KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 1, 2016

Seoul, Korea (Part 4): The island of Winter Sonata - Nami Island

Assalamualaikum 


Gara-gara terpengaruh dengan cerita winter sonata, kami jejakkan jugak kaki kami di nami island. 

Pulau cinta, katanya. 

Dulu-dulu, masa zaman apa ntah aku lupa, hari-hari tak pernah miss tengok cerita ni. Heroin menangis, aku pun menangis, heroin gelak, aku pun gelak. Korang macam aku tak? 

Memang kami rancang untuk ke nami island pada hari ke-3 kami disana. Memandangkan trip ke sana agak makan masa yang agak lama, so memang kami plan sehari suntuk habiskan masa travel ke nami island. 

Sarapan dulu sebelum jalan. 

Brahim's ni memang betul-betul bantu kami isi perut. kalau setakat makan roti je, memang tak lah. nak tak nak kena juga at least nasi goreng. so, dengan brahim's senang saja. panaskan air-rendam-tadaa!!! siap! hehe




Mulakan langkah. Inilah laluan kami setiap hari, memandangkan kami stay kat sini, so naik turun bukit setiap hari adalah perkara wajib. OTW ke myeongdong station.



Shuttle Bas untuk ke nami island ada sebenarnya. Tapi kami rasa lebih selesa naik train walaupun transit banyak station. hehe. Lagi satu, naik train of course le lagi murah uols. hehe 

Sebab pagi sangat kami turun, time peak hour. orang berlumba nak pergi kerja. Memang boleh tengoklah gaya orang korea pergi kerja. dia punya jalan tu, bukan macam jalan dah, lebih kepada berlari. haha. laju gila weh. zup zap zup zap. fuh. pening mata aku tengok. lenggang-lenggang kangkung? hah. kirim salam lah. 1 dalam sejuta kot. kikiki 

Kami bermula dari myeongdong station. Cara nak ke Nami island:




1. Myeongdong Station - towards Danggoye - ->Dongdaemun History & Culture park station 

Turun di Dongdaemun, kemudian tukar line ke Cheonggu (line 5 purple)



2. Dongdaemun History & Culture park - towards Sangil-dong --> Gunja station 

Turun di Gunja, cari line 7 (warna hijau) ke Junggok (724)



3. Gunja - towards jangam -->Sangbong station 

Turun di Sangbong, cari line yang berwarna hijau untuk naik ITX 

4. Sanbong - towards Chuncheon - Gapyeong Station (line 5)



Dalam ITX ni ambik masa lama sikit untuk sampai ke Gapyeong station (last station untuk ke nami island)




Bila dah sampai gapyeong station, boleh naik bas atau teksi untuk ke nami island park.





Kami ambik bas travel pergi balik (KRW6000). So bas ni akan sentiasa bergerak dari nami ke gapyeong station. tunggu je dengan sabar di bus stand. Bas ni bukan takat pergi nami island je taw, korang boleh mengelilingi satu gapyeong.





Bas ni dia cover: 

1. Gapyeong station 
2. Nami island 
3. Petite France 
4. Garden of morning Calm. 

Tapi kami tak hadap semua tu.. sempat pergi nami island je. hahaha




Bila dah sampai area nami park pula. Ada dua pilihan untuk sampai ke nami island. 


1. naik feri (KRW8000) pergi balik 

2. Zip Wire (ala-ala terbang ke nami island. hehe) - KRW3800


Sudah tentulahhh. feri pilihan kami. hehe






Sampai-sampai nami island. Apa lagi. posing sajalahhh. hahahaah. 

suamiku ala-ala joon sang, dan aku ala-ala yu Jin. gittew. kikiki








Pintu masuk nami island


Singgah buat susu daffa jap. depan ni ada kedai ala-ala minimart gitu







Hehehehe. tempat wajib pose. :)
hehehhee. family kecik kami. :)

Senapang ada dimana-mana

Sandar kat pokok jela, nak sandar kat bahu suami segan lah pulok. 
cia cia cia. hahaa



Mak nak ganti Yu Jin jap. hehe

Belakang tembok ni ada bangunan. tempat makan-makan. 
Ada library. Ada surau. Surau dia sangat-sangat selesa. 
Luas dan selesalah!!! 





Nak balik dahhh. tengah tunggu next feri :)

Sebelum balik ke Myeongdong, kami singgah kejap di Dongdaemun.


Tengah nunggu ITX untuk ke Dongdaemun. Dapat cokelat dari Omma. hehe. 

Dari Gapyeong station, patah balik ke sangbong- turun di Cheongnyangni station. Kat situ tukar naik train (ambik Line 1) direct ke station Dongdaemun. 

Dongdaemun ni tempat yang femes untuk shopping. macam - macam ada. Kat sini aku jumpa banyak sangat barang-barang kosmetik, pakaian yang murah. hehe. kalau nak buat bisnes, boleh kot datang borong macam-macam kat sini.






Kami singgah jugak kat area bangunan yang sangat unik di Dongdaemun ni. memang nampak unik dan pelik. macam duk kat angkasa lepas pun ada. haha




Dongdaemun Design Plaza (DDP) - Senibina futuristik dan bersejarah. 

DPP ni direka oleh Zaha Hadid seoarang arkitek yang terkenal didunia. berasal dari Iraq dan menetap di Britain. Unik sangat kan? kalau nak tahu lebih lanjut pasal DDP ni, boleh KLIK SINI.  

Balik semula ke myeongdong, kami terus serang Busan Jip lagi sekali. hehe. 

Hari ni kami try dia punya asam pedas pula. dan benda wajib, pancake. hehe. Pancake satu pinggan tu aku sorang je yang makan kot. hahaha. pelahapp sangat. 

Asam pedas korea?? Sedap! boleh kena la dengan tekak kelantan aku ni. kikiki.



Seharian berjalan. dan bila balik ke pangkal jalan. menggelupur atas tilam la jawab dia. rest. jumpa lagi di next part. Part 5. Shopping time!!!

TQ for reading. Jumpa lagi dilain waktu. InshaAllah        




No comments: