KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, May 28, 2019

Osaka, Japan ( Part 5 ) : KYOTO ( Arashiyama - Fushimi Inari - Gion )

Assalamualaikum... 

Jelajah Kyoto dari Osaka!! Memang betul2 tak cukup masa. Banyak betul tempat yang menarik di Kyoto. Patutnya kami ambik masa dua hari disana dan bermalam juga disana. Serius.... rindu kyoto!!

ONE DAY HANKYU TOURIST PASS





Untuk ke Kyoto, kami guna pass ni. Unlimited train travel. Cover untuk Osaka, Kobe, Kyoto. Macam menarik je kan banyak tempat boleh pergi dengan pass ni. Tapi tu la, idoknya sempat nak cover semua. Kyoto pun berapa tempat aje yang sempat kami singgah. 

Hankyu pass ni kami beli di Namba Station. Jenuh jugak mencari. Kalau travel, Map di tangan tu wajib. Memang 100% kami guna map dan juga signboard yang ada merata-rata.


Senarai harga untuk setiap pass. Hankyu tourist pass 800 yen untuk satu hari

Ni tempat kami beli pass di Namba Station



Sementara menunggu dedi cari pass

Sebelum berlepas hehe




ARASHIYAMA

Daffa layannnnnn dalam train hehe


Stesen pertama yang kami singgah. 

Memang kami plan nak ke sini dulu. Menikmati keindahan kekampungan di Arashiyama. hehe. Sangat mendamaikan!!


Hankyu Arashiyama Station

Kedai betul-betul depan station. Rest kejap. Buang apa yang patuit. hehe

Mulakan perjalanan menikmati keindahan alam



Ada kedai sepanjang jalan. macam-macam ada

Tengok Daffa punya gaya. Berjalan pun nak melompat. Seronok sangat lettew~

Air longkang kata husband aku. haha. Dia punya bersih tuu. ya ampun.. Jernih betul




Dah separuh perjalanan. Nak sampai pekan Arashiyama



Apa ke namanya nya tu. Aku panggil beca aje. hehe. Teringin nak naik. Tapi rasa kesian pun ada. hahaha

Ais krim 300 yen uols. yummy!!!

Sakura flavour & Matcha mix flavour

Mochi kat sana besar2. leeleehhh je air liur aku tengok dia punya mochi

Strawberry manis ya amat. Sedapppp sangat!! Harga boleh tahan

Aku nak makan banyak-banyak punn tak jadi sebab tengok budak kecik ni suka sangat 
telan tak tengok kiri kanan. Kasi can kat anak jela hadapppp. hahaha


Arashiyama Bamboo Grove 

Bamboo Grove - Tempat pelancongan utama di Kyoto. Tempat yang menarik dengan tarikan pokok-pokok buloh yang banyak dan tinggi. 

Laluan untuk masuk ke dalam bamboo grove ni boleh tahan sempit juga. Dengan manusia yang ramai dengan tiba-tiba. hehe. Sebab time kami sampai tu ngam-ngam Geisha pun sampai. perghhh. pakat nak selfie dengan geisha weh.. Kami pun join sekali.


auwww Chakkk!!! sis selpi dengan geisha!!!

Gambar google. lawo benor. aku punya gambar semua jahanam. haha

Kasi can laki sis bergambor dengan Geisha


Geng travel. 6 orang jur. sorang lagi tu tengah nyenyak tido lam stroller. Huntung betul




FUSHIMI INARI SHRINE 

Dari Arashiyama kami terus naik train ke Fushimi. Lokasinya betul-betul berhampiran dengan Inari Station. So tak susah laa kalau nak cari hot spot ni. 

Fushimi Inari shrine - dikenali sebagai tempat suci yang terkenal di Jepun. Attractionnya ialah kayu kayan yang berwarna oren dan disusun yang dikenali sebagai torii sepanjang jalan ke Gunung Inari. Masuk adalah percuma. hehe


A giant torii gate


Aku tak masuk dalam tu. sebab tengak tangga banyak sangat. hahaha. Mampu tunggu kat luar je. 
Suami dengan Dafna je yang teroka masuk. gigih naww suami iolsss. 



GION, KYOTO

Gion ni merupakan bandar lama Kyoto. Tempat ni memang femes dengan Giesha Districts. 

Kami singgah sini untuk makan malam dan cari ole-ole murah. hehe. Aku ada terjumpa dalam google pasal ole-ole murah kat sini. 

Entri pasal kedai makan Halal di gion ni aku ada up di entri - DISINI.



Keluar aje dari Gion-Shijo Stesen, jalan sikit dah nampak geisha. hehe. bersepah uols. 
Geisha ada di mana-mana. hehe


Jalan-jalan sekitar Gion Shirakawa

Laki aku tak habis-habis nak bergambar dengan longkang. hahaha. 
Teruja betul dia dengan kesucian air kat sana

Asal jumpa je bunga sakura yang dah kembang, mesti nak snap gambar. hehe. 

Lepas makan baru kami pusing-pusing untuk cari kedai tu. Jenuh jugaklah mencari. Rasa dah give up pun ada. hahah. Last-last, dapat petunjuk dan hidayah.. tetiba aje jumpa kedai tu. 

Tadaaaaaaa~ gittew! kihkihkih


Dalam kepala aku, memang ternampak-nampak aje board kedai ni. 
So, bila dah nampak depan mata, memang tak sangka betul boleh jumpa. hehe



Bergambar dengan tuan punya kedai yang peramah. Senyum aje manjang

SAYONARA Kyoto 
SAYONARA Osaka 
SAYONARA Japan 


Ni adalah entri last untuk pengalaman kami travel ke Jepun. ada 5 part sahaja. 

Sikit sebanyak untuk kenangan di hari tua. Rindu Jepun of course!!

TQ for reading!! K bai~        




1 comment:

Cik Nor said...

seronoknya daffa,..:)