Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Ahad lepas aku ingat nak buat stok bubur untuk daffa. Sekali.... nasi aku hangit daaa.. bukan setakat nasi sudah menjadi bubur, tapi bubur sudah menjadi kopi pahit cap kelapa layar. haha. punya laaa bangang ibu ni. XD
Walaupun hangit, aku try la jugak test, kasi anak aku makan, haha. sekali, mentah2 kena tolak. Apa? ibu ingat kita ni tong sampah kea, boleh main sumbat jea. kita demand taw!! high taste lagi. wakakakaka. So, buanglah semua bubur tu. dah hangit kan. kejam kot nak paksa anak makan. haha.
Semalam aku tak bagi pun daffa solid food. Just DF dan bottle feeding (rumah babysitter) jea. hehe. tak sempat wei nak masak untuk dia, kang tak pasal2 hangit lagi. kihkihkih. nak Basuh baju yang berlambak2 tu lagi, sapu rumah lagi. lipat kain bagai. bla.bla.
So, semalam dalam jam 10 - 11 lebih aku ambik masa jadi supermom yang lembap buat stok makanan untuk anak teruna aku ni makan membesar dengan sihatnya. hehe. Alhamdulillah. berjaya complete walaupun dua tiga empat belas kali jugak lah tergendala akibat anak teruna yang suka mengempeng tuh. apapun, i'm happy mom! :D
Puri Brokoli + Carrot
Untuk jimat masa, aku gabungkan terus dua bendalah ni masa steam. Letak asing2 macam ni lepastu stim.
Bila dah lembut, blend. Blend tu jangan mix pulak. asing2 le blend. hehe. Aku campur sikit dengan air masak masa blend tu. kalo tak pekat kot.
Puri Mangga
Puri mangga ni senang jea, just basuh buah, buang kulit, potong2 masuk dalam bekas, blend. Lepas blend aku tapis. supaya tak was2, better aku tapis.
Puri Nasi
Ada setengah orang dia blend dulu beras tu. Tapi aku bukan blend beras, cuma blend nasi. heee. Basuh beras cecantik, lepastu masak sampai jadi bubur. Lepastu baru blend. senangkan??
Inilah hasilnya semalam!!! Dapatlah aku tidur dengan lena sebab tak perlu risau pasal solid food daffa untuk minggu ni. hehe.
Ini pula lepas keluarkan dari icetray, simpan dalam bekas untuk senang nak guna.
Puri labu ada lagi beberapa ketul dalam freezer. Boleh la nak try buat combo puri minggu ni. hehe. Aku pernah tengok dalam instagram, mat salleh buat combo puri brokoli + puri lobak merah + puri labu. Lagi satu puri mangga + puri lobak merah. hehe. So, aku plan nak bagi combo puri macam tu untuk daffa punya dinner minggu ni. hehe. kerlasss dinner anak aku ni. Ahaks!
TQ for reading!! K bai!
7 comments:
bestnya
terbaik lah nina..:)
best².. biasa baby mkn berapa ketul ye.. sbb ngah plan nk beli food freezer tu, ada lak yg 2oz n 4oz.. adesss
Sama2...cik mah dah start wat kombo..lagi sedap kot...nyum2.. seronok tgok..terus wat puree labu lepas tgok nina kat insta hari tu..hehe
Assalamualaikum nina, adoiii umi adam tengok pun terliur. kalau adam tengok lagilah. hahaha tak sabar nak tgu dia 6 bulan.. makan solid food. wootwooot ;p
Delicious and nutritious servings!
baru tahu camne guna ice tray tu. hihih
Post a Comment