KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, September 2, 2018

Osaka, Japan ( Part 3) : 2 Days Osaka Amazing Pass

Assalamualaikum... 


Osaka Amazing Pass!! Very worth to buy!




Amazing pass ni husband aku beli walk in di JTB Malaysia. Kalau kat KL, HQ dia ada di Jalan Imbi. Pernah juga aku nampak pass ni dijual secara online melalui website Klook. Tapi husband aku prefer untuk walk in sendiri beli. Senang nak deal dan menyembang katanya. 

Lokasi JTB Malaysia yang lain. Boleh Klik sini. hehe

Osaka Amazing Pass ni ada dua jenis. Satu untuk guna satu hari je. Lagi satu untuk dua hari. Kami pilih untuk beli yang dua hari punya. 


Harga RM130 satu pass. 


Berbaloi tak?? 


Haaa. bab berbaloi ni aku rasa masing-masing punya pikiranlah. Tapi bagi aku. Sangat-sangat berbaloi. 


1. Boleh sesuka hati guna pass untuk naik turun train ataupun bas. Tapi kat sana 100% kami naik train dan jalan kaki je. Bas tak naik pun. Senang, tak payah topup kad, swipe je Amazing pass.  


2. Boleh masuk mana-mana tempat secara percuma! Kalau nak dikira, total tempat yang kami masuk tu memang tak padanlah dengan harga RM130. udahla naik train free. Masuk tourist attraction pun free uols. Tapi taklah semuanya free. Adalah had dia kan. kuikuikui 


Boleh KLIK SINI untuk tengok setiap offer dan tourist attraction yang free. 


2 Days Osaka Amazing pass, kena guna dalam masa dua hari berturut-turut. Tak boleh harini guna, esok simpan. Lusa baru pakai balik. no no no. haha. 


Kami guna Osaka Amazing Pass ni pada hari kedua dan ketiga kami di Jepun 


Osaka Amazing Pass - Day 1


Ready to mengembara :)

OTW to Subway Station

Umeda Sky Building Floating Garden Observatory (NP: 1,000 Yen) 

Tempat pertaman yang kami tuju.





Bangunan ni sangat unik. Ala-ala KLCC gitu sebab ada jambatan kat tengah-tengah diantara dua bangunan. Tinggi bangunan 173 meter dan kami naik hingga ke top floor untuk view Osaka's Cityscape.


Top floor



Me and my husband! :)

Berada pada ketinggian 170 meter!

Tangga bergerak yang unik!




Osaka Castle Museum (NP: 600 Yen

Lokasi kedua kami. Osaka Castle.




Istana Kota Osaka merupakan bangunan peninggalan budaya yang dilindungi oleh pemerintah Jepun. Menara utama istana ini merupakan simbol kota Osaka.


Tak sangka boleh jumpa sakura yang dah kembang!!! 
Keluar je dari subway station, terus nampak ni! Berbaloi jalan kaki jauh-jauh. kihkih




sis jakun. Asal nampak je pokok sakura ni terus posing

Boleh tahan jugak jauh nak berjalan dari Subway Station ke Osaka Castle. 
Menangis lemak-lemak aku

Osaka Castle. 
Kat sebelah kanan tu kalau tengok ramai yang duk beratur nak beli tiket masuk dalam istana tu. 
Kami tak payah nak beratur beli tiket lagi sebab pakai Amazing pass. 
Terus masuk ke dalam Istana. 
Amazing tak? har har har



Keluar dari Osaka Castle, cari port untuk rest sebelum balik 



   

Osaka Amazing Pass - Day 2


Osaka day 3 and day 2 using Amazing pass

Tempozan Giant Ferris Wheel (NP: 800 Yen) 

Lokasi pertama kami untuk hari kedua guna Amazing Pass. Kat area sini memang banyak tempat-tempat percuma yang kami boleh guna amazing pass.


Dari Subway Station menuju ke Tempozan Giant






Tempozan Giant ni merupakan Ferris Wheel yang terbesar di Osaka. Dibuka pada tahun 1997 dan yang tertinggi di dunia. Kagum kan? Lebih kurang 15 minit kami berada di langit!!


Sebelum kami masuk dalam ni, pekerja2 dia cepat2 bersihkan dan lap tempat duduk tu. Baru jemput kita naik. Semua nampak ramah dan ikhlas sangat!. hehe

Atas langit. nasib tak de yang gayat


Ini beli lepas keluar dari ferris wheel. 
Ada fotografer yang snap gambar sebelum kami masuk dalam ferris wheel. 
Sebab gambar nampak macam cantik, so aku beli lah buat kenangan. 
Harga dalam 1500 yen kalau tak silap.

LEGOLAND Discovery Centre Osaka (NP: 2,300 Yen)





Legoland ni terletak dalam mall berdekatan dengan tempozan. Dekat-dekat je. Tak perlu jalan jauh-jauh. Sebab free, kami masuklah bawak anak-anak ni. First time masuk legoland. 

Bagi aku agak boring, sebab dah tua kot. hahaha. Bagi anak-anak memang berdrama la nak ajak keluar. Kalau duk lama dalam tu. Tak jalan la ketempat lain. kihkihkih


Pintu Masuk Legoland

Gembirakan hati Daffa kejap. Dafna time ni tengah sakan tido tak bangun-bangun.

Inipun fotografer yang ambik gambar. Siap dijadikan fridge magnet lagi tau. Apa lagi, terus angkat. Bolehlah dibuat kenangan. hehe


Cruise Ship Santa Maria Twilight Cruise (NP: 2,100 Yen) 

Juga berdekatan dengan ferris wheel dan juga legoland. Rezeki kami tak payah menunggu lama nak naik cruise ni. Sampai je terus boleh masuk tak payah beratur.


Bergambar depan Santa Maria Cruise

Kapal sebelah Queen Elizabeth. Daffa minta naik kapal tu. Sebab dia nampak ada swimming pool. hahaa

Time ni angin kuat. Sejuk yakmat. Tengok muka nana tu. Tahan angin. hehe






Dalam cruise. Ada Kafe dan ada barang bersejarah


Tambori River Jazz Boat (NP: 1,800 Yen) 

Last guna Amazing Pass! 

Lepas dinner kami terus cari Jazz Boat ni. hehe. 

Lokasi Checkpoint: Minatomachi River Place. 

Bot ni mengelilingi Dotonbori River dalam masa 40 minit. 


Tambori River Jazz Boat

Wefie dalam bot

Dua hari pakai Amazing pass, ini je yang sempat kami masuk. Ada satu tempat yang tak sempat nak masuk. Osaka Museum of Housing and Living. Sampai-sampai je dah tutup. Kecewa. Niat hati nak cuba pakai Kimono kat situ. Tapi tak kesampaian. haha. 

Next part nak taip pasal UNIVERSAL STUDIO JEPUN pulak. hikhikhik. Mungkin bulan depan siap entri. hahaha 

TQ for reading! K bai~