Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Esok my son dah masuk 7 bulan!!!! i'm happy mom!!
Sangat seronok bila dapat melihat anak membesar depan mata. Dari mula2 dia keluar, menangis, senyum, berusaha untuk meniarap, merangkak, bercakap dalam loghat yang sorang pun tak paham dan sekarang dah mula berusaha untuk bangun sendiri, huwaaaa... aku rasa time dia dah pandai nak bangun nilah time yang extreme sikit. bukan apa. risau belepinggggg kot belakang. tak pasal2 kesakitan. XD
Entri ni ekceli aku nak share dengan korang apa yang aku bagi Daffa makan officially semasa umur dia 6 bulan. Minggu pertama, kedua, ketiga aku just bagi dia puri jea. Bila dah balik kampung masa cuti sekolah hari tu, tok ma Daffa dah start bagi bubur nasi daa. Nak kasi 'kerah panah' sikit katanya. kata orang tua2. haha. So, masa umur 6 bulan 23 hari lebih kurang Daffa dah mula berjinak2 dengan bubur nasi. hikhik. happy baby! :)
SQUASH ZUCCHINI PUREE
Zucchini ni sejenis sayur. Sayur pertama yang aku bagi Daffa makan adalah bendalah ni. Aku beli dekat Jusco. Ada dua jenis zucchini ni. Satu yang warna hijau. satu yang warna kuning. Masa nak beli tu, aku blur tak tahu nak pilih yang mana. haha. iollss makan timun jea, tetiba pulak kena beli zucchini, poning sekojap.
Bila aku tanya amoi salesgirl tu, dia cakap yang kuning ni lagi lembut dari yang hijau. So, aku pun rembat jea lah yang kuning. tak pe lah yang mana2 pun, this time kita try yang kuning dulu yea nak. hehe. Zucchini ni bagi aku macam tak de perasaan jea aku makan. erm. macam pahit sikit laa (sebelum kukus - kira dalam keadaan tak masaklah). Tapi bila dah lepas steam, tak de pulak aku try rasa. heheheeeeeeeeeeeeee.
Cara nak purikan zucchini ni aku guna teknik kukus grill panggang.
Memula basuh dulu zucchini tu kasi bersih. Lepastu aku potong bulat2 (aku tak buang kulit), kemudian masukkan dalam kukusan. Kukus sampai rasa2 dah masak dan lembut dari sebelumnya. Bila dah masak dan lembut, aku pakai blender untuk purikannya. Lepas blend, tapis pakai penapis then masukkan dalam icetray, bekukan.
Lepas dah beku, keluarkan dari icetry simpan dalam bekas masukkan dalam freezer balik. Bila nak guna, senang jea, ambik berapa ketul yang kita nak (ikut kehendak baby), cairkan dan sedia untuk dimakan! yeay!. Aku suka guna kaedah icetray ni sebab sangat praktikal dan tak membazir.. So far, Daffa suka makan zucchini ni. Sekali makan dua ketul. Aku campur dengan breastmilk lepas frozen puri cair..
ZUCCHINI MIX AVOCADO. Daffa memang gemar giler makan avocado. demand yea nakkk! |
PAPAYA PUREE
Betik ni paling senang nak buat puri. Basuh betik, potong, buang biji ambik isi kemudian lenyek jea pakai sudu/garfu. Tapis. Lepastu simpan. Senangkan??? heee.
Tapi, Daffa tak suka makan benda alah ni. mabe sebab manis kot. dia tak suka. Tapi aku bagi jugak dia makan. walaupun berkerut2 muka, geleng2 kepala. haha.
BETIK MIX AVOCADO |
ROASTED PUMPKIN PUREE
Asalnya, aku teringin sangat nak cari Butternut Squash (sejenis labu panjang) untuk dijadikan puri dan aku nak makan. hehe. Tapi keliling mall aku cari tak jumpa2. Last2 suami aku beli jea labu biasa. bolehhhlaaa~
Untuk buat puri labu ni aku guna kaedah bakar.
Memula, basuh dulu labu. Kalau korang beli labu yang sebiji tu, belah dan buang biji. Aku beli yang tigasuku jea. so, buang biji dan terbalik kan labu atas loyang (kulit tak buang), bakar sampai lembut/masak. Bila dah masak, keluarkan isi labu pakai sudu dan blend untuk dipurikan. Letak air masa blend sebab labu ni dia pekat. Bila dah siap blend bagai, simpan dalam freezer.
Guna kaedah yang sama (icetray)
BUBUR NASI
First time Daffa makan bubur nasi ni, tok ma dia yang buatkan. hehe. Dia cakap tak kenyang makan puri jeaa. makan nasi lagi kenyang katanya. OK, BAIKLAH.
Aku tengok mak aku buat bubur nasi senang jea. Kitaorang guna beras wangi. beras yang jenis lembut dan cepat sangat kalo nak jadi bubur. Biasa beras wangi ni kitaorang beli untuk buat NASI AIR. heee.
First time bagi bubur nasi, mak aku letak carrot. Ambik separuh genggam beras, basuh, bubuh dalam periuk, bubuh air pastu bubuh beberapa keping carrot yang dipotong. Masakkk sampai betul2 masak dan kembang. pastu lecek pakai garfu. ready to eat.
Next bubur nasi (day 6) aku yang buat. aku letak puri roasted pumpkin. hehe. Ekceli anak aku tak suka puri labu, dah macam2 aku cuba, letak breastmilk tak nak, cairkan pun tak nak. Last2 try bubuh dalam bubur nasi. Alhamdulillah. habis dia makan. Labu banyak khasiat. Ada orang cakap angin, tapi anak aku OK. mabe ngam kot dengan dia. heee
Next time, teruja pula aku nak buat stok ayam taruk dalam bubur nasik. waweeeee. confirm makin SEMANGAT ANAKKU DAFFA EZRA. HEHE.
**Nota penting: - Pastikan ice tray tertutup. kalau tak de penutup, tutup dengan plastik. untuk menjamin kebersihan dan kualiti ketika disimpan. heee.
TQ for reading! K bai!
4 comments:
good sharing..:)
hanya yg terbaik utk baby...terjamin kebersihan serta berkhasiat..
cepat kan.. tup tup dah 7 bulan, tup tup dah masuk skolah huhuhu. eh nanti boleh la akak refer sini bila my Tipah dah start makan pejal nnt.
Tak sabar tunggu anak bulan nak puree memuree pulaks.hahaha
Post a Comment