KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Friday, May 31, 2019

Checkup 36 weeks : HUKM

Assalamualaikum... 

Alhamdulillah.. semalam dah settle check up last dekat HUKM. InshaAllah, tunggu masa nak bersalin baru datang semula HUKM. Next aku just follow up dekat klinik aje.

  

Dah masuk 36 minggu, kelengkapan, persiapan, persediaan semua tak buat lagi. Ingat harini nak slow-slow buat. Baju baby semua dah ada, warisan turun temurun. kihkih. Tinggal nak cuci je. 

Pampers, minyak, mandian bagai semua tu tak de lagi. Kelengkapan ibu pulak harini juga maw cari. hehe. 

Check up semalam alhamdulillah semua ok. kedudukan baby pun ok,, berat baby pun ok (2.8kg), tekanan darah ibu semua pun ok. cuma yang tak ok, tetiberrrr kandungan glukose dalam air kencing warna merah pulakkk. 3+. kihkih. 

Aku bagi alasan kat doktor sebab sahur aku makan 3 biji kurma dan berbiji-biji anggur hitam. hahhaha. gitu. Doktor tanya, NAK MINUM AIR GULA LAGI TAKKK??? hahahaa. Tentulah aku jawab takkk. Sayang oiii nak tinggal puasa. kihkihkih. Cukuplah dua kali minum. Result dua-dua pun normal. Alhamdulillah. 

Tapi nasib baik laa, doktor pun macam rilex je tak de masalah sangat kan. So, kena jaga-jaga ajelah. 

Aku memang sejak ramadhan ni air manis + air batu + segala mak nenek tapai, biskut, kek bagai benda-benda manis tu semua rasa nak telannnn je. pregnant baby girl memang macam tu kot. suka manis2. hahaah , alasan selamatkan diri. 

Apapun, semoga kawan-kawan semua doakan yang terbaik untuk aku... 

Semoga semuanya selamat. Semoga dipermudahkan untuk berjuang melahirkan zuriat penyambung warisan... 

InshaAllah.

Baby DE, kakak nana, abang appa, dedi semua tak sabar tunggu baby keluar. Be a good girl ok. :)


TQ for reading! K bai~  




2 comments:

mama tisya said...

wah dh nk masuk no 3..tahniah..smoga dipermudahkan

Anum said...

ala comelnya