KOUPUSANKU SOGIGISOM

KOUPUSANKU SOGIGISOM

Wednesday, August 31, 2011

Open House - Majlis Isi Perut =)

Assalamualaikum... Salam 2 Syawal!!!

Hari ni dah 2 Syawal... Juga Hari Merdeka!! Selamat Hari merdeka jugak yea kengkawan..

Lagi 3 hari aku mengular di kampung ni sebelum balik semula bertapa di Kota.. waduh3x.,, perasaan kemalasan membuak2.. sesungguhnya aku sangat malas.

Untuk balik pada hari raya ke-6 ke kota, yang semestinya jalan akan penuh sesak dan akan mengalami jem yang sangat teruk. Sudah pastinya kesesakan lalulintas akan berlaku di Raub, bentong, tol gombak. SABAR3x =)

Memandangkan raya kali ini banyak sangat jemputan kenduri kendara, maka kami sekeluarga membuat keputusan untuk mengadakan majlis rumah terbuka pada hari raya ke-2. Nak buat kenduri, tak de sapa yang nak kawin, so, buat rumah terbuka jea laaa, makan apa yang ada, tak dea lembu yang tumbang, cuma ayam jea yang patah sayap =)

Dalam banyak2 kawan yang aku ada, hanya dua orang jea yang menghadirkan diri. Terima kasih yea cik Asmad dan juga cik Fatanah. hekhekhek

Menu utama Majlis isi perut kali ni, Nasi Beriyani + ayam pedas + dalca. menu samping, mihun& kue tiow sup, nasi air, kuih muih dan tidak ketinggalan, satay ayam. ..

Tu diaa... tetamu terawal kita.. aiii wak! SORANG jea kea??? mana bini dengan anak-anak?? kih4x

Tu diiiiaaaaaaaaa.... kebulur kaaa yang tengah tu?? kea baru first time jumpa ayam cucuk-cucuk?? hahahaha~

Bila dapat berkumpul ramai-ramai macam ni, memang seronok. Siap traffic jam lagi dalam rumah aku ni, walaupun hari ni panas terik sampai berpeluh-peluh, kipas dalam rumah aku ni macam tak cukup angin jea, kena pasang air-cond dah kot, tapi keseronokan melayan tetamu tidak terkata-kata..lagi-lagi bila ramai yang cakap kuih yang aku buat sedappppp.......adeh~ kembangkempiskembangkempis =P

Bersama family Mok Nik ( adik Abah yang no. 2)
Nenek kesayangan hamba =)

Mak su dan suami.. ada baby dalam perut. dah 3 bulan..hehehe..tak sabar nak tunggu baby keluar =D

Antara sahabat yang datang- Asmad. bakal bergelar isteri orang pada hari raya ke-5. Tahniah sahabat


Tetamu-tetamu yang hadir =)

Ni tetamu dari jauh ni,.. juga tetamu yang kena buli, hekhek... Terima kasih yea, sudi menyepahkan dapur dan juga menolong apa yang patut. tahun depan jangan tak maw datang plak yea =)

Sakan betul aku mamam hari ni. Sah-sah kembung ni esok lusa. Paling kurang pun, UP 3 KG.. hahaha..

Terima kasih kepada semua yang hadir. Tahun depan datang lagi yea!!

Juga buat readers sekalian! Salam Aidilfitri dan Salam kemerdekaan =)

Papai!!!




1 comment: