KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Friday, September 15, 2017

Shell Out Dqueen: Berrumbu Kitchen

Assalamualaikum.. 

Bagi peminat shell Out, mungkin dah memacam jenis shell out yang korang dah cuba. Aku ni, baru kali kedua terpengaruh dengan bendalah ni. itu puan suami yang ajak. first time cuba shell out bulan puasa tahun lepas. kemain lama kan. 

Kali ni kami terjebak dengan shell out DQueen Berrumbu Kitchen lokasi di B-5 Food Court Bandar Sri Permaisuri Cheras. Husband aku lah ni yang tag dalam facebook. katanya nampak macam sedap, so dia ajak p try. Huiihhh.. terkejut diknon bila husb ngajok bab-bab makan macam ni. Jarang kejadian seumpama ini berlaku dalam hidup. kihkihkih. 

Tadaaaaaa... Inilah menu kami malam tu. Menu ni semua husb yang pilih. Dia le yang call booking bagai, aku tak ambik port. Sedap dimata dan ditekak dia, sedaplah bagi aku. haha. mithali tak?? 


Baru aku taw yang bendalah macam ni ada memacam perasa.
Menu atas ni kami gabung 4 jenis perasa:
 Buttercream, Hot curry berempah, SweetSour dan berlada.
gabungan yang meletop. Sangat sedap sampai jilat jari uols!!

Bagi aku yang tak berapa nak food hunter sangat ni, sangat reccomended lahh shell out kat sini. berbeza sangat dengan shell out yang aku pernah cuba tahun lepas. lagi best DQueen!!. hehe. 

So kalau nak cuba, dan korang yang mana berdekatan dengan bandar sri permaisuri tu pun silalah cuba secara berjemaah. hehe. tak kenal maka tak cinta ye dokkk..





  
Tq for reading. Selamat mencuba  














No comments: