KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Thursday, April 25, 2019

BOMBOLONI VIRAL - Bandar Tun Hussein Onn (BTHO)

Assalamualaikum... 

Tengah hot sekarang ni pasal bomboloni ni. Alaaaa. yang macam donut tu leee. Ala-ala donut gitu haaa. ada inti kat dalam dia. Kegebuan dan kelembutan mengalahkan donut yang sebenar. hehe 

Sakan sekarang ni orang duk nak mencuba bendalah ni. Maklumlahhh. tengahh onzzz sekarang. Nasib baiklahhh aku tak perlu jauh-jauh cari bomboloni ni. Ada ni haaa kat BTHO aje. Tapi dia punya lesap, kejap aje ko. tak sampai setengah jam open table, habissss bomboloni tu. Masyukkk betul. Kalau tak sedap orang tak beli ye dok?? 

First time aku cuba, minggu lepas le. dekat sejam aku nunggu ahkak tu datang bukak gerai. Sampai aje kembara merah.. bukak meja, tetiba ramai orang. Dari mana ntah la. masa aku duk menunggu tu tak de pulak orang. hahaha. Bila tuan gerai sampai, tetiba penuh urung macam semut. kihkihkih.

Banyak perisa dia buat. Ni time aku beli haritu ada KASTARD, MANGGA, COKLAT, BLUEBERI, STRAWBERI, KIWI. Memang rasa nak semua. 

Harga: RM1 je weh. 



Memang ramai peminat bomboloni kak fazie ni

Hasil tangkapan aku. 13 bijik. hahaha



Semalam pulak, aku cuba order personally dengan kak fazie. Tuan punya bomboloni. hehe. Alhamdulillah, rezeki. dapat la ngoder 60 bijik bomboloni. self pickup kat rumah nya aje. 

Bomboloni akak ni aku rasa hot sebab dia punya donut tu lembut, gebu gitu. tak keraih kejung. hahaha. kalau keraih kejung, cukuplah sekali aku try. cuba yang lain. harharhar




Kalau korang yang mana nak order banyak, untuk majlis ke apa ke. boleh cuba cari kak fazie ni kat sini ya. 

Facebook : Fazie Sal 

Tq for reading! k bai~   






1 comment:

Cik Nor said...

pernah dgr nama jer..mkn blm pernah lg..hehe