KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Saturday, July 23, 2011

5 days to go =)

Hari ni genap seminggu Sawoku tak sehat, 4 kali ambik darah, last2 masuk wad. Nasib baik 2 hari satu malam jea. kalau berhari2, jenuh aku nak seludup masuk dalam wad tu. hahahaha..

Kata dia, kalau orang kuat, kejap jea masuk wad.. hahah.. aku gelak jea, perasan kuat betul pak cik tu. kalau kuat, tak kan kena sakit kot! Ops! sabar jea la, iakan jea apa yang dia cakap, nanti tak de mood pulak kan. hehehe..

Rabu lepas, habis jea sekolah aku terus terbang ke sana, terus pergi hospital. sampai dalam jam 9, faham-faham la kan, kalau malam2 buta bukannya time melawat. Aku apa lagi, buat muka kalut aku la, aku bab2 kalut ni no satu. CHAMPION! dengan beg galas lagi, beg pegang lagi, air botol besar lagi..

Mak guard yang CUN : ' dik, ni nak g mana ni, sekarang ni bukan waktu melawat, malam suda ni'


AKU: dengan muka bimbang ' Puan (tetiba guard tu berpangkat puan), tadi sedara saya masuk wad, kena *****, saya tak sempat hantar dia ke sini, saya kerja tadi, so sekarang ni saya mau hantar barang2 dia ni (padahal beg tu penuh ngn alat mekap aku..muahaha)'

Mak guard yang CUN : ' Adik ni mahu melawat kea menjaga?'

AKU: 'Kalau boleh nak menjaga'

Mak guard yang CUN: ' oh.. suda minta kebenaran nurse kad wad tu?'

AKU: 'Belum (buat muka sedih nak nangis)'

Mak guard yang CUN: 'Hurm, macam ni lah, saya lepas kan adik masuk wad, nanti minta kebenaran nurse'

AKU: 'Terima kasih puan (senyum)'

wah3..gembira betul aku time tu.. Guard punyalah ramai, setiap jalan ada meja guard sampailah ke pintu besi untuk ke lif wad tu.. Dengan bangganya aku masuk jea sebab guard tu dah tahu melalui wokitoki Guard di pintu utama tai..hikhik

Sampai jea di wad **, kemain sunyi jea tempat, tetiba aku yang penakut ni boleh jadi berani.. dalam wad tu semua lelaki..hikhik..tetiba jea aku tercongok perempuan. dah la semua pesakit tak de yang jaga. adeh~ sabor jea la..

Kesian aku tengok sawo aku ni.. wayar sana sini..kesian... sabar jea lah yea. Aku nampak dua orang nurse sedang rancak berbual. kacau daun kejap. dengan sopan dan ayunya aku tanya

Aku: 'Cik, tumpang tanya, boleh tak kalau saya nak jaga pesakit malam ni?'

Nurse: ' Awak ni sape? pesakit katil no berapa?

Aku: 'saya ni tunang dia (muahahaha,,,geli hati aku ), katil no **'

Nurse: 'Hurm, maaf cik, kalau tunang kami tak benarkan jaga dalam wad ni'

Aku: 'Ala...(muka sedih gila, sikit jea lagi nak nangis) macam mana yea,, rumah saya jauh ni..sorang2 pulak tu..malam2 ni..huhuhu..macam mana yea'

Nurse: 'Hurm.. (sedang berfikir), macam ni lah, Cik duduk jea tunggu kat luar sana, ada bilik TV sana'

Aku: ' Hurm..ok lah cik, terima kasih (dalam hati: adeh, matilah aku kali ni)'


Alhamdulillah..dengan selamatnya dan jayanya aku lepak dalam tu untuk satu malam.. hahahaha...

Hari ni dah hari sabtu.. lagi 5 hari dia nak konvo! harap2 cepat sembuh!!!!!!!!!!!!!!!!


papai!



No comments: