KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, August 11, 2018

Review: K FRY URBAN KOREAN IOI City Mall Putrajaya

Assalamualaikum... 

Sejak makanan korea menghantui hidup.. tekak dah lama meronta-ronta nak cuba makanan korea di k fry ioi ni. Tapi sebab orang cakap selalu penuh dan aku sendiri tak ada masa lebih untuk kesana. Hasrat terpendam begitu aje. Kuasa viral punya pasal. 

Tetiba... 

Minggu lepas terbooking tempat untuk makan kat sana awal seminggu... itu pun dapat kosong pukul 5 petang.. Apalagi. bagai orang yang mengantuk disorongkan bantal. teruslah aku menghitung hari untuk datang sini. hahahaha.

budak dua ketul otw ioi hehe

Tadaaaa!!! we are here!! we are excited!!


Outdoor restoran
 
Bawak budak-budak jumpa penguin dulu

Cute face

Gedik face
Macho face. hahahaa

Masa sampai sini orang ramai sangat tengah beratur dan ambik giliran. Kami pulak terus ambik order di pintu masuk dan terus ke tempat duduk. sebab dah booking tempat awal. hehe. Bagus juga kan. tak perlu nak menunggu. datang ioi pun semata nak hadap makanan je. ahaks!! 

Lepas je duduk. Makanan sampai. haih. ekxpress. haha. rezeki tak perlu nak menunggu lama. 


Menu yang kami order haritu:


BUDAE JIGAE (ARMY STEW)

Memula rasa dia punya kuah. Ermmm... rasa macam tak berapa nak makan. hahahaha. 
Tapi bila dah digaul, taruk sos bagai.. 
Alhamdulillah. Licin jugalah


Yang hitam bulat belah kanan tu dia punya sos. Nanti staff yang akan tolong gaulkan. nak suruh buh separuh ke penuh ke nanti dia akan tanya. hehe

K'FRIES KIMGARU FRIES

Nama haruslah ada bunyi koreanya.. 
Walaupun sejenis fries biasa, beza hanya ada seaweed ja hikhik


HAEMUL PAJEON

Ini sedih bebenor. 
Aku duk bayang sesedap pancake yang aku makan kat korea. 
TAPI,, huwaaa, sikit pun tak sedap. upsss. maafkan saya. kihkihkih

K'FRY HONEY BUTTER CHICKS

Serius. ini sedap gile. rasa nak repeat lagi dan lagi. 
Makan sampai habis licin sisa-sisa kat pinggan kertas tu.
 Biarlah ghupa macam 40 tahun tak makan. Sis tak kesah. 
Sejenis pelahap. hahahaa

K'FRY SPICY YANGNYEOM CHICKS
  
Ini pun ya ampun. sedap sangat. nasib baik pilihan kami tepat untuk ayam-ayam ni. hahaha
MANGO MOJITO ADE

Nama korean tak nak kalah. hehe

Ini dessert last kami

MANGO BINGSOO

Makan 4 orang dewasa, 2 kanak-kanak. Tak habis wehhh. jenuh nak sumbat. kihkihkih


Kat sini viral yang ayam pusing-pusing dengan cheese tu.. Tapi sebab aku tak berapa berminat dengan cheese.. so kami tak order dan tak maw nak cuba. haha.


erm.... bukan sebab takut gemuk. sebab sejenis kurang gemar cheese. kihkihkih


Ini antara menu lain yang ada kat sini. pic ehsan web kfry. Banyak lagi menu yang ada. Boleh klik pada link kat bawah gambar. Memang pening nak milih sebab takut tak sedap hahaha.


FOOD GALLERY: K FRY URBAN KOREAN


Pasal harga? boleh tahan jugak lah. Setahun sekali bolehlaaaa.. Kalau sebulan sekali. Jual uban laa aku jawabnya. hahaha 

Kalau malas nak menunggu, better buat reservation. senang boleh terus masuk duduk. hehe. 


Telefon: 03-89578216 
Lokasi: G26 Ground Floor IOI City Mall Putrajaya. Sebelah FOS

Selamat mencuba uols ~

Tq for reading! Kbai~   




No comments: