadi aku a.k.a drebar aku,,, muahaha! bergambar bersama pengantin!

Selamat Pengantin baru G-ha, semoga cepat2 dapat baby yang comel macam aku,, hahhaa,, semoga kekal selamanya, bahagia dan diberkati yang Maha ESA! Amin~

Papai!