KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, September 1, 2018

REVIEW: Kedai Bunga di Cheras

Assalamualaikum... 

Sekarang ni tengah dalam mood membunga. Rasa macam satu terapi pulak bila tengok bunga hidup dan segar ni. Lagi-lagi bila bukak pintu rumah... semerbak bau bunga. bukan bau perfume atau lilin aromaterapi yea. hikhik. feel fresh!! 

Kali pertama mencari kedai bunga. Aku gugel aje. pakai keyword KEDAI BUNGA CHERAS. 

Maka keluarlah kedai-kedai yang ada. 

Dalam banyak-banyak pilihan. kedai ni jugak yang aku berkenan.


Win Florist & gift. 
Kedai ni bukan takat jual fresh flower. Kalau nak buat fruit basket atau flower basket pun boleh. 
Bunga untuk wedding, bunga palsu, bunga untuk opening stand pun hada. hehe

Jujurnya. kali pertama jejak kedai bunga. Aku takut nak tanya harga. hahaha. Mata dah berkenan dengan macam-macam jenis dah haaa. Tapi risau pula mahal nak mamp. ops!! 

Tapi bila ditanya harga satu satu. Ok fine! boleh proceed untuk pilih. hahaha. Harga mampu milik. ahaks!


Daisy ni Rm1.5 satu 

Bunga kekwa. RM1.8 satu batang

Bunga lily. RM10 sebatang. ada dalam 3-4 kuntum bunga

Ada kekwa. lily. bunga rose putih dan bunga Teluki (Carnation) Bunga rose tu RM1.5 je. yang mahal kat sini Bunga Carnation. Satu bunga RM3. Bunga ni banyak guna untuk Mothers Day aunti tu cakap

Daisy lagi. Aku suka daisy. Tapi sebab tak tahan lama. Kurang sikit rasa nak beli. haha

Kekwa kuning. hehe

Bunga rose antara bunga yang paling tak tahan lama. Kejap je tahan auntie tu cakap. R
M1.5 satu bunga rose


Kekwa ni Rm1.8 je satu batang. 
Ada lebih 10 bunga untuk yang purple tu sebab dia kecik-kecik comel je bunganya. 
Tapi ranting-ranting yang warna purple tu yang lagi mahal dari kekwa. 
RM2.5 kalau tak silap aku. Lupa dah


Koleksi bunga-bunga iols. haha


Gabungan Daisy dengan lily purple ni sangat-sangat wangi. 
Bau dia semerbak satu ruang tamu. 
Tapi adik-adik aku cakap bau bunga ni busuk. Bau macam taik ayam. 
Hish! hidung diaorang ni saje je nak boikot aku

Gabungan kekwa putih, kekwa purple dengan lily kuning 
Ada 9 kuntum bunga lily yang masih lagi belum kembang disitu. hehe

Bila lily dah kembang. cantik kan?

Aku ni tangan kejung sikit. tak de seni langsung. 
Main letak je dalam pasu. Susun sikit2 sesedap mata memandang. heheh. 
Ini baru lepas trim batang bunga, buang-buang daun yang dah layu semacam. hehe. 
Kekwa putih tu makin mengembang dengan jayanya. 

Senang tak nak jaga bunga ni?

Setakat ni aku hanya bersihkan pasu, tukar air atau tambah air je. Kalau nampak bunga tu macam murung, aku simpan dalam peti ais sehari. lepastu keluarkan balik. 

Bunga segar ni aku letak kat meja makan je. Mungkin next time nak cari pengawet bunga pulak. Katanya boleh tahan lama sikit bunganya. 

Bunga daisy, tak tahan lama sangat. udahle dia punya batang bunga tu mencemarkan air dalam pasu. pastu tak sampai seminggu batang bunga tu dah sujud. haha. Batang Daisy pulak macam keluar lendir gitu bila lama-lama simpan. Sebab tu air mudah kotor. Tapi seminggu jugaklah bertahan. 

Tapi kalau macam Kekwa dengan bunga lily. seminggu lebih boleh tahan. hehe. 

Ok uols. Bawah ni ada alamat kedai bunga win florist. Boleh la usha yea. 
Dibuka setiap hari jam 9 pagi. Kalau hari cuti umum tak pasti pulak bukak ke tak. 

Call la dulu yea!. hehe  


Alamat: No 228A, Batu 11, Kampung Baru Cina, Kajang Selangor 
Direction: Maps 
No telefon: 012-6708266


Fruit & flower basket dari win florist. 
Harga: RM100.

TQ for reading! K bai~  




1 comment:

Normi Nieza said...

wah..cantik bunga segar..:)