KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan dan Selamat Menjalankan Ibadah Puasa

Dulu masa zaman kanak-kanak, masa zaman aku masih comel lagi tu.. mama dan abah selalu cakap, kalau tak puasa tak boleh raya dan tak dapat duit raya.. hahahha.. masa tu budak hingusan lagi.. bukan tahu apa-apa pun.. apa lagi.. puasa la walaupun setengah hari, lepas tu masuk dapur bukak tudung saji, melahap..hahahahaha

Sekarang dah besar dah..besar 10x ganda lagi.. dah faham apa erti puasa.. bukan semata-mata nak duit raya..ceh! dah kerja dah sekarang, jangan mimpi dapat duit raya lagi, tahun lepas jea la last dapat duit raya. Tahun ni turn aku pulak yang kena bagi duit raya... Bangga weh!! macam tak percaya pulak... hah sudah, puasa baru nak mula dah pikir duit raya,, apa laaa aku ni =)

Puasa dari segi bahasa bererti "menahan". Semua perkara atau perlakuan yang "ditahan" (haram) semasa berpuasa hakikatnya bebas (halal) dilakukan jika tidak berpuasa. Semasa berpuasa, umat Islam dilatih bukan sahaja meninggalkan perkara-perkara haram, malah perkara halal juga. (sumber: Solusi edisi 34)

Seperti yang kita sedia maklum juga, puasa juga menahan daripada lapar dan dahaga bermula dari waktu-waktu yang telah ditetapkan. Puasa itu wajib! kecuali orang-orang yang terkecuali =)

Ahlan wasahlan Ya Ramadhan... kami merinduimu...

Seronok bulan puasa ni kan.. keseronokan semasa bersahur.. Keseronokan semasa semua umat Islam sama2 tidak makan dan minum.. keseronokan semasa memasak atau membeli juadah untuk berbuka, keseronokan semasa sama2 berbuka puasa dan keseronokan meningkatkan lagi ibadah dan amalan semasa di bulan ramadhan.. SERONOK kan!! Masa nak berbuka tu, semua orang tercongok depan makanan, berkelip2 tengok makanan depan mata... Azan jea maghrib terus melahap..hahahaha..bukan aku yea..korang la tu mabe! =P jangan berlebih-lebih pulak yea, nanti tak dapat nak solat terawikh.. Alasan: "sakit perut ah, tak boleh nak sujud" yea la tu.. makan sampai tak ingat dunia... ingat yea...Ramadhan bukan "pesta makan" OK!!

Esok kita dah mula berpuasa, jangan lupa untuk niat yea.. Sabda Nabi S.A.W : "sesiapa yang tidak menetapkan untuk berpuasa pada malam hari sebelum fajar, maka tiadalah puasa baginya" (Riwayat Imam al-Dar Qutni dan al-Baihaqi). Niat puasa senang jea pun.. "Sahaja aku berpuasa esok hari, menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala".

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita??
Adakah masih di tahap yang lama?

Marilah sama-sama kita bermuhasabah diri.. Selamat Beramal!!! =)

Salam Ramadhan dan Selamat menjalankan Ibadah Puasa dari kami sekeluarga!! =)

Papai!!




No comments: