KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, September 1, 2018

Swiss Garden Residence Kuantan

Assalamualaikum... 

Hari Raya Aidiladha yang ke-3. 

Kami singgah bermalam di Kuantan. 

Dari kelantan lalu LPT, singgah meraikan dua pasang raja sehari di Kuala Terengganu dan Kemaman lepastu terus ke Kuantan. 

Si Daffa dah lama request nak duduk 'rumah besar'. Istilah rumah besar bagi dia - Rumah yang tinggi, ada lif, ada kolam renang. hah gitu. Biasalah budak-budak. Memang boleh nampak betapa gembira dua orang kekenit ni bila tengok swimming pool. Macam tak tahu nak buat apa. haha. 

First time bermalam di sini. 

Suasana persekitaran bilik agak suram. mihmih. sunyi je. Mungkin sebab tempat ni adalah lebih kepada 'residences'. Maka banyak rumah-rumah yang kosong. Masa kami parking kat tingkat 2, banyak juga aku tengok di pintu rumah ada sticker Rumah kediaman Kerajaan ke apa ntah. Lupa pulak aku. hehe.


Budak dua orang tu tengah check line. hahaha

Kitchen. Apartment ni kami pilih yang satu bilik


Tapi apa yang menarik disini, swimming pool ala-ala theme park. Seronok la budak-budak kan. Aku macam biasalah, tengok dari atas je. Sikit pun tak teringin nak terjun sekali. Nasib baik pak nya jenis melayan. hehe


Theme park

Daffa yang keriangan

Dedi yang suka melayan





Dedi join gelongsor sekali

Lepas mandi, nak ajak naik memang drama. Dua-dua guling2, meraung. adehhh. itu yang paling tak tahan kalo nak ajak naik lepas mandi kolam

Malam tu pulak kami keluar lah makan. Kedai makan tu betul-betul depan residence, malas pulak aku nak sebut nama kedai tu. hahaha. Sebab malas nak drive jauh, sawo aku terus aje parking kereta depan kedai tu.. 

Memandangkan kedai nampak penuh, meriah dan menarik, kami rasa kedai ni OK la kan. hahaha. Rupa2nya silap tanggapan. Udah le lama menunggu, adalah dalan sejam. Budak2 paham-paham lah kalo menunggu lama-lama ni. 10 minit ok lagi diaorang, ni kalau dah dekat sejam. hahaha. maw jadi tarzan aku kat situ. Nasib boleh cover lagi ketarzanan. hahah. 

Aku tengok orang lain pun macam boring gila menunggu makanan tak sampai2. Bila sampai pulak.. lauk aje sampai. menunggu la nasik pulak.. sampailah aku bangun pegi mintak nasi sendiri. hahaha. Lupa ke apa cik oi. 

Tunggu punya tunggu sambil sumbat nasi dalam mulut, kailan ikan masin yang diorder tak sampai2. Sampailah dah siap makan. terus cancelkan aje sayur tu. hikhik. Nasib betul. 

First time kena macam ni kat Kuantan. sebelum ni puas hati ja. Banyak je sebenarnya kedai makan area sungai balok tu. Sebelum ni kami selalu stay Swiss Garden Hotel, kedai area situ boleh tahan banyak. Makan pun puas hati. Cepat dan yang penting sedap. 

Esoknya pulak. Breakfast kat residence. Satu kepala RM20 ja. murah kan?. Makanan.. boleh laaa hahaha.

Aku agak lah kan, swiss garden residence ni kekurangan kakitangan. Nampak macam kelam kabut sikit management. Pinggan tak ada. tempat buah kosong. Roti habis tak topup. hehe. Mungkin sebab masih dalam mood beraya kot. Ramai pekerja yang cuti lagi. heeee. 

Ok. done membebel. 

Untuk details lanjut. boleh klik kat website swiss garden ni yea. 

TQ for reading! K bai~   






No comments: