KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, July 21, 2018

Pasar Borneo Sri Kembangan, Selangor

Assalamualaikum... 


Pagi tadi, lepas pos barang di Stesen Bas aku terus singgah kat pasar ni. Dah lama benarnya nak pergi sini. Niat je berzaman. Tapi hari ni baru kesampaian. Itupun tanpa diduga. haha. Dah alang-alang sejalan dengan stesen bas, singgah terus. 

Asalnya, sawo aku la ni duk cakap nak datang jual dia punya bosou sada tu kat pasar ni. Lama dah duk mengajak nak datang pasar borneo ni. Aku pulak teringin nak cari buah Tarap. aduhh kecur liur. Lepastu nak cari buah pangi jugak. kot-kotlah ada jual kan. Buah pangi tu hajatnya nak masuk dalam bosou yang kami jual tu. hehe. Susah nak dapat kat sini. Tadi pun aku cari tak ada juganya. Bambangan adalah. hekhek 

Tapi tadi aku pergi dengan anak je. Orang yang duk mengajak nak datang pasar tu sampai ke sudah tak terdatang. ada haje dia punya kerja. haahaha. biorla deme. hashtag matakeatas


Ibu dengan Daffa je harini

Lada putih. hikhikhik. Tu yang halus-halus tu Pucuk Ubi. Buat masak lemak bubuh tempoyak tu sedap tu

Macam-macam jenis kasam ada

First time tengok telur ayam rupa macam tu. haha. penjual tu cakap itu telur ayam pencen. 
Kalau tak silap aku, gerai ni ada jual Tarap. Tapi tak dak rezeki nak makan tarap. lewat sangat datang. Tinggal bambangan ja. haha

Mee goreng versi orang Sandakan katanya. hikhik. kemain aku tapau 3 bungkus.

Sayur Losun tu sedap sungguh kalo goreng dengan ikan masin campur lada putih. 

Barang jualan yang lain
Lama duk menunggu Kuih Pinjaram ni... yang durian punya ni

ada perisa pandan, original, durian

First time tengok daun peria. try test 1 ikat. Pucuk ubi tu menyesal pulak tak beli. celur cicah budu sedap tu..

Balik rumah terus goreng sayur peria dengan ikan bilis lada putih. Hahaha. Rasa dia? Ajaib pulak kalau aku cakap rasa manis. Bunyinya Peria disitu uols.

Nampak gaya, yang dicari tak ada. Tapi benda lain banyak pulak yang berkenannya. hahaha. Lagi-lagi kuih pinjaram durian tu.. Rugi beli sikit. sedap gila kot. Bila aku cakap kat sawo aku pasal kuih tu.. Terus dia cakap. 

Dia dulu masa zaman budak-budak, itu ajalah kuih yang dia makan.... 

Yala.. kuih legend bro. ahaks! 



Tq for reading! K bai~  




1 comment:

Normi Nieza said...

wah..klu g pasar macam2 nak bli..:)