KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, September 23, 2018

Osaka, Japan ( Part 4 ) : Universal Studio Japan

Assalamualaikum... 


Hari ke-4 di Jepun. Kami jelajah Universal Studio. Pagi-pagi lagi dah turun takut ramai orang kat sana. kononnnya. Tapi, bila sampai memang ramai orang dah pun. hahaha. lagi pagi diaorang turun dari kami. 

Tiket USJ kami beli dengan JTB Malaysia di Matta Fair PWTC seminggu sebelum fly Jepun. 


Harga tiket USJ (MAC 2018)

Dewasa: RM294 
Kanak-kanak (4 tahun): RM203 
Bawah 4 tahun: FREE

Beli tiket siap-siap lagi bagus. Kalau sampai USJ baru nak beli... hmmmm. berjanggut wei nak beratur. 

Kami haritu sampai awal pun dah panjang kemain beratur nak beli tiket. Nasib baik dah beli siap2 kat Malaysia. Bawak je tiket (size a4 paper) yang JTB bagi, pastikan kertas tu tak hilang dan tak kena air sebab kat kertas tu ada barcode. sampai sana nanti terus ke pintu masuk. Staf USJ akan scan barcode di kertas tu terus boleh masuk :).

Mulakan pengembaraan ke Universal Studio 


Dua kali tukar subway.. Sampai jugak sini. Last train memang terus direct sampai USJ. 
Tak yah jalan jauh-jauh

Ke pintu masuk

Bergambar kat tempat wajib dulu . hehehe



Lepas melalui pintu masuk USJ, terus jumpa bendalah yang comey ni. 
Appa macam biasa. Terus tutup kanopi stroller. Takut pucat terus. hak hak hak

Peta keseluruhan USJ

Teringin nak naik. Tapi mikirnyaaa nak beratur tunggu turn. Aduhai. pendam perasaan jela

Jumpa kereta antik depan restauran. 



Bergambar kat tempat-tempat comel. Cute-cute semua. 
Setiap bangunan mesti ada tarikan tersendiri. Dalam tu penuh dengan bendalah hello kitty

Minion Park. Masuk dalam park ni, Semua jenis minion ada. Memang happening. 
Ada yang siap pakai baju minion. Ala-ala bff gitu pakai sama jenis baju. 
Pastu posing sakan. alahai. cute sangat weh. 
Daffa salah sorang peminat minion! hehe


Alahai tengok laa anak bujang titew. Takut kat Jaws ni haaaa. dui
Tengok orang naik bot. Bot air terjun. hehe

Discovery Dinasour!! Kat kawasan ni ada dinasour yang bebas jalan kesana sini. 
Kebetulan time anak-anak dengan suami lalu sini, keluar sekor dinasour. hahaa. 
Real punya besar. tapi tak de rezeki aku nak tengok. time tu aku masuk tandas jap.

Kat sini bersepah kedai popcorn. Udahla dia punya bau tu fuhh menggoda.

Harga untuk pop corn regular cup: 450yen. bersamaan dengan RM16.50. HAHAHAHA. aduiii. 

Anak bujang berkenan dengan minion pulak hahhh. 

Party Minion Popcorn Bucket: 3480 yen. Duit Malaysia? RM127.60. HAHAHAH.

Nasib ko comel minion. Sekarang ni dah jadi hiasan kat rumah. 
Tak leh bagi budak2 ni main. Kang hancur. 
Udohle mahal nak oiiii. Pop corn dalam tu berapa sangat lahai. 

Muka gembira dapat minion bapak besar

Nasib baiklah nana tak pandai mintak. Nana tengah fokus tengok show



Show time

Salah satu tarikan utama di USJ ni ialah, The Wizarding World of Harry Potter. Aku sebenarnya tak pernah tengok pun Harry Potter ni, tapi sebab tengok review cantik je dia punya tempat tu.. terus join sekali. 

Nak masuk kat harry potter ni ada timing dia. Tiket masuk USJ tadi kena tukar dulu dengan tiket masuk Harry potter. Akan ada satu mesin khas untuk keluarkan tiket harry potter. Ala-ala nak beli tiket wayang self service gittew.


Entry ticket Harry Potter. Sejam nunggu turn masuk. Sempat lagi jalan-jalan tempat lain dulu

Cartoon dance showtime!

Sementara duk menunggu dedi ngn appa naik kapal, nana sumbat popcorn sorang diri. 
Good girl nana tak meragam walaupun tak dapat join naik

Nana mampu tengok je. Sebab bawah umur so tak dapat nak ride bendalah ni

Dedi join mainan kanak-kanak jap


Puas pusing. Lepak tepi jalan. Tunggu time masuk Harry Potter




Pintu masuk Harry Potter. Kat sini dah ada muzik Harry Potter. Ala-ala seram berhantu gitu. haha 
Salah satu tarikan di Harry Potter. 
Manusia punyalah ramai. Beratur nak ride. Beratur nak masuk 'rumah' Harry Potter. hehe. 
Kami bersiar-siar kat luar jur~

Kat Kawasan ni pun jenuh nak tilik satu-satu. hehe. Dapat view macam ni pun dah kagum. haha

Ramai orang. Tapi tak delah sampai tolak-tolak. Masing-masing behave je. Beretika gitu. 
Suhu pun sejuk. Tak delah lap peluh sangat walaupun tengok orang macam sesak kat pasar malam



Perasan Pro jap ambik gambar. hehehe. Padahal Lake reflection



Family potrait. Mintak tolong pelancong Indonesia snap pic. hik hik. Tapi sayang, nana tengah tido time ni.

Habis jelajah dalam USJ. Petang baru kami keluar. Singgah Hard Rock kejap. Adik-adik la ni pesan baju hard rock. Aku tak pernah beli pun. Tak de saiz. hahaha.


Hard Rock Shop ni betul-betul depan pintu masuk USJ. 


Lawo-lawo. Aku snap yang lawo aje. Awet muda forever kalo dress up macam ni gaya

Ini pun cun. Satu set dengan laki uols. hakhak. 
Tapi kalo tengok cutting yang pompuan tu. terus frust wehhh!!~. 
Kejam betul cutting size dia. 

Kalau tanya aku, berbaloi ke tak masuk dalam USJ... emm. ahkak kasi lima dari 10 bintang. hahaha. Boleh laaaa buat hepikan kanak-kanak dua orang tu. Jalan-jalan dalam USJ. Pusing-pusing je. Satu benda pun aku tak main. Sebab. Nak kena beratur. Ya Ampunnn... sejam beratur baru dapat turn. tu pun kalau dapat. haha. 

Mungkin sebab ramai gila orang time kami kat sana haritu. 

Lagi satu, kalau malas nak beratur lama, kenalah beli tiket yang mahal sikit. Express pass tiket katanya. 

Harga? boleh tahan tercekik. Dalam rm500 untuk satu tiket. Har har har. Terima kasih jela~ 

TQ for reading! K bai~   




1 comment:

Normi Nieza said...

la adik daffa tu girls ke?hehe