KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Monday, August 1, 2011

Bertapa di Cyber Cafe Bukit Beruntung

Seronok jugak lepak dalam Cyber Cafe (CC) ni... dah berkurun aku tak jejak kaki kat CC.. Tak de pasal aku nak pergi suka-suka tekan keyboard kat sini.. Baik aku bersila depan PC aku kat rumah, boleh jugak aku meniarap kea, melentang ke, kuak kupu-kupu ka apa kea... hehehhee...

Waiting Sawo punya pasal.. terjun laut cari gali minyak untuk isi dalam kereta pun aku boleh buat.. cayalah..ce cuba ce cuba.. hahaha.. Padahal berenang pun tak reti... bak kata budak sengih lebar tu.. aku berenang macam anjing.. huh! sebak doe..sampai hati cakap aku berenang macam anjing... X( cakaplah macam kucing kea..comel sikit..

6 jam aku duduk bertapa dalam ni.. Nasib kerusi dia soft.. Baru tak berasap bontot aku..kalau tidur pun lena ni.. Skrin PC pun besar gedabak. Puas hati aku tengok apa yang ada dalam Skrin ni.. 3 jam = RM5, so 6 jam = RM10 la kan.. pandai tak aku kira? Murah kan?? Kuno betul.. ketinggalan la aku ni.. Aku ingat sejam RM3.. Sebab dolu-dolu zaman aku masih pakai baju sekolah lagi kalau 1 jam = RM3.. Mahal bebenor.. Nah! Sekarang 3 jam =RM5.. Hambek ko! Yea la kan.. mana tak lain harganya.. Dulu zaman jin bertendang.. internet susah maw dapat, Laptop macam haram laa.. Sekarang, semua orang boleh pakai laptop.. macam satu kewajipan pulak.. internet pulak merata. Dalam jamban tengah berak pun boleh google.. hahahaha.. Sebab tu la kot sekarang ni dah murah.. 2,3 tahun lagi mabe 5 jam 50 sen kot..hahahahhaa...

AKu tak paham la kenapa suka sangat orang laki ni main game.. riuh satu CC.. memekak jea, dah la mengeluarkan bahasa-bahasa kesat dan bahasa-bahasa 18SX, aku nak fokus baca belog-belog orang pun tak boleh.. 90% dalam CC ni semua jejaka-jejaka idaman.. Sebelah aku ni sekarang mamat bangla. nasib tak hensem.. kalau hensem aku dah ngorat kot.. gatai nooo....

Kenapala ada jugak manusia yang tak reti bahasa.. Nak kata buta, celik, bulat lagi tu mata.. dah tertampal besar dah kat dalam CC ni haa...
Tapi..berasap jugak aku tengok... Sesak nafas aku.. Kalau aku ada kuasa macam Nasha Aziz dalam cerita SUPERMAK tu.. aku rasa dah lama melayang orang tu terus sampai kat bazar Ramadhan seberang jalan tu haa... sabor jea laa...

Sambung Balik layan cerita-cerita yang ada dalam TV3 online nie... dah lama tak layan cerita.. biasa layan FB jea..muahahahaha =D

Papai!!




No comments: