KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, July 31, 2010

Latihan praktikum guru mungkin dipanjangkan

PENGALAMAN praktikum merupakan elemen penting dalam lati han perguruan kerana dapat memberi pengalaman pengajaran dan pembelajaran sebenar di bilik darjah.

Dalam sistem persekolahan terbaik seperti di Finland dan New Zeland, latihan dan pengalaman praktikum guru pelatih, dari segi kualiti dan kuantiti, sentiasa dipertingkatkan.

Oleh itu, kerajaan akan mengambil langkah untuk meningkatkan kualiti dan ketekalan latihan praktikum kepada guru pelatih, seperti memanjangkan tempoh latihan praktikum, dan meningkatkan kerjasama guru berpengalaman yang mempunyai kemahiran membimbing yang tinggi untuk menyelia guru pelatih.

Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-10, latihan praktikum kepada guru pelatih akan ditingkatkan melalui langkah tersebut:

• Kursus Perguruan Lepasan Ijazah akan dilanjutkan dari satu tahun ke satu tahun setengah untuk meningkatkan pengalaman praktikum guru pelatih:

• Jabatan Pelajaran Negeri akan menyelaras penempatan guru pelatih di sekolah yang layak melaksanakan program ini dan memantau pematuhan oleh guru pembimbing;

• Guru berpengalaman akan diberikan kursus pembimbing untuk meningkatkan kebolehan membimbing mereka; dan

• Program praktikum akan menjadi sebahagian daripada penilaian prestasi sekolah dan guru pembimbing.

No comments: