KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, August 5, 2017

Review: Allegra Cooler Diaper Backpack

Assalamualaikum... 


Hari tu ada godek2 dalam instagram. Cari beg2 yang agak sesuai utk taruk pam + cooler bag memandangkan beg pam aku dah rabak sana sini. 


Pencarian agak tersasar sebab entah bagaimana jatuh cinta dengan design Allegra. Warna2 beg dia pun cantik. bagi aku la. perasaan orang lain aku tak taw. cuba try test tengok dulu baru taw. Boleh usha instagram ni -> MommatrendyStuffz.

Dalam banyak2 pattern, aku berkenan dengan backpack ni. 3 in 1. 






Dalam backpack ada cooler bag dan pelapik untuk tukar lampin anak. Kalau tak nak pikul belakang, boleh selit je celah ruang yang disediakan, so boleh pegang sebelah tangan je sebab ada jugak tali untuk pegang gaya2 handbag datin. hehe






Dia punya cooler bag pun cantik dalamnya. Boleh muat dua icebricks dan 3 botol susu. Kalau nak pakai beg ni untuk family outing, boleh keluarkan je cooler bag tu letak tepi. tak payah angkut sekali.



Ruang dalam beg pun besar. Agak puas hati la kalau nak sumbat macam2 dalam tu. hehehe. yang paling best, laki pun rajin nak pakai beg ni. backpack lah katakan. Selalunya aku jenis yang suka sumbat dalam handbag je. Pegi mana2 bawak pampers dua keping. tu je. haha. 

Sejak ada beg ni, macam2 galok nak bubuh. tuala lah, baju lah, pampers lebih lahh, mainan anak2 lah. haha. kan. macam2 lahhhh~ 



Sekian review beg Allegra dari saya. 

So far puas hati pakai beg ni. Walaupun tak hipster, MAK SUKA!!!!!! hahaha   

























No comments: