KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, July 15, 2018

Osaka, Japan ( Part 2 ) : Makanan Halal di Osaka & Kyoto

Assalamualaikum... 


BRAHIM'S FOOD

Sebelum travel ke Jepun, memang kami dah siap-siap bawak bekalan untuk santapan disana. Tak lain tak bukan. Tentunya pack makanan dari Brahim! hikhikhik. 

Ko nak apa??... 
nasi putih? 
nasi goreng ikan masin? 
nasi arab? 
kari ayam? 
sambal tumis ikan bilis? 
beriyani kambing? 

Hah! semua tu aku bawak. haha. Senang nak buat sarapan dan takut kebulur tengah-tengah malam. Untuk sarapan memang kami terus isi makanan berat. Tak main dahhh sarapan roti sapu kaya ka hapa ka. Nasi terus bro. Nasik terus!. Baru 'kemah' sikit perut. Nak jalan pun senang hati. 

Memang perlukan tenaga yang lebih untuk berjalan kesana kemari. hehe

Satu kotak lebih Brahims masuk kapal terbang ke Osaka. hehe

Senang ja nak makan bendalah ni. Panaskan air. Rendam ja dalam air. 
Ikut naluri hati, rasa dah OK, boleh terus angkat. haha

Nasi goreng ikan masin

Kedai pertama yang kami singgah untuk makan!!! 

Macam mana kami cari kedai ni? Pakai google + maps. Jalan kaki lebih kurang sejam. Kalau dari stesen subway terus ke kedai ni, tak de lah lama bebenor. Tapi sebab kami ni duk pilih memilih kedai.. pastu jalan ke kedai tu then tak berkenan cari kedai lain.. tu laa yang rabak kaki berjalan tu. hahahaa. 

Tapi memang puas hati oo makan kat sini. Rasa nak repeat lagi. Dia punya ramen tu sampai ke harini teringat-ingat. aduh duh duh...


Mula-mula sampai kedai ni. Memang OMAIGAD!!! 
Dekat sejam aku berjalan cari kedai makan, aku kena menunggu giliran pulak untuk masuk makan? 
fuh fuh fuh.. Sabar. sabar. Bukan ko sorang je yang nak makan kan.. Orang lain pun nak makan juga. 
So.. memang bertabahlah. 
Kedai kecik comel je. Adalah dalam 8 orang kot boleh muat makan dalam tu. 


Masa tengah beratur tu... pilih, fikir siap2 nak makan apa. nasib baik ada gambar tepi menu tu. 
Kalau tak, memang otak aku tak boleh nak bayang macam mana rupa dia. 

Bila dah sampai turn masuk kedai. Ni lahhh dia. 
i is jakun. 
Tak biasa order makanan pakai mesin bisu nih. hahaha. 
Hanya ada menu ja kat situ. Gambar menu tak dak. 
Nasib baik aku dah hafal gambar kat depan pintu tadi.. Lepas siap bayar keluarla dia punya tiket. Terus bagi tukang masak

OK. selfie first

Tukang masak sorang ja. lagi sorang tu pembantu dia. hehe. 
Ni lahhh dapur. Ni lahhh meja makan kami. Boleh tengok live tukang masak buat apa. 
Silap haritu tak mintak resepi sekali. hahaha


Spicy Fried Chicken Ramen 
1180 Yen 
Sedap ya ampun!!!! 
ni lah yang duk rasa nak makan sampai sekaranng...



Ramen rich chicken flavour. 
780 yen

Tergugat betul tengok gambar ni.. gulp!


Dumpling. 580 yen

Honolu Friend Chicken. 
580 yen. 
Cukup rasa. Sedap sangat. makan macam tu ja pun soodappp.. hehe. 




Kedai seterusnya!! 

Kedai ni berada sekitar Dotonbori. Kami pakai maps untuk sampai sini. Makanan kat sini pun sedap-sedap juga. Kedai boleh tahan luas sikit dari kedai pertama tadi. Siap ada tempat solat lagi taw. hehe


Pemandu arah, haruslah didepan. Dia hilang arah.. kami apa lagi. hilanggg terus. hahaha

Jalan punya jalan. Jumpa jugak Naritaya ni yea. hehehe. Kedai makan kat sini memang sepesen comel2 je semua. Nasib jugala muat gorila gorila macam kami ni. kahkahkah



Menu + gambar. itu penting

Anak-anak dedi macam biasalah.... mana-mana pun macam ni lah rupa dia. Tak heran la kalo ibu dia jadi gorila. sebab senang hati makan siap tambah tambah lagi bai. haha

Deep Fried Chicken

Miso Ramen
Beef Bowl. ini i punya. Sedappp. Memang pandai betul aku pilih menu. hakhakhak


Chicken Bowl

Chicken Rice Plate


Tempat solat dan wuduk.
Bergambar kenangan dengan Tukang masak dan pembantunya. 




RESTORAN XINJIANG MUQAM 

Dah bosan dengan ramen. kami cuba pulak restoran Muqam ni. Betul-betul area Dotonbori. Kami pakai maps jugak laah untuk sampai sini. 

Kitaorang ingatkan kedai ni ada makanan yang ala-ala Jepun campuran ke hapa ke. Sekali bila tengok menu... 

Alaaahaiii.. ala-ala nasi arab pun ada. emm. nak keluar balik, macam segan pulak kan.. 

haha. tula engko. Google on the spot. Dapat je terus ikut map. sekali ni haaa rupa dia. 

Tapi, sebab segan plus dah selesa bersimpuh kat kedai ni... anak-anak pun tengah melompat-lompat riang.. Maka kami teruskan jelah misi melantak disini.



Pintu masuk kedai

Lama sikit kami duk sini. sebab selesa kot. kihkihkih

Kami ambik portion untuk 3-4 orang makan. 
emm... Macam rupa aku makan sorang ja. hahahahaha


Menu tambahan. 

Sedap ya ampun! seriussss

Tetiba minum tea kannn. Teruja tengok harga. hahaha

Kami pilih fruit tea... kalau tak silap laa. ke rose tea yea? lupaa pulakk

Campur madu... panas-panas pula tu minum. memang sedap... lega di tekak


NARITAYA, GION. KYOTO 

Malam terakhir kami di Jepun, sempat makan malam di Kyoto sebelum balik ke Osaka. 

Kami singgah di Gion ni sebenarnya nak cari kedai souvenir yang murah. Sebab aku ada terbaca dalam blog pasal kedai tu. 

Alang-alang singgah, kami isi perut lah dulu. Pasal kedai souvenir murah tu, nanti aku update dalam entri yang lain. Tengah mengumpul idea. kahkahkah


My pemandu Arah


Ini Naritaya ala-ala Menate Steak tu.. hehe. Bukan Steak yang kami cari disini. haha

Naritaya kyoto!. hehe. Kedai ni sama je dengan yang Osaka tu. Beza tempat je. Macam Francais gitu. So menu pun sama sajalah. 

Sibuk baca menu. kihkihkih


Tempat solat belakang dinding ni. Beza dengan Naritaya Osaka. Di Kyoto ni tempat wuduk depan bilik solat. 


Dumpling. tak pernah jemu denganmu. hehe

Penuh dengan 'rumput'. hahaha. Tapi bila selalu makan, sedap pulok makan macam ni. 
  


MINI MARKET - HALAL FOOD 


Kedai ni kami jumpa berhampiran Osakako subway station. Betul-betul tepi jalan. Kalau nak menghala ke Tempozan Ferris Wheel dari subway station, kedai ni disebelah kiri. Tak banyak pun benda yang ada di rak Halal food. Ramen jela yang aku berkenan. hehe


Ini je Halal Food yang ada. Satu baris ni je





Nanti sambung lagi Part 3 yea. nak cerita pasal AMAZING PASS yang kami guna dua hari di OSAKA. 

TQ for reading!! K bai~      




1 comment:

Cik Sal said...

Jepun.. tunggu kami datang tapi tak tahu bila lah.. hehee. Menunya best best lah.. Kecur rasa