Assalamualaikum.. Halo readers! Have you had your SHAKE today???
Akhirnya!! my son Daffa Ezra officially boleh makan makanan pejal yeeeehuuuuuuuuuu!!!! pumpampumpampumapam. Skema tak ibunya? betul2 tunggu 6 bulan baru bagi makan. AHAKS!
Kali ni ibu eksaited sangat nak buatkan daffa puri. First puree ibu pilih avocado puree. wow! western sangattt. hikhik
WHY Avocado?
Aku tertarik dengan kandungan nutrisi yang ada dalam buah hijau ni. Lengkap dengan 14 mineral untuk membantu perkembangan bayi termasuklah zat besi. Kandungan sodium, potasium dan kalsium yang ada dalam buah hijau ni menjadikan ia antara buah yang paling berkhasiat. Avocado juga mempunyai kandungan gula yang rendah, vitamin A, B kompleks, C, K dan E, Fosforus, Magnesium, Asid Folik dan Serat juga terkandung dalam buah ni. Subhanallah. Sebab itulah aku memilih buah ini sebagai makanan pejal yang pertama untuk Daffa. oh ya! Selain pisang, buah ni jugak mudah dicerna oleh bayi taw! :)
Asalnya, aku plan hari Isnin nak start bagi dia puri. sekali, daddy beli avocado yang tak masak daaaa. kenaalah peram dulu dalam almari. haha. next day buah tu dah masak, so baru lah boleh dipurikan.
Avocado ni kalau tak masak buah nya agak keras dan hijau kulitnya. Bila dah masak, kulit buah ni akan berwarna perang keseluruhannya dan agak lembik berbanding yang tak masak.
Kulit buah yang agak perang dan gelap - tanda2 dah masak |
Untuk buat puri avocado ni senang jea. Aku rasa, untuk buat puri ni semua senang, tak kira guna kaedah kukus kea, rebus ke, atau terus blend/lecek tanpa rebus/kukus (bagi buah yang lembut). BUT NO SUGAR! NO GARAM! NO PERASA TAMBAHAN MAHUPUN TIRUAN HOKKEY.
Kaedah mempuri-simpanbeku-cair-makan yang aku belajar HANYA melalui BUKU dan INTERNET ni aku rasa satu KAEDAH yang JIMAT MASA, dan PRAKTIKAL.
Puri sebenarnya boleh bertahan dalam peti ais 3-6bulan (teknik yang sama macam EBM) jika kita menggunakan teknik dengan betul. Pastikan segala benda berada dalam keadaan bersih. means, dari kita start nak mempuri hinggalah cara kita simpan puri. Elakkan pencemaran silang (puri/makanan bayi dibekukan/disejukkan bersama dengan ayam,ikan,dan daging yang belum dimasak). Lagi satu, jangan simpan makanan bayi yang tidak habis dan panaskan makanan itu berulang kali. Kalau tak habis senang jea, maknya kann ada, makan jeala! haha
Walaupun puri ni tahan 3-6bulan, InsyaAllah.. aku masih mampu untuk buat stok puri seminggu sekali. means stok untuk seminggu dia makan jea. Just ambik masa 1-?jam sehari pada waktu hujung minggu. Mudah2an aku istiqamah dalam memberikan yang terbaik untuk anak aku. hikhik. Amin~
PURI AVOCADO - Biar gambar berbicara
Basuh buah. Belas dua. Buang biji. Korek isi dengan sudu. Lepastu blend. Kalau tak nak blend pun boleh. lenyek je pakai garfu. Taruk air masak sikit2 sebab nak kasi effect senang nak blend/lecek |
Puri Avocado siap! Ready untuk dibekukan. Aku buat pekat sikit sebab nanti kang nak makan nak taruk susu |
Cara Simpan Puri
Keluarkan dari puri yang beku dari tray, masukkan dalam bekas kedap udara. Simpan balik dalam peti ais. Jangan lupa tulis tarikh. heeee |
Cara Cairkan Puri (Ready to EAT!)
First try, ibu agak sengal sikit. ni pun satu sudu jea bagi anak aku makan. Aku macam takut2 gitu nak bagi dia makan. kahkahkah.
Muka BLUR. Apa ibu aku nak buat pepagi buta nih? kihkihkih |
kihkihkih. Satu sudu jea ibu bagi first try nih. Risau pula nak bagi banyak2. Dah la pekat aku buat. Sengal tul ibu ni. hihihi
Second try, dah berani habiskan satu ketul kiub puri untuk Daffa! yeay! and he like it so000 muchh!!!
Happy face!!! :) |
Sampailah hari ke-4 memang dia ternanti2 nak mamam avocado puri ni. hikhik. Good Job Daffa!!
4 hari pertama, aku HANYA bagi Daffa makan SEKALI sehari (pada waktu pagi, breakfast kenkononnya). Kuantiti makanan pun sikit jea, 2-5 sudu jea (first day aku bagi 1sudu je, hahahahaha). tak banyak macam yang kita makan. Bagi makan bukan untuk bagi dia kenyang sampai buncit, hehe. bagi makan just untuk bagi dia pandai bermain dengan rasa, praktikkan lidahnya, tekak dan usus dia untuk menerima makanan (sebelum ni 6 bulan reti minum susu jeaaa kan). ceh2. bajet macam pakar kanak2 pulak aku bercakap yea. haha.
Tapi sebenarnya, untuk bayi seusia ini, SUSU IBU masih lagi diranking number 1! MAKANAN UNTUK MENGENYANGKANNYA. setuju?
4-day-rules. Aku guna kaedah ini untuk memperkenalkan satu-satu jenis makanan yang baru untuk Daffa. 4 hari tu macam lama jea kan. macam lambat jea kan. haha. Anak aku ok jea, tapi aku ni haaa... menggelupur tak sabar nak bagi dia try makanan yang lain. hihihi. over sangat maknya.
Apa itu 4-day-rules? Uolls boleh terjah SINI erk. kat site tu ada banyak persoalan asas tentang SOLID FOOD.
Semoga bermanfaat untuk yang memerlukan.
#HappyMom!
TQ for reading! Kbai~
5 comments:
good sharing
Tq naa.. Will try.. 1mnth to go
Mohon share,tq
Nice...thanks for the info...tomorrow will be the first day for my baby start for solid food..wish me luck.. 😘
Brp bulan start bg bby mkn?
Post a Comment