KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Tuesday, September 11, 2018

Cameron Highlands (Part 1) : Nova Highlands Resort & Residence

Assalamualaikum... 

3 hari 2 malam di Nova betul-betul puas hati. 

Nova highlands ni satu bangunan dengan Cameron Square. So kalo boring-boring boleh laa lepak dalam mall tu. Ada Teh Tarik Palace. Kedai-kedai steambot, Old Town. ehh macam-macam lagilah. Tapi sempat ke nak boring bila datang Cameron ni? ahaks!


Cameron Square. Atas tu Nova Highlands resort and residences

Bab resort ni... hahaa. Teringat kenangan 2015

Unplan naik Cameron. Dah la jem teruk ya amat time tu. dua hari lepas pegi sana tak ada lah jem sangat. Bagi aku normal je. Sempat lari dari jem teruk yang duk viral tu. hahah. 

Udah la Hotel tak de booking pun. bajet nak walk in ja. Dengan anaknya baru setahun lebih daffa time tu. Ko tahu pukul berapa kami sampai atas cameron tuuhh. emm ntah la lupa dah. yang pasti dah malam sangat dah. 

Berapa kali husband aku turun naik hotel untuk check in. FULL semua weh!! hahaha. ketawakan diri sendiri. 

Last-last.. 

tidurlah kami 3 beranak dalam kereta kat basement parking Nova Highland ni. hahaha. sebab senang ada tandas mall dan dekat dengan surau. memula bajet nak tidur dalam surau. Tapi rasa macam tak sedap hati pulak. tidur dalam kereta jelah. Mandi? mandi dalam tandas je. kihkihkih. 2015 datang Cameron semata-mata nak hiking. jer!! 

Dulu masa datang sini tak happening macam sekarang. Sekarang nampak sikit dia punya warna warni kehidupan tu. hihihi. Tingkat 1 mall pun dah maju sikit dari dulu. 

Paling best untuk budak-budak. Holiday park la! apa lagi kannn. 

Resort ni ada banyak pilihan bilik. One bedroom suite, Family suite, three bedroom apartment, penthouse pun ada. 


Pilihan bilik kami: Two-bedroom Suite


View dari pintu masuk

Bilik 1

Bilik 2

Suite ni tak ada peti ais. Microwave pun tak ada juga. redha je la. 
Mujur tak ada rasa nak guna. hehe

Living hall

View bilik dari living hall

Pemandangan di awal pagi. suhu 14 darjah celcius time ni. 
View dari tingkat 4. hehe

Nova Cafe. Dua hari sarapan disini. Rate harga hanya RM25 untuk dewasa

Hari pertama sarapan. Masakan kat sini kurang sikit. hehe. Tawar dan macam tak ada rasa. hahaa. 
Maaf. terjujur pula. Semoga dapat dipertingkatkan lagi mutu masakan. hehe 

Hari kedua. Sama juga tawar. adik aku cakap chef demam ni. hilang deria rasa. kihkihkih

Shopping Mall di aras 1



Bendalah ni macam dah wajib ada kat setiap mall. hahaha. Bahaya lalu sini. 

Luar Cameron Square

Untuk details berkaitan bilik-bilik yang lain di Nova Highlands boleh KLIK SINI

Antara tempat yang menarik dan berdekatan dengan Nova : 

Holiday park, Farm Bee, Boh Tea Sg Palas, Mossy Forest, Kea Farm. Butterfly farm, Strawbery farm. hah. Memang dekat sangat dengan Nova resort. 

Kalau macam holiday park, bee farm, strawberi farm, butterfly farm, kea farm tu suma, jalan kaki jaa pun boleh sampai. ketiak pun tak sempat nak basah. hahaha. 

Tapi aku? jalan kaki tu idok le i olss. sayang lelemak. sis Cakap jur~, bagi cadangan. hahaha. 


Kalau nak view details pasal Nova highland boleh KLIK SINI yea.

Lokasi: The Square, Jalan Aranda Nova, 39100 GreenCow, Cameron Highlands 

TQ for reading!! k bai~          




No comments: